Wednesday, May 2, 2012

Mamoruku Murukuku Episod 9: Mimpi Jadi Kenyataan

Episod 9: Mimpi Jadi Kenyataan

Syana pergi ke kuliah seperti biasa tapi hati berdetak kencang.Alur tidak tenang.Bagai satu petanda tidak baik.Ah mungkin khayalan gadis yang kuat berangan.Tapi Syana betul-betul dapat rasa.Ada sesuatu yang buruk bakal berlaku,Hatinya berkata begitu.Selalunya telahan hatinya benar.Hatinya tidak pernah menipu.Syana berjalan makin laju.Sederas nafasnya begitulah lajunya langkah Syana.Tiada persoalan lain yang bermain diminda selain perkara negatif.Ah! Kusut.Semput.

Syana tersepak batu.Dia nyaris tersungkur.Mujur seseorang sempat menariknya daripada jatuh.
“Abang Bad! Erm..buat ape dekat sini” Ada nada getar apabila melihat lelaki berbadan sasa dihadapannya.Dia dengan segera menjauhkan diri daripada Badrolhisham.Tidak rela diri disentuh.Perasaan takut masih berbaki.Dia teringat mimpinya.Yeah relax Syana..Syana cuba menenangkan hati sendiri namun..susah.Jantungnya bagai celaru.Cuba dia sembunyikan perasaan gugup daripada terpamir dan dapat dibaca oleh Badrolhisham. Lelaki itu kelihatan bahaya.Walau wajahnya manis,tapi niatnya tidak semanis wajah.Walau dia kelihatan baik, tapi ada rona lain yang mengalir diwajahnya.Syana dapat membacanya.

“Ow..abang singgah sini,cari Syana.Ayah Syana suruh abang ambil Syana”
“Ambik aku?Aiseh..papa tak bagi tahu pape pun.Huh..meragukan.Walau aku kenal abang Bad daripada kecik aku tak bisa percayakan dia”Hati Syana enggan percaya.

“Tak apa lah Abang Bad ,Syana ada kelas.lagipun dah lewat ni.Nanti Syana balik sendiri naik lrt”
“Tak boleh Tuan Hakeem suruh balik sekarang.Urgent”Badrolhisham seolah mendesak.Dia
memegang erat tangan Syana.Menarik kuat.Gadis itu terasa sakit.Lelaki itu enggan lepas..Aiseh main kasar ..dia ingat aku takut ngan Badman..hello ni catwoman tau..huh..hehehe tak boleh tak boleh seksi sangat.Erm..dia tak tahu aku ni Sailormoon.Abis la..Abis la..Bertukar sekarang..

“Abang Bad.Syana tak suka.Lepaskan Syana.Syana dah besar tahu balik sendiri.Papa pun tak kesah kot.Yang abang susah-susah buat apa.Lagipun tak baik pegang anak dara orang macam ni.Tak manis.Budaya melayu kena jaga.Lagipun Syana bukan adek abang.Batas-batas kena jaga.Ingat tuhan ok”Gadis itu memandang tajam pada lelaki itu.Habis terimalah peluru kata-kataku ini.Aku tahu hatinya pasti cedera.Badrolhisham segera melepaskan tangan Syana.Terasa panas.Sinis sungguh terjahan kata-kata gadis itu.Terasa sehingga ke ulu hati.

Syana terus berlalu.Dia segera tinggalkan Badrolhisham.Dia harus cepat.Dia takut kalau-kalau lelaki itu akan mengapa-apakannya.Huh..berani ke dia nak apa-apakan gadis cute cam aku ni?Sorry siket.Cubit kang.Huh kena call papa.No….call mama…yes! Bijak!Syana lorh..hehehe..

Bedebush..Syana jatuh.Pengsan.Tidak sedarkan diri.Gadis itu menerima hentakan kuat daripada belakang.Sungguh dayus lelaki yang melakukannya.Syana diangkat dan dipikul masuk ke dalam kereta saga merah.Badrolhisham sangat berpuas hati.Terlalu puas.Nyawa Hakeem Mokhtar di tangan dia sekarang.Lelaki itu pasti menangis seperti budak kecil bila tahu anak kesayangannya berada dalam genggaman aku.Syana..Syana kau terlalu malang kerana lahir sebagai anak Hakeem Mokhtar.Kau terlalu baik untuk aku sakiti.Tapi aku terpaksa.Aku sayang kau macam adek kandung aku .Tapi, ayahmu ..terlalu kejam untuk aku biarkan hidup.Aku tidak mampu berpura-pura menjadi orang setia .Aku perlu jadi pengkhianat untuk kebebasan diri sendiri.Menegakkan sebuah keadilan untuk manusia malang seperti aku.Mahkamah dunia tidak mampu membantu aku.Biar aku wujudkan mahkamah sendiri dan hakimnya adalah aku.Bukan lagi Hakeem Mokhtar.

Lelaki itu memandang wajah Syana.Terbit perasan kasih.Kasih seorang abang kepada adiknya.Wajah gadis itu terlalu suci.Dia tidak tahu apa-apa.Suci daripada segala-galanya.Cuma sayang dia anak Hakeem Mokhtar.Kenyataan itu tidak dapat diubah.Darah yang mengalir dalam diri itu milik Hakeem Mokhtar.Gadis itu tidak tahu identiti ayahnya sendiri.

Gadis itu sudah sedar.Matanya tertumpu pada wajah Badrolhisham sebaik sahaja membukakan mata.Terkejut.Dia sudah tahu mengapa dia di sini.Mimpinya.Semua ini macam ada dalam mimpi dia.Syana terdiam.Dia tidak tahu dan tidak mahu berkata apa-apa.Dia sangat takut.Lebih takut daripada biasa.Ah! Sailormoon sudah hilang keberaniannya.Syana takut jika ayahnya turut muncul seperti yang terjadi dalam mimpinya.Ya,Allah…jauhkanlah segala yang tidak baik daripada berlaku.Kuatkanlah aku..bantulah hambamu yang lemah ini.

“Abang Bad.Kenapa buat Syana macam ni.Ikat Syana macam ini ingat tak saket ke?Apa dah jadi dengan Abang Bad.Dulu kata nak jadi abang yang baik kepada Syana.Syana tak faham la..lepaskanlah Syana.Tak suka la cam ni”Gadis itu cuba berbicara seperti biasa walaupun dalam hati.Jantung bagai mahu tercabut.Meletop.Syana harus berada pada kondisi tenang.Perlu tenang.Syana harus bijak mengawal keadaan.Mengawal emosi.Otak ligat berputar-putar.Berpusar-pusar mencari idea .Memandang keliling kalau-kalau ada jalan keluar.Ah! Bagaimana dia mahu meminta pertolongan .Akan hadirkah Mamoru menyelamatkan sailormoonnya?Ah! semua itu hanya dalam mimpi.Tidak mungkin dia akan hadir dalam setiap ketika hidupku.Tika terjaga atau terlena.Dia bukan bayangan aku.Dia hanya Mamoruku..mamoru yang aku cari sejak kecil ..aku takut mahu berharap dia akan selamatkan aku.Harapan yang mungkin menghilang bersama bayang gelap.Terbang bersama angin .Mamoruuuuuuuu…selamat aku!!!!!!!..jerit gadis itu dalam sunyi hati sendiri.Hanya dia memdengar.Dia masih berharap Mamoru akan mendengarnya.

Erwanshah terasa sakit didada.Sangat sakit.Ah! Sakit jantungkah aku??Ya Allah minta jauhkan..aku masih muda.Masih mahu berbakti kepada keluarga.Erwanshah dapat rasakan ada seseorang memanggilnya.Suara itu terlalu dekat dengan cupingnya.Malah terasa sangat dekat dihati.Terngiang-ngiang .Seperti suara Syana .Ah!!!! Hanya bayangan mindaku mungkin.Masakan baru beberapa hari tidak bertemunya aku sudah rindu.Gawat!Telatah nakal gadis nakal itu masih melekat diingatannya.Teringatnya bila Syana pengsan ..dia bluurr sangat bluur..dia tidak tahu mahu berbuat apa.Kemuadian peristiwa Syana berkungfu ditasik Varsiti.Peristiwa-peristiwa itu masih mekar dalam ingatannya.Segar.Segar seharum kasturi.Ah! Jantungnya masih lagi sakit.Denyutan tidak stabil.Berombak .Apakah ini???Apakah??? Ah!!Tangan lelaki itu menggosok-gosok dadanya.

“Papa!!!!! Abang Bad jangan bunuh papa.Syana sayang papa.”
“Syana kau diam.Ini urusan aku dengan bapak kau”
Syana semakin gementar.Apa yang ditakuti kini terjadi.Ternyata mimpinya jadi kenyataan.Ah! Kenapalah bukan mimpi indah yang jadi realiti.Kenapalah bukan mimpi aku kahwin dengan Mamoru yang jadi kenyataan???Kenapa????

Ping !!

Yess!! Pasti selepas ini Mamoru datang.Dia membaling tin pada Abang Bad…aku tahu tu..selepas itu dia pasti selamatkan aku dengan papa..Mamoruku heroku…

Tettttttt….meleset.Tin itu, tin minuman yang diminum oleh Badrolhisham.Hampa.Disangkanya Mamoru datang penyelamatkan dia dengan ayahnyaTernyata apa yang terjadi dalam mimpi tidak berlaku seratus- peratus.Ah! Bagaimana ya Allah ..aku sudah kehabisan idea..sekarang aku hanya mampu bertawakal kepadamu..

“Abang Bad lepas kan ayah ..apa dosa kami…abang Bad..jangan apa-apakan ayah…”Syana terus merayu.Dia benar-benar takut.Pistol itu menggerunkannya.Dia belum pernah melihat pistol real..ini pertama kali.Sangat takut.Peluh mengalir selebat hujan diwajah Abang Bad.Syana makin takut.Wajah lelaki itu yang dulunya manis kini dilihat bagai wajah nenek kebayan yang hodoh.Ngeri.Penuh nafsu jahat.Abang Bad memang jahat!!!!!!!!!!!!!!Benci!!!!!!!!!!!!..Syana takut.Nyawa ayahnya hampir melayang.Ayahnya dibelasah tanpa belas.Syana hanya mampu melihat.Dirinya bagai dipasung.Dia tidak mampu berbuat apa-apa.Sedih.Air mata menitik sekali lagi.Tidak sanggup melihat .Hatinya rapuh.Tidak sanggup menatap adegan itu dihadapannya.Mata dipejam.Pejam rapat-rapat.Erat-erat.

Tiba-tiba dia terasa ada kapal terbang kertas melanggarnya.Ah! Burung kertas berwarna biru disisinya.Cantik tertib buatannya.Syana mencari-cari arah datangnya burung itu.
“Sudah..lap air matamu..Aku tidak mahu melihat kamu menangis.Hatiku sakit.Akanku selamatkan semuanya jangan bimbang”Lelaki itu menghulurkan sapu tangan putih.Dia memandang Syana lalu menghadiah senyuman.Syana semakin yakin.Mamoru pasti akan tewaskan Badman..aku tahu tu..

Dia segera membuka langkah silatnya.Syana bisa tersenyum.Mamoru datang juga akhirnya..Aku tahu tu..dia pasti datang kalau aku yang panggil…walaupun aku hanya memanggilnya dalam hati aku tahu dia pasti datang.Cuma datangnya berbeza dengan dalam mimpi.




ikhlas nukilan,

Mamoruku Murukuku Episod 10: Hujung Nafas


Episod 10: Hujung Nafas
Badrolhisham terkejut dengan kehadiran lelaki berbaju putih itu.Wajah budak baik.Hakeem Mokhtar di tolak ke tepi.Lelaki tua itu sudah lemah.Kehabisan tenaga.Badrolhisham terlalu gagah untuk dikalahkan.Moga Erwanshah mampu menewaskannya.
“Kau siapa? Apa urusan masuk campur dalam urusan aku?”Badrolhisham mengalakan pistol tepat pada wajah Erwanshah.Syana berdebar.Nyawa Erwanshah pula dalam bahaya.Ah! macam mana.
“Aku bukan siapa-siapa.Tapi aku perlu untuk menyelamatkan Syana.Relax bro..bukan cara melayu lawan guna pistol.”Erwanshah bisa tenang lagi walaupun berhadapan dengan Badman .Badrolhisham rasa tercabar.Pantang dicabar.Lalu tanpa berfikir panjang dia melempar jauh senjata ditangannya.Kosong.Hanya diri sendiri menjadi senjata.Kekuatan diri.Hati dan nurani.
Tangkas.Perkasa.Hebat.Kedua-dua lelaki itu bertarung dengan sengit.Masing-masing tidak mahu mengalah.Rebah bangkit semula.Walau tersungkur masing-masing tidak mahu akur.Mereka berlawan bersungguh-sungguh seolah-olah esok sudah tiada lagi.Begitulah ego lelaki melayu pantang menyerah sebelum ajal.Nyawa sanggup tergadai namun jangan maruah dibiarkan tergadai.Biar putih tulang jangan putih mata.
“Abang Bad.Berhenti..kalau tak ,Syana tembak.” Tiba –tiba Syana bersuara dengan beraninya.Tangannya terketar-ketar memegang pistol.Pertama kali dalam hidupnya dia memegang benda itu.Syana mengacukan pistol ke arah Badrolhisham.Lagak seorang polis Syana menjadi gadis yang sangat berani pada saat itu.Lebih berani daripada biasa. Inspektor Aleeza pasti bangga kalau melihat tindakan Syana.Yusuf Haslam juga pasti akan mengambil Syana berlakon cerita Gerak Khas.Huh..situasi yang sungguh mendebarkan.
Hakeem Mokhtar tercengang melihat puterinya yang mempunyai keberanian luar biasa.Sungguh diluar jangkaan.Jika Hakeem Mokhtar memegang pistol,itu bukan luar dugaan tetapi kebiasaan .Tetapi gadis suci seperti Syana..Huh..mati hidup balikpun sukar mahu percaya tapu kena percaya bahawa gadis itu sememangnya seorang yang berani.Syana bukan gadis ulat buku yang suka menyorok dibalik batu.Dia mampu berhadapan dengan apa sahaja dugaan.Beri sahaja apa.Dia pasti mampu.Jika tidak jangan panggil namanya Syana.
Badrolhisham dan Erwanshah kedua-duanya terkejut dengan tindakan Syana.Syana bagai bertukar wajah sekelip mata.Itulah jangan disangka air yang tenang tiada buaya.Jangan di sangka gadis yang tenang tidak boleh menjadi buaya.Bisa sahaja.Jika situasi mendesak dan menuntutnya melakukan apa yang patut.Syana gadis itu sudah banyak belajar daripada rancangan televisyen yang dia tonton.Sudah fasih membaca apa yang bakal berlaku.Dia tahu saat itu pasti kedua-dua lelaki akan terkejut dengan tindakannya.Dan pasti saat itu tumpuan teralih kepadanya.Huh..Syana tahu.Dia bijak mentafsir.Syana Lorh..
Kedua-dua jejaka Malaya itu berhenti sejenak.Saat itu masa yang berputar bagai membeku.Statik.Tiada pergerakan.Hanya mata menumpu penuh pada gadis yang satu ini.Syana,dia menjadi watak utama adegan mencemaskan itu.Ayah Syana Hakeem Mokhtar hanya mampu berdiam.Dia benar-benar berharap anaknya dalam keadaan baik.Dia tidak mahu anaknya diapa-apakan.Direnung ke tubuhnya.Bajunya lenjun.Peluh.
“Syana.Jatuhkan pistol.Jangan kotorkan tangan Syana dengan benda tu.”
“Syana tak mahu.Abang Bad dah banyak berubah.Syana nak Abang Bad yang dulu.Yang sayang Syana.Kenapa Abang Bad jadi jahat.Kenapa???????”
Gadis itu berbicara penuh perasaan .Meluahkan rasa yang terpendam.Pistol masih digenggam.Madih diacu kearah jejaka berhati gelap itu.
“Syana.Jangan macam ni.Ingat tuhan Syana” Erwanshah cuba memujuk.Ah! saat ini Syana tidak makan akan sebarang pujukan.Walaupun Mamoru memujuknya .Gadis itu tidak akan mampu dipujuk.Gadis itu tidak akan mencair.Sorry siket Syana keras hati saat ini.Perasaan marah yang meluap-luap kepada Badrolhisham .Marahnya sehebat panasnya lava gunung berapi.Dia merasakan sangat berani mengacukan pistol saat itu.Wah!!! abis la..abis la…seandainya picu ditekan .Huh melayang peluru ke arah destinasi yang menjadi sasaran .Badrolhisham.
“Kau diam budak”Jerkah Badrolhisham pada Erwanshah.Mukanya bengis .Belagak.
“Aku bukan budak.Kau yang masih berfikiran seperti budak.Bertindak tanpa fikir akibat.”tempias Erwanshah.
“Arhhh!!!! Kurang ajar punya budak” Badrolhisham menumbuk wajah Erwanshah.Lelaki itu rebah menyembah bumi.
“Diam!!!!!! Nanti Syana tembak.”Huh Syana ketawa dalam hati.Tahu takut dua-dua mamat ni.Aku pun takut gak pegang pistol berhantu ni.Silap-silap tertembak diri sendiri.Tak sempat mengucap.Huh tak mati dalam iman.Syana memang agak kegilaan saat.Bisa bermain dibibir soal mati.Memang begitu.Bila marah merajai hati.Dia tidak sedar tingkah laku sendiri.Dia benar marah pada Badrolhisham kerana mencederakan papa kesayangannya.Syana pantang orang yang disayangi disakiti.Baginya biar dirinya disakiti tapi jangan orang yang dia sayangi.
Badrolhisham bukan lelaki bodoh dengan mudah dia sudah berada disisi Syana.Huh..dia sudah biasa berhadapan dengan situasi mudah ini.Gadis mentah yang mahu berlawan dengan Badman.Lelaki itu tidak mungkin bisa dikalahkan.Jauh panggang daripada api.Dia telah terlatih.Mahir dan hebat.Terima kasih Hakeem Mokhtar kerana melatih Badman.Badman Malaysia punya kekuatan sendiri.Hero didunia sendiri.
“Syana kamu terlalu mentah untuk ini” Pistol bertukar tangan.Badrolhisham berjaya merampas pistol keramat itu ditangan Syana.Gadis itu tersenyum.
“Maaf,Abang Bad terlalu lurus.Tidak mengenal Syana.Nahhhhh” Gadis itu menghadiahkan tendangan kasih sayang kepada Badrolhisham.Lelaki yang dianggap abang sekian lama.”Mahu lagi? Watchaaaaaaa”Badrolhisham kaget.Dia tidak menyangka Syana pandai berlawan.Gadis ayu itu sudah berubah.Menjadi seperti Tun Fatimah .Malah bagai Jet Li versi perempuan.Ketangkasan luar biasa Syana itu membuatkan Badrolhisham terdiam tanpa lawan.Namun tangan masih mengenggam senjata.Pistol hikmat.Dia hanya menunggu detik yang sesuai untuk bertindak.Lelaki itu makin tidak waras.Warasnya bagai tercaras.Ah! Syana ..Syana…maafkan abang jika terpaksa membunuhmu.
Ping!!!!!!
“Syana!!!!!!!! Mengelak”Jerit Erwanshah .Huh ! Hampa.Segalanya sudah terlambat.
Peluru hinggap tepat diperut.Darah keluar berpancutan.Membasahkan lantai kawasan gudang lama itu.Erwanshah tidak dapat berbuat apa-apa.Hakeem Mokhtar hanya mampu mendengar bunyi tembakan.Matanya sudah terpejam.Dia sudah tersadai saat itu.Mungkinkah kerana dia tidak sanggup melihat nyawa puteri kesayangannya melayang dihadapannya.Ah! Syana maakan papa..kerana papa..Syana terjerat ke situasi yang sukar.Situasi yang tidak patut langsung Syana rasai..Maaf papa bukan ayah yang baik.Papa terlalu jahat untuk menjadi seorang ayah.Maafkan papa…Ya..Allah Andai bisa ditukar nyawa saat ini.Aku mahu ya Allah.Kembalikan aku Syana..Aku tidak mahu kehilangan permata yang begitu bernilai.ah!!!!Anakku itu lebih bernilai daripada emas dan permata.Ya Allah…..



ikhlas nukilan,

Mamoruku Murukuku Episod 11: Encik Monk dan Cik Nyet

Episod 11: Encik Monk dan Cik Nyet.

Nenonenonenoneno…..Bunyi siren ambulan kedengaran makin jauh meninggalkan Gudang.Erwanshah hanya memerhati daripada jauh.Hakeem Mokhtar dibawa ke hospital dengan menaiki ambulan.Syana turut berada dalam ambulan yang sama.Gadis itu selamat rupanya.Syukur.Alam turut bersyukur kerana makhluk tuhan itu masih diberi peluang menyedut udara dan bernafas dimuka bumi ini.Gadis itu berada disisi ayahnya.Lelaki itu , cedera parah. Hakem Mokhtar teruk dibelasah oleh Badman.

Ah! Badman?Erm nyawa Badrolhisham ternyata rapuh.Tuhan telah menetapkan segalanya.Ternyata waktu itu miliknya.Dia ditetapkan untuk meninggalkan dunia saat itu dan bukannya Syana.Tamatlah riwayat Badman seorang lelaki berhati batu yang mempunyai dendam kesumat.

Erwanshah mengikut pegawai polis ke balai polis untuk membuat laporan berkenaan kejadian.Masih terbayang-bayang dia detik-detik mencemaskan.Dia menyangka Badrolhisham menembak Syana dan dia tidak sempat menyelamatkan gadis itu.Ternyata Allah telah merancang elok seorang pegawai polis telah melepaskan tembakan dan mengenai tepat tubuh lelaki itu.

Syana!!!!!!!!!! mengelak .

Huh! Badrolhisham tersungkur. Syana tergamam.Gadis itu ketakutan.Erwanshah cuba menenangkan gadis itu.

“Syana.bertenang ok..” Lelaki itu masih disisi Syana.Tidak sanggup berjauhan walau sedetik daripada gadis itu.Bimbang.Jiwa Syana tidak tenteram.Lelaki itu harus bisa menenangkan gadis itu.

“Abang Shah ..Abang Bad dah tak ade..hah papa”Gadis itu teringat papanya yang masih lemah.Dia segera mendapatkan ayah kesayangannya.Erwanshah mengekori Syana daripada belakang.Mayat Badrolhisham telah diuruskan oleh pihak berkuasa.Mujur Erwanshah sempat menelefon polis sebelum dia datang ke gudang berkenaan.Mujur juga Erwanshah terlihat kejadian sewaktu Syana dipukul dan dibawa ke dalam kereta.Daripada jauh dia melihat .Timbul rasa mencurigakan.Dia mengekori kenderaan berkenaan dengan menaiki motosikal.Patutlah dia merasakan seperti Syana memanggil-manggil dia rupanya gadis yang malang itu rupanya Syana.Terima kasih tuhan kerana memilih aku untuk berada disisi Syana disaat dia memerlukan.

“Syana,biar abang papah ayah Syana.Ambulan dah ade dekat depan”Gadis itu hanya mengangguk.

XXXXX

“Terima kasih Abang Shah sebab selamatkan Syana”

“Kasih diterima..uhuk uhuk”Erwanshah berpura-pura tersedak.Dia memandang wajah Syana.Syana tersedar dia direnung.Aiseh..aiseh…malu..malu…Syana memandang tempat lain.Mata tidak mampu menatap wajah lelaki dihadapannya.Takut.Rasa bagai mahu pejam mata.

“Tahu tak? Abang tak sangka Syana berani pegang pistol tu.ternganga gak abang..oh lupe..Syanakan detektif”Lelaki itu mengenyit nakal.Huh mesti dia teringat masa aku mengekori dia lalalalalala…mana nak letak muka ni?Pakai purdah?

“Ye detektif Syana detektif sengal…Erm macam mane abang boleh tahu Syana dekat mane?pelik maaaaa..”

“Syanakan panggil abang..abang datangla..abang pun taktahu tetiba je tahu tempat tu..hehehe….nak buat macam mana abang pun detektif macam Syana juga” Aduh..mamat ni memang mahu kenakan aku .Asyik perli je.Tarik hidungkan.Huhu tak boleh..baik tarik hidung sendiri je.

“Tahu tak?”Lelaki itu bersuara lagi..
“Tak tahu ”Syana menggeleng.”Tak bagi tahu mana Syana tahu..apedaaaaa abang ni”
“Erm ..Syana”
“Ye saya…”
“Saja panggil hehe..”
“Cakap la apa nak cakap tadi”
“Erm..Syana ..abang suka lihat Syana senyum macam hari ini.Ayu sangat.Syana janganla sedih-sedih.Jangan ingat perkara yang tak elok tu.Yang lepas biar lepas.Kalau ada masalah wajib bagitahu abang tau” Aiseh wajib tu…bukan sunat atau harus..

“Senyum siket untuk abang boleh??”

Syana hanya tergelak kecil.Aduh! manis.Bisa menawan hati sang jejaka.Alamak nada jantung Syana tidak keruan.Hatinya suka bercampur malu. Blushing ! Blushing!

“Abang Shah jom balik.Dah petang.” Huish..kalau aku tak ingatkan, Mamoru ni mesti tak perasan.Silap-silap sampai malam.Sebenarnya Syana mahu segera pulang.Tidak sanggup berada disitu lagi.Dia mahu segera pulang.Ada mata-mata nakal sudah memandang mereka berdua.Aiseh..lepas ni mesti gossip..ish ish…huh..tak kesahlah..janji aku bahagia..

“Erm lupa nak cakap.Papa nak jumpe abang Sabtu ni”

“What???” Erwanshah terkejut..Syana hanya senyum.Senyum penuh makna.
Xxxxxxxxx

Syana dan Azilah baru pulang dari Midvalley hari ini.Mereka seperti biasa berjalan pulang ke kolej .Malang tidak berbau mereka terserempak dengan Encik Monk dan Cik Nyet di selekoh jalan pulang ke kolej.Pasangan pengacau wanita itu memang tidak boleh duduk diam bila melihat budak cute macam Syana dan Azilah .Azilah sudah pecut ke depan .Berlari .Membuka langkah seribu.Tahu la dia pakai seluar.Syana pakai Jubah hari ini.Dia tidak biasa berlari .

Nampaknya Encik Monk dan Cik Nyet amat berminat dengan KFC yang dibeli oleh Syana.Syana memandang kiri dan kanan.Kosong.Tiada seorang pun makhluk yang bernama manusia.Azilah pula sudah menghilang.“Mama……..Papa…alamak macam mana ni.”Gulp! Gadis itu menelan air liur.Takut. Encik Monk dan Cik Nyet memandang nakal.Jarak mereka dengan Syana sudah tidak jauh….

“Waa…tolong..”Dalam takut itu Syana cuba membuat muka menakutkan .Cuba mahu menakutkan monyet-monyet kesayangan Universiti Malaya ini.Tapi tidak berkesan.Degil betul.Diherotkan wajah.Muncungkan mulut.Menjegilkan mata.Mengangkat kening.Semua telah dilakukan.Tapi sia-sia.Bagai mencurah air ke dalam keladi.Usahanya tidak menjadi.Malang.

“Syana.Takut monyet ye?”Ada suara daripada arah belakang.Syana menoleh.Segera,kerana gadis itu memang mengharapkan seseorang bisa membantunya saat genting ini.Alhamdulillah.

“Bukan.Syana…tak takut..tapi sangat takut..Syana tak mahu kehilangan KFC ni” Sempat pula gadis ini mengada-ngada.Dia sedikit tenang dengan kehadiran Hafiz a.k.a Abang Afghan.Mujurlah ada juga manusia lain lalu lalang dekat sini.Huh lega…

Hafiz menunjukkan gaya heronya menakutkan monyet-monyet itu. Encik Monk dan Cik Nyet lari lintang pukang.Huhu hebat betul Abang Hafiz ni.

Mereka berdua berjalan pulang ke kolej dengan selamat.

“Thanks Abang Aghan.Nah. Ambil la muruku ni”

“Welcome.Huh rezeki ni.tak sia-sia abang apizz tolong Syana tadi.hehe tak ape la Syana Abang Apizz tolong ikhlas.Paling teruk pun bagilah KFC tu..”Hafiz cuba bergurau dengan Syana.Gadis itu dikenali semasa Fetival Kesenian.Mereka berkerjasama.Syana peserta puisi dan Hafiz pula bertugas sebagai AJK.Sejak itu mereka mula rapat.

‘’Nah ambil la” Syana menghulurkan KFC kepada Hafiz.
“Hish..abang Apizz gurau je la.Bukan Syana kata tak sanggup kehilangan KCF ni ke tadi?? “Hafiz menggaru-garu kepalanya.Kemudian membetulkan rambutnya yang agak panjang agar kembali kemas.

Xxxxxxxx

5 september 2009.
Hari ini aku kena kacau dengan Encik Monk dan Cik Nyet.Mujur ada abang Afghan.Kalau tak kehilangan KFC kesayanganku.Abang Afghan dia ambil muruku je.Dia kate tak mahu aku kempunan tak makan KFC .Lagipun dia baru makan KFC semalam.Hehe..

Gadis itu menutup buku diarinya.Dia ke katil.Membaringkan diri.Mata sudah mengantuk.Letih.Shopping barang dapur tadi.Gadis itu terlena sambil tersenyum.Pasti mimpi indah.

Syana bermimpi.Mamoru bermain piano ala-ala Kwon Sang Woo dalam cerita sad sonata.Mamoru memainkan lagu yang cukup romantik.Sungguh manis saat itu.Ditemani alam yang indah tepi pantai.Ada burung jinjang .Burung kertas .Origami buatan Mamoru.Tersusun cantik atas piano .Banyak.Berwarna- warni.Wahh..So Sweet.

Syana berlari-lari anak ditepi pantai.Bedebush…Syana terjatuh.Aduh! Jatuh Katil lagi!Wah..bestnya mimpi aku.Kalau jadi kenyataan kan best.Gadis itu kembali ke katil. Memeluk kembali bantal kesayanganya.Sambung tidur kerana jam baru pukul 4 pagi.

ikhlas nukilan,





Mamoruku Murukuku Episod 12 : Siapa Ezwansyafiq?

Episod 12 : Siapa Ezwansyafiq?

Erwanshah mendapat panggilan daripada ayahnya Ehsan .Abangnya Ezwansyafiq dimasukkan ke hospital.Tekanan darah rendah.Ezwansyafiq ini memang seorang anak yang degil ,daripada kecil dia suka menentang arus.Memberontak jika mahukan sesuatu.Graduan daripada Universiti al- Azhar ini sudah berkahwin dengan seorang gadis kacukan Thailand iaitu Syakila Aima rakan seuniversitinya.Namun perangai degilnya masih menebal.Enggan makan ubat.Huh! Macam anak kecil.

Erwanshah bergegas pulang.Bimbang dengan kesihatan abang yang seorang ini.Mereka berdua rapat.Terlalu rapat.Mereka punya terlalu banyak kenagan bersama sedari kecil.Jika abangnya luka Erwanshah akan turut merasa sakitnya.Mereka seperti isi dengan kuku.Masih segar di fikiran Erwanshah ketika dia bermain ditepi pantai .Berlari-lari bersama abang dan rakan-rakannya.Betapa gembiranya ketika mereka bermain guli Erwanshahlah jaguhnya.Ezwansyafiq hanya melihat malas mahu bermain kerana gulinya sering dirampas Dazrul.

Huh! Itu semua hanya kenangan dalam hidup mereka berdua.Sekarang masing-masing sudah dewasa.Kenangan zaman kecil hanya menjadi pendamping ketika sunyi mengiringi hari.Bila sunyi .Maka Erwanshah akan menjadi peneroka dunia sunyi.Menyelak minda.Mengingati kisah lama yang mampu menimbulkan suka dalam hati.Kadang-kadang mengundang tawa dalam sepi.Pernah mereka bermain layang-layang sambil melihat awan yang membiru terbentang indah.Indah pemandangan tika itu ,menyejukkan mata yang memandang.

“Syafiq . Angin tak bertiup sangat.Aku punya layang-layang tak naik-naik asyik jatuh je”

“Kau ni.Relax..angin perlu diseru baru dia datang”

“Mengarut hang” Erwanshah yang nakal itu menolak abangnya Ezwansyafiq.Lalu Ezwansyafiq terjatuh .Bersatu dengan pantai.Basuh seluarnya.Huh geram .

“Kau ni shah!! Abis basah seluar aku.Report kat mak kang!!!” Ezwansyafiq mengejar adiknya.Lalu mereka bergomol.Kedua-duanya lagak peninju WWF.Berguling diatas pasir yang memutih.Mereka seronok berlawan ditempat indah begitu.Pantai dan laut sudah sebati dalam hidup mereka.Yes! Erwanshah menang seperti kebiasaan.Kedua-duanya berdamai.Bergaduh hanya sebagai pemanis hidup.Kalau sentiasa berbaik tiada corak pula dalam kehidupan.Tidak dramatik pula hidup ini.Bergatuh begitu boleh mengeratkan lagi hubungan.Bak kata orang gaduh –gaduh manja.

“Shah ,moh balik sekarang dah senja, nanti mak marah.Malam karang lepas mengaji kita kena pergi rumah Atuk Pin belajar silat.

“Ye la..Jom balik.Badan Shah pun dah gatal dan ni..kena mandi” Erwanshah membuang pasir-pasir halus yang melekat ditubuhkan. Terasa miang seluruh tubuh.

“Aku pun..habis pasir masuk dalam baju hahaha…” Kedua beradik itu terkekeh -kekeh
Kedua beradik itu berlari pulang ke rumah.

“Atuk Pin! Atuk Pin! Shah lambat siket.Dia pergi bilik termenung kejab”

“Shah..Shah..asal berlatih silat je..mesti nak pergi bilik termenung.Meh sini Syafiq duduk sebelah Atuk Pin”

Ezwansyafiq hanya menurut arahan datuk kesayangannya.Mereka berbual-bual sementara menunggu Erwanshah.

“Tadi Atuk Pin kami main layang-layang.Tapi asyik jatuh je.Angin tak bertiup seperti biasa”

“Syafiq kita kena bersahabat dengan alam..Syafiq dengan Shah kenalah bersahabat dengan angin.barulah dia tolong naikkan layang-layang tu”

“Aik…ade ke Atuk Pin ni…mane boleh..pelik la”Syafiq menggaru-garu kepalanya.

“Siapa kate tak boleh??Atuk Pin kate boleh..boleh la..dulu Atuk Pin terrer tau main Wau.Wau Bulan.Masa tu Atuk Pin duduk dekat Kelantan rumah Atuk Yus.Hish..mana budak bertuah ni dah 20 minit ni.Syafiq pergi cari adek kamu ..mane tahu pengsan ke”
Ezwansyafiq terus berlari mencari adiknya Erwanshah

Atuk Pin atau nama sebenarnya Ariffin Bin Hafiss seorang guru silat di Kampung Zaa’ba.Namun sejak kesihatannya kurang memuaskan.Dia berhenti menjadi guru silat.Dia hanya mengajar dua orang cucu lelakinya setiap malam khamis dan jumaat.Mahu memperturunkan ilmu kepada cucu cicitnya.Agar warisan terpelihara.Silat ini,warisan seni melayu yang harus dipelihara.Jika orang kata,takkan melayu hilang ke dunia.Atuk Pin pula selalu mengingatkan bahawa, takkan silat hilang didunia.

“Lama kamu pergi bilik termenung Shah.Berangan ape?” Soal Atuk Pin bila susuk anak muda itu muncul dihadapannya.

“Atuk Pin mane ade berangan..Maaf Atuk Pin.Shah darah gemuruh.Tak tahu kenape..bila belajar silat mesti macam ni”Erwanshah membuat muka seperti sakit perut.

“Erm banyak la alasan kamu.Dah ..semua pasang kuda-kuda.Jangan bergerak selagi Atuk Pin tak suruh”Tegas Atuk Pin

“Ala…” Ucap kedua beradik itu serentak sambil tangan mengetuk kepala.

“Cepat” Tutur Atuk Pin lagi dengan wajah yang garang.Kedua-duanya akur

“Baik Atuk Pin”Serentak.Lagak animasi Upin dan Ipin .

XXXXXXXXXXXXXX

“Kau ni..bila nak sihat..Aku dah balik dah ni..mana orang rumah??”Erwanshah duduk .

“Aku dah ok doktor kate esok boleh keluar dah .Kak Sya kau baru balik .Semalam dia teman aku dekat sini“

“Takpe malam ni aku teman kau.Dah lama tak jumpe sejak kau pergi Mesir.Masa kau kahwin la last kita jumpe..lepas tu masing-masing busy”

“Itulah..Erm..kau apa cerita??”Ezwansyafiq tersenyum.Gembira dengan kehadiran adik kesayangannya.

“Aku macam biasa busy study.Sambil tu aku kerja sambilan.Kumpul duet untuk masa depan”

“Baguslah,tapi kesihatan jaga ,jangan jadi macam aku.”

“Engkau tu manja.Malas makan ubat.Tu la pasal jadi macam ni”

“Ke situ pulak..Shah..sakit ni penghapus dosa.Mungkin aku ni banyak dosa.”

“Yela..kau berehat la…banyak cakap pulak..”

xxxxxxxxxxxxx

Betul ..betul..betul…

Hikhik..hauhauhua…..Syana dan teman-temannya ketawa terbahak-bahak melihat animasi Upin dan Ipin .Watak kedua anak kecil itu memang mencuit hati.Sudahlah penonton terpikat dengan kecomelan kedua beradik itu,ditambah lagi jalan ceritanya yang menarik.Membuatkan cerita itu digemari pelbagai lapisan masyarakat sehingga diangkat kedunia perfileman.

Cerita habis.Syana,Azilah dan lina masing-masing menatap Lappy mereka.Kembali ke tempay masing-masing.Azilah di meja tulisnya.Lina di atas lantai.Syana pula diatas katil.Begitulah lagak penghuni A404.Usai menonton wayang masing-masing kembali ke posisi masing-masing.Meneruskan rutin masing-masing.

Syana termenung.Sudah 4 hari dia tidak melihat Mamorunya.Di Kolej mahupun luar kolej dia tidak lagi terserempak dengan Erwanshah..Arghhhhhhhhhhh..mane Abang Shah ni!!!!. Ong Gedek Gedek Ong!!..Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi tanda mesej masuk.

“What?? Abang Shah bagi mesej”Huh..dia ni macam tahu-tahu je aku ngah ingat kat dia..Aiseh betry low..

Telefon Syana mati.Terpaksa dicas dahulu.Hampa.Sedih.Mesej Erwanshah tidak dapat dibaca segera.Idea? Yes!

“Azi..pinjam hanset jab.Hanset Syana mati.Ade mesej.Urgent! Please???” Gadis itu memujuk temannya Azilah.

Azilah tanpa banyak soal terus mencampakkan telefon bimbitnya kearah Syana.

“Hang ni iklhas ke tak??Pakat baling je..”

“Ikhlas..aku malas bangun lagipun bukan jauh pun.Ha,kau jangan lama-lama..nanti Naim nak kol aku susah plak..Tu lain kali rajin-rajin la cas hanset kan susah buah hati bagi mesej tak boleh baca…” Bebel Azilah.

“Yela..yela…”

Syana segera menukar simkad Azilah dengan simbkadnya.

Salam.Ape khabar orang syana? Hehe Abang Shah balik kampung.ada urusan.Syana Bz or free? Just ingat kat Syana.Jaga diri elok2.(^_~).

Hahaha..dia balik kampung rupanya.Aiseh..ingat menghilang ke mana..patutlah bulan tidak bersinar indah seperti biasa.Huh..Gadis itu tersenyum .Ingat juga dia dekat aku.hehehe…sayang Mamoru!!!

“Ha..dah baca??Bak hanset aku balik.”

“Yela..kedekot je” Syana mencebik nakal pada temannya.Selepas itu dia menghempuk bantal pada Azilah.

“Syana kau memang nak kena!!!!!!Iyahhhhhhhhhhhh”Azilah bangun daripada kerusi kemuadian membaling bantal pada Syana.

Kedua-dua gadis itu menggila.Mereka membaling bantal antara satu sama lain.Habis bantal kedua-dua gadis jadi lembik.Huh..pelik-pelik sahaja perangai gadis berdua ini.

“Dah..penat” kedua-duanya terbaring atas lantai.Letih bermain bantal.

Tok! Tok! Tok!

Tiba-tiba pintu bilik mereka diketuk.Huh..siapa yang ketuk ni?

“Siapa??” Azilah menyoal.Tidak berani membuka pintu jam seperti ini.Jam tepat pukul 3 pagi.
Tiada jawapan.Tiga gadis yang menghuni bilik ini hanya terdiam dan memandang antara satu sama lain.

“biar Syana tengok.Korang follow daripada belakang” Sebelum membuka pintu,gadis itu mengambil paying orennya sebagai senjata keselamatan diri..

Kritt!!! Pintu dibuka..kosong.Tiada siapa pun yang berada dihadapan pintu.Pintu ditutup kembali.Mereka kebingungan.Kalau bukan manusia??Huh..mulut tidak boleh cabul.

2 minit kemudian pintu diketuk kembali..

Kali ini Syana seorang yang membukanya.Kedua-dua teman sebiliknya ketakutan.Azilah sedang membaca surah yassin.Lina pula memasang kuat-kuat ayat-ayat suci al-quran daripada laptopnya.

Semakin rapat dengan pintu.Semakin kuat debaran hati Syana.Dupdapdupdap.Dia mengintai daripada bawah.Ternyata ada bayang orang.Pasti orang.

Daun pintu dibuka perlahan..dan..

Ah!!!!!!!!!!!!!!! Syana menjerit lalu gadis terjelupuk jatuh ke lantai.Azilah dan Lina terkejut kedua-duanya mendapatkan Syana..


ikhlas nukilan,

mamoruku murukuku episod 13: cemburu ke?

Mamoruku Murukuku episode 13: Cemburu ke?

“Azi call KaK Naza cepat…”Pinta Lina.Saat itu ketakutan sudah bersembunyi.Sudah hilang.Sahabat mereka lebih penting daripada segalanya.
“Tak dapat..”
“Huh….call abang Ijan…cepat weh…”
“Hahaha… sayang juga korang dekat Syana ek?? Hehe hebat tak lakonan Syana?”tiba-tiba Syana bangkit dengan wajah selambanya.Lina dan Azilah tergamam lalu geram tidak terkira.
“Syana!!!!!!!” kedua-duanya menjerit serentak.
Doom!!!!!!!! Pintu bilik dihempas kuat.Azilah menutup pintu dengan kuat tanda protes.Marah benar dia pada Syana..

Lina pula terus membawa diri ke katil dan terus tidur.Syana rasa amat bersalah.Dirasakan gurauannya terlalu keras sehingga mengguris hati sahabatnya.

“Ya…Allah..apa yang telah aku lakukan??..” Syana termenung sendiri.
“Korang..Azi..lina..maafkan Syana.Syana hanya nak menguji korang sayang Syana ke tak..sorry ek??”

Syana cuba memujuk kedua-dua sahabatnya.Namun gagal.

Erm..biarlah..nanti dorang sejuk sendiri la..

Bilik A111 itu sunyi.Penghuninya masing-masing membawa hati entah kemana.Masing-masing melayan perasaan sendiri.Suasana terlalu dingin dirasakan.Ah! bosan menghayati suasana yang membosankan Syana keluar bilik.Dibawanya baldi berisi baju kotor.Mood mahu membasuh.Lihat jam pukul 4 pagi..perasaan takut masih berbekal.Dibatalkan niat untuk membasuh.Esok-esok sahajalah..

Xxxxxxx

“Awak Syana Syafiyyah binti Hakeem Moktar kan??”

Syana terkejut disapa begitu daripada belakang.Haish..siapa pula yang bertanya bagai penyiasat ini???.Digali-gali kotak mindanya.Cuba mencari milik siapa suara yang menegurnya begitu.Agak kurang sopan tanpa salam diberi.Huh..Mahu segera menoleh perasaan takut menguasai.Manalah tahu orang jahat.Heehehe..tapi kena berpaling juga..

“Ye.. saya Syana Syafiyyah …eh Adek…la…..akak tak cam suara kamu sih!.Baru pulang dari Indonesia ya?? Datang sini cari akak??”

“Iya…iya..sih…kangen bangat sama kamu non”Syafezrul Iman tersenyum panjang dapat bertemu kakak kesayangannya.Syana Syafiyyah adalah kakak kandung Syafezrul Iman mereka jarang bertemu kerana Syafezrul Iman menuntut di Indonesia .

“La…kangen bangat???Mari akak belanja Mee Bandung dekat kedai Kak Yah”Heheh bicara Syana dalam loghat Indonesianya yang tidak berapa masih.Huhu belajar daripada sinetron Mutiara Hati.

“Akak, Syaf tengok muka akak makin berseri sekarang? Ape cer???Tak mahu kongsi ke??? Adek kejab je dekat KL ni..”

“Hai adek akak ni..berseri apanya..macam biasa je..makin berseri kot..sejak jumpa adek..hehehe”
“Hehe…ye la tu..sangat..sangat boleh dipercayai.Macam Syaf tak tahu akak dah ehem ehem kan?..”..Syafezrul Iman memang kuat menyakat kakaknya.Wajah Syana berubah apabila disakat bertalu-talu oleh adiknya.

“Hish..dak kecik ehem ehem apa??dah makan kejab lagi kita pegi mid nak??Jalan-jalan..lagipun akak dah tak ada kelas dah”Kata Syana sambil mencubit lengan adiknya.Huh..sudah lama tidak makan begini dengan adiknya.ini semua gara-gara ayahnya Hakeem Mokhtar.Menghantar Syafezrul untuk belajar agama di Indonesia.Erm..macam dekat Malaysia tak boleh belajar.Huh rungut hati Syana yang terlalu rindukan adiknya.

Kedua beradik itu pergi Midvalley menaiki teksi.Huhu..kata Syafezrul malas mahu berjalan, Kolej kakaknya jauh sangat dengan stesen bas.”Budak pemalas.” Kata Syana pada Syafezrul.

“ala..malas-malas pun akak sayang jugak kan?”

Sampai di Midvalley laju langkah Syafezrul menuju ke kedai Big Apple yang terletak ditingkat bawah.
“Akak belanja.Lama tak makan”
“ ya..ambillah…bukan duit akak..duit papa kita juga kan?

Selepas itu mereka melewati beberapa buah kedai.Hanya menjamu mata.Sempat Syana singgah di Jusco membelikan Syafezrul baju kemeja hijau gelap berkotak.Menarik hati.

“Kalau adek pakai..mesti hensem..ramailah gadis Indonesia jatuh hati nanti..”Syana meletakkan baju ditubuh adiknya.Mahu dilihat padan atau tidak.
“Huhu tak ade maknanya akak ni..”Syafezrul menolak pujian nakal kakaknya.Malu.
“ Syaf tahu tak…akak dah lama berkenan nak beli baju ni..tapi itulah baju lelaki takkan akak nak pakai…nak bagi papa ofcozlah tak sesuai taste papa tahu sangat lain dengan kita kan..”
“Ye..kitakan..suka warna hijau..abis semua baju nak warna hijau…kawan Syaf sampai pelik..banyak sangat koleksi baju hijau..”
“Ye… jom bayar..nak maghrib dah ni..kena balik cepat..ops sorry..” Syana terlanggar gadis berjubah ungu .Lelaki disebelah gadis itu seperti Syana kenali.Seseorang yang selalu hadir dalam ingatannya.Selalu dekat dihati.Selalu buat Syana berdebar tapi Syana sedih lelaki itu dengan perempuan lain..aiseh…hancur hatiku menjadi debu..menjadi keping-keping..

Syana dan lelaki itu saling memandang.Namun masing-masing tidak berani menegur.“Abang Shah!!” Jerit Syana dalam hati.Bagai mahu dipanggil nama lelaki itu.Tapi mulutnya berat.Syana terus berjalan laju menuju ke kaunter bayaran.

“Akak !! lajunya jalan..akak kenal ke diaorang tadi..”Syafezrul hanya mengekor daripada belakang pelik melihat sikap kakaknya.Berubah tiba-tiba..

“Ha? Tak kenal dek..terlanggar je tadi cepat akak nak balik..”jawab Syana terpaksa menipu adiknya.Dia tidak mahu Syafezrul tahu dia mengenali lelaki tadi.Habis jika Syafezrul tahu sampai ke dasar laut akan digali cerita berkenaan kakaknya itu.

Syana merasakan dia tidak betah lagi untuk berada di situ.Dia harus segera pulang .Mood dia sudah berubah.Seperti tidak senang hati. Ah! Perasaan apakah ini???Cemburu??? Huh tak mungkin..buat apa nak cemburu..tapi kenapa macam geram je..huh..lupakan…

Xxxxxxxx

Teksi berhenti di hadapan kolej Syana.Syana segera turun.

“Akak balik dulu dek..nanti contact yew..”Syana segera melangkah keluar daripada teksi.Namun langkahnya tersekat Syafezrul memanggilnya
“Akak ..ini Syaf ada belikan cermin dekat akak..hadiah daripada Syaf..selalulah senyum dekat cermin ni anggaplah akak senyum dekat Syaf bila lihat cermin ni..”
“Wow..cermin katak?? Warna hijau?? Ni akak sayang adek akak ni”Syana gembira tidak terkira perasaan sedihnya tadi sudah bertukar ganti.Kini dia happy..Syana berlalu dengan perasaan yang sangat gembira .Syafezrul memang selalu membahagiakannya.Sejak dari kecil ada sahaja kenangan manis tercipta.Syana masih ingat adiknya berikannya hadiah katak berwarna hijau ,katak hidup bukan mainan.Menjerit sakan Syana masa itu.Sejak itulah Syana mula tertarik memiliki koleksi barangan menyerupai haiwan hijau itu.

Takdir tuhan itu memang indah.Sesuatu itu dengan mudah ditunjukkan.Syana tidak boleh lama menyimpan rahsia.Syafezrul pasti akan tahu.Dia dapat mengesan sesuatu yang berlaku pada kakaknya.

Belum jauh lagi teksi yang dinaiki Syafezrul meninggalkan kolej kakaknya ,Syafezrul terlihat lelaki tadi.Lelaki di Jusco .Insiden kakaknya berlanggar dengan pasangan kekasih tadi.Mungkin kakaknya mengenali lelaki itu.Kenapa kakaknya tiba-tiba menjadi pelik?Berubah sikap tiba-tiba.Daripada gembira boleh jadi masam mencuka.Muncung seribu.Haih..risau benarnya..kena siasat..pasti ada sesuatu..

Sampai dibilik.Kosong.Tiada penghuni.Syana bingung.Ke mana teman sebiliknya Azi dan Lina? Masih marah dengan aku ke? Haih..Cermin pemberian adiknya segera diletakkan atas meja. Cermin lama disimpan.Syana duduk dihadapan cermin .Ditenung lama wajahnya.Tiada garis senyum.

Mamoruku bukan milikku..biarlah aku Sailormoon berjuang sendiri tanpa Mamoru disisi..Lalu gadis itu merenung key chain sailormoon dan mamoru yang tergantung dibeg galasnya.Segera ditanggalkan.Tidak mahu dilihat lagi,key chain itu disimpan dalam kotak lalu diletak bawah katil.Syana merebahkan diri ke katil empuk miliknya.Dipeluk erat batal peluknya.
“Mama,Papa..adek…Syana sedih…….”

ikhlas nukilan,

Mamoruku Murukuku episode 14: Rindu Semakin Jauh.


Mamoruku Murukuku episode 14: Rindu Semakin Jauh.
Xxxxxx
Sukar memahami hati gadis yang satu ini.Kadang-kadang terlalu keanakan-anakan .Kadang pula kelihatan matang.Sekarang dia seperti hilang kewarasan.Meneka sebarangan.Gadis yang dilihat bersama Erwanshah benar-benar membuat hati Syana tidak senang.Tidak tenang.Hiba.Mereka seperti ada hubungan.Aiseh siapa aku nak menyibuk?Arghhhhhhhhh!!..Baik makan ..hilang semua masalah.
Azilah dan Lina turut menyedari perubahan sikap sahabat mereka itu.Macam ibu kucing hilang anak.Seperti isteri kehilangan suami pun ada.Macam-macamlah.Wajah Syana tidak enak dipandang.Tidak seperti selalu yang bisa menyejukkan hati sesiapa sahaja yang memandang.Wajahnya kini muram suram.Saat ini,jika ditatap wajah gadis itu boleh buat hati lain menangis .Matanya kelihatan berair.Seperti mahu menangis tetapi ditahan oleh egonya diri.
“ Azi …Lina..Jom makan kedai kak Yah nak? Syana belanja.Jom la..Syana lapar sangat ni dari pagi tak makan..Jangan la marah Syana lagi yew..pliz…” Syana cuba memujuk kedua rakannya.
“Ok..kami tak marah ko pun..geram je..jom la bersiap.. lapar jugak ni..”
“Yep..Lina pun..Jom jom jom..”
“Orite! Terima kasih korang.Sayang Azi..sayang Lina” Syana memeluk kedua-dua sahabatnya.Rasa sangat gembira.
“Woit Syana lepas.lepas..lemas kitaorang ni..uhuk uhuk..”Azilah terbatuk..semput sedikit setelah dipeluk oleh Syana.
“Sorry…….hehe..sengaja”
“ Nakal”
Tiga dara itu berjalan laju menuju ke kedai Kak Yah.
“Wei Syana..tu…aku nampak mamoru ko tu..ape ek ha....Dr Erwanshah…kat kedai Kak Yah.Cantek cam dia tahu-tahu je kita nak makan kat situ.”Azilah bersuara sambil jari menunjuk ke arah kedai kak yah.
What? Dia ada dekat situ.Huh..bencinya!!!!! Kenapa muncul saat ini?..
“Erm..kita makan dekat Sahur nak? Syana tak ade selera nak makan dekat kedai Kak Yah.Nampak macam ramai orang.”
“Ha??Tadi kate kedai Kak Yah..huh suka suki la..ko yang nak belanja kan..kitaorang ikut je”Lina sedikit terkejut mendengar kata-kata Syana namun diturutkan sahaja kemahuan Syana.Kenapa Syana tukar fikiran akan ditanya selepas ini.Sekarang adalah masa untuk mengisi perut dahulu..Heheheh..
12 sept 2009
Hari ini aku punya kesempatan menulis dikamar sunyi ini.Hati aku sedih.Pedih.Mengapa begitu? Entah aku pun tidak tahu.Sekarang ini aku seakan membawa mood melankolik.Syana yang nakal bagai sudah hilang.Saat aku lihat Abang Shah dengan perempuan jubah ungu tu.Aku rasa bagai mahu marah.Marah pada siapa? Entah..Huh sengalnya aku ni..ish ish tak sukanya ada perasaan ni…Sebelum ni aku rasa rindu bila tak jumpa mamoru .Tapi ,aku rasa rindu sudah semakin jauh…sudah sifar mungkin ..tiada lagi orang yang dirindui selain adekku..Syafezrul Iman..Mama n papa…
Tadi aku ternampak Abang Shah dekat kedai Kak Yah..Aiseh baru merancang nak makan dekat situ..tuptup dia ada..seleraku terus beralih ke Sahur café kolej sebelah….
Aku mesti relax.. Ya…Sailormoon tak boleh sedih sedih…senyum..senyum…Syana Chaiyok!Lupakan semua..apa yang penting hidup mesti enjoy..
Syana seakan sudah kembali pulih padahal dalam hati. Tuhan sahaja yang tahu..seperti lagu nyanyian kumpulan nasyid U. N. I .C di hati ini hanya tuhan yang tahu...
Syana sekarang senyap seperti siput.Diam.Suara hilaiannya.Kenalakannya sudah jarang kelihatan.Bosan.Bosan.Situasi yang cukup membosankan hanya terkurung dalam bilik.Bukannya tidak dibenarkan keluar tapi Syana malas.Walau ke dewan santapan atau kedai runcit dibawah .Takut terserempak dengan Erwanshah.Dia takut perasaan entah apa-apanya akan timbul.Teman-teman sudah pening melihat sikap Syana yang pelik tapi benar itu.Mengeram dalam bilik itulah kerjanya.
“Bertapa ilmu ghaib ke Syana?? Asyik duduk dalam bilik tak bosan ke??Risau lina tengok Syana ni?? Ade prob???kongsi la..”
“Huhu kalau la Syana boleh ghaib kan bagus..takpayah susah-susah duduk dalam bilik.Entah Syana memang ada masalah.Masalah kejiwaan yang melampau kot..Bukan tak nak cite..tapi malas nak mengharukan suasana.Lina doakanlah semuanya baik-baik aja”Panjang benar Syana berbicara setelah lama membisu.Mungkin lama menyimpan kata atau mungkin diri mencari ayat yang sesuai untuk diucap kepada Lina.Lina akur.Dia memahami temannya.Lina tahu masalah Syana ada kaitan dengan seniornya kalau tidak masakan Syana sengaja makan di Sahur dan bukan kedai Kak Yah seperti yang dirancang..Syana seolah cuba melarikan diri dari Erwanshah.Entah.Lina tidak berani berfikir jauh.Mungkin ada cerita disebalik kelakuan Syana yang berubah mendadak.Syana..Syana..
Ong gedek gedek ong! Telefon bimbit Syana berbunyi.Ada mesej.Syana segera mendapatkan telefon bimbitnya diatas meja.
Salam .Selamat malam Syana.sejak beberapa hari ni org kat sana senyap je ye? ”Jaga diri jumpe nanti! (^_^).
Huh! Syana mematikan telefon bimbitnya.Tidak ada mood.Syana membalingkan telefon bimbitnya ke atas katil.
“Syana ..ko ok?? Sape bagi mesej sampai campak hanset macam tu?” Azilah menegur.
“I’m ok ..tak ada sapa bagi mesej hotlink je..tetiba hanset wat hal..geram baling la...”Sengaja Syana mengada-adakan cerita.
“Tak boleh bla budak ni..”Sebenarnya Azilah tahu .Syana tidak berkata benar.Syana..Syana semua mahu sembunyi apa ingat Andy flop poppy dengan Misha Omar ke?? Nak sembunyi-sembunyi?Azilah memandang Lina .Sempat juga dilayangkan YM kepada Lina.
“Buzzzz!! Lina ..woit..aku rasa Syana ni ada masalah besar.Pelik benar aku tengok.”
“Yup!! Setuju.Abis nak watpe??”
“NO idea!! KO rasa??”
“Tak rase pape..blurr”
“Toksah masuk campur?gitu?”
“bahagi,tolak pun aku rasa tak payah..kita tengok dan lihat je dulu …kalau kronik sangat kita bertindak”
“Ok..set! roger n out!”
Xxxxx
Ditempat lain Erwanshah pelik.Syana sudah jarang menghubunginya.Mesej yang dihantar langsung tidak berbalas.Bagai ada sesuatu tidak kena.Hish.Runsing.Tadi Erwanshah nampak Syana dengan rakan-rakannya.Wajah gadis itu monyok.Tidak semanis selalu.Tidak seceria dulu.Pelik.Ada masalah ke dia?Ke dia marah sebab aku tak tegur dia masa dekat Jusco..aiseh..lidah kelu nak buat macam mana..
Erwanshah mendekati meja tulis .Lalu dilipatnya burung jinjang mengunakan kertas berwarna biru.Mood mahu membuat origami…Namun diminda tentang Syana masih difikirkan.Syana Safiyyah Hakeem Mokhtar..Huh..siap satu..diambil lagi kertas putih pula..mengguna teknik yang sama dia melipat lagi burung jinjang.Niatnya mahu menghadiahkan kepada Syana.Mahu Syana kembali senyum..Mahu gadis itu kembali ceria..Moga cara ini berkesan ..
ikhlas nukilan,




ikhlas nukilan,

Mamoruku Murukuku episode 15: Sama-sama Degil

Mamoruku Murukuku episode 15 :Sama-sama Degil.

Dupdapdupdap..

Aiseh kenapalah jantung ni berdegup sakan.Hish..mahu seperti mahu tercabut pun ada ni…ish ish..Syana melangkah seperti biasa selepas membetulkan tali kasut yang tercabut dia berjalan semula dan teettttttttttt…alamak mamoru ada dekat depan pulak…Tak boleh nak mengelak …lelaki itu pulak senyum-senyum..ish ish macam mana ni? Mahu mengelak bagaimana? Nak menyorok pun tempat tak ada.Patutlah jantungku dari tadi tidak tenang..Huish..Mamoru Mamoru..
Alamak sudah makin dekat dengan aku ni….arghhh…rasa nak pitam je..eh..tak boleh tak boleh…lagi teruk kalau jatuh pengsan depan dia..Nanti silap-silap dia rawat aku..Huhuh kan dia Dr Erwanshah..nooooo aku takkan benarkan..

Hatcum!!!

Tetiba tanpa disedari Syana terbersih.Aiseh .Malu bangat la Syana masa tu.Bagaimana mana boleh terbersin ni..haihhh..Gadis bagai mahu segera menghilangkan diri ketika ini.Fikirnya pasti Erwanshah terbahak-bahak mentertawakannya.Tapi aku tak kesah..Aku bersin tadi comel..lalalalalala…
“Assalamualaikum Syana?Erwanshah menegur Syana dan jasad lelaki itu betul-betul berhenti dihadapan Syana.Sengaja mahu menghalang perjalanan Syana.

“Waalaikumussalam..Syana ada kelas ni..nak cepat”
“ Nah..belajar elok-elok dek, Jaga kesihatan.”Erwanshah menghulurkan burung jinjang yang dibuat kepada Syana.Syana terpaku saat melihat origami burung itu.Teringat ketika Mamoru meyelamatkannya daripada Badman..Ah ! rindu pada cerita lama…Mamoruku..

Erwanshah segera berlalu namun dia menoleh kembali sambil memanggil nama Syana.

“Syana..”

Syana yang kakinya masih lagi bersatu dengan jalan tar segera menoleh.Tidak sanggup dibiarkan panggilan itu tidak bersahut.Mamoru memanggilnya…Syana menoleh namun suaranya tidak mampu bergetar saat itu.Mindanya beku.Tidak mahu mengeluarkan kata.Takut tersasar.

“Jumpa nanti”hanya patah kata itu yang terpacul daripada mulut Erwanshah.Syana kembali melihat burung jinjang ditangannya.Warna biru.Setenang laut biru.Seindah awan biru.Ada nota kecil terselit

Senyumlah Engkau semekar sakura syurga! (^_^)

Huh! So sweet…Romantik juga mamoru ni..huhu..Hati gadis itu seperti tersenyum.Mungkin cemburu yang bermukim sudah tiada.Mungkin juga saat itu rindu sudah datang bertatih,maka kerna kasih dibiarkan cinta bertasbih.
Syana……..sedar…lupakan mamoru…lupakan ….usah bermimpi disiang hari..usah lembutkan hati dengan hanya dengan kata-kata manis seorang lelaki itu.Lelaki bijak bermain kata suka mencipta kenangan tetapi akhirnya dia akan biarkan semua terapung di udara tanpa mengaku kenangan itu milik siapa.Ah! Jahatkah aku,? Menilai makhluk bernama lelaki sedemikian rupa.Syana..Syana…ingat tuhan jangan kerana nyamuk kelambu dibakar.Jangan kerana amuk banyak hati ditercalar.

Xxxx
Memang sudah tersurat.Tertulis tepat buat insan bernama Syana Safiyyah bahawa dia ditakdirkan untuk bekerjasama dengan Erwanshah dalam projek pantun anjuran kolejnya..Tiada siapa mampu menidakkan takdir tuhan.Berlarilah sejauh mana pun.Jika itu ditakdirkan berlaku pasti berlaku .

14 sept 2009
Aku tidak tahu kenapa kadang-kadang aku rasakan hidup ini begitu sukar.Kenapa takdir selalu tidak memihak kepada aku.Kenapa? Ah! Manusia seperti apakah aku sering menyalahkan takdir.Sepatutnya aku berdoa.Ini tidak..eerm..Abang Shah juga terlibat dengan projek pantun.Aku terkejut monkey saat Kak Alyza memberitahu kepadaku.Arghhhhh tak mahu..tak mahu..kenapalah kena bekerja dengan dia..Syana …mesti professional.. relax..Mamoru tu..no hal la…
Syana baru tiba di kolej hari itu, tepat jam 9.45 malam.Dihantar sendiri oleh ayahnya Hakeem Mokhtar.Setiba di kolej Syana menelefon Kak Alyza.Kata Kak Alyza mesyuarat di Bilik VIP.Syana segera ke sana walaupun penat masih belum hilang.Syana duduk dekat dengan Kak Alyza senior yang rapat dengannya.Kak Alyza gadis daripada Sarawak yang begitu gemarkan budaya melayu.Maka layaklah dia bergelar pengarah untuk projek ini.

Syana sedar Erwanshah ada dihadapannya.Lelaki itu ada mencuri-curi pandang padanya.Relax Syana.Buat..buat tak nampak sudah.Anggap je dia tu halimunan ..invisible..

Selesai mesyuarat Syana meminta diri untuk pulang.Diri tidak rasa gah untuk berada disitu.Rasa diri seperti batu.Tiada fungsi.Bosan.Bagai boneka bernyawa.Haih..kenapalah aku join projek ni…Mahu menarik diri sudah terlewat.Nanti dikatakan tidak bertanggungjawab.

Xxxxx

Buah kelapa airnya manis,
Dicipta resepi untuk berjaja,
Mana hilang senyummu gadis?
Dari tadi bermuram sahaja.

Syana terdiam mendegar pantun daripada Erwanshah.Pertama kali mungkin dia mendengar.Haih..tahulah masuk projek pantun mahu berpantun-pantun pula ingat orang tak boleh berpantun ke? huh..nak balas apa??? haih otak sedang berkarat ni..tapi aku tak boleh kalah..

Kain songket kain celana
Baju kurung sulaman terakhir
Senyum tidak hilang kemana
Hanya tidak terpamir dibibir

Huh ambik..Syana semakin geram.Minat untuk berpantun makin membuak-buak.Tapi malas pula mahu mengarang pantun.Dia bukanlah orang yang hebat bermain kata.Bukan orang punya indah bahasa.Jika dia berpantun boleh sahaja merosakkan sturktur ayat atau kata.Pantun indah jadi gelita.

Roti canai cicah kari
Maaf mahu mintak diri.

Erwanshah bersabar.Sudah lama ditahan sabar.Ada apa dengan gadis ini?Marah dengan aku? Cuba mengelak daripada aku? Huh !Apa salah?

jalan –jalan terpijak duri
Duri berbisa didalam taman
Jangan mencuba larikan diri
Sungguh hamba tidak benarkan

Syana masih lagi berdiam.Ditoleh kiri dan kanan.Melihat kalau-kalau ada orang meyaksikan perlawanan pantun antara teruna dan dara.Projek pantun baru bermula.Namun hangat suasana telah terasa.

“Syana nak balik”
“ Syana .Kenapa ni? Abang rasa macam ada sesuatu yang tidak kena.? Syana marah abang? “
“ Nop.Tak ada apa-apa.Syana nak balik.Penat.”jawab Syana seolah cuba berdalih.
“ Syana tak jawab soalan abang”
“ Tak ada jawapan. Assalamualaikum”
“waalaikumussalam”jawab Erwanshah dalam nada yang cukup hampa.Soalan yang dilempar hanya sia-sia.

Syana berlalu.Meninggalkan Erwanshah dengan persoalan yang tidak berjawab.Sekali fikir tindakannya kejam.Jika dalam peperiksaan soalan ditinggalkan tanpa jawapan mungkin gagal. Markah kosong.Telur ayam.Begitu juga perasaan Erwanshah kini.Kosong.Soalan yang dilempar tidak punya jawapan.Pertanyaannya hanya sia-sia.Dia mengambilberat akan Syana tapi gadis itu kini dingin.

Hari-hari sepanjang projek pantun berjalan lancar.Walau antara Syana dan Erwanshah masih belum pulih.Erwanshah juga punya ego lelaki.Syana bersikap keras.Maka dia juga akan turut begitu.Baik.Jika Syana enggan menegurnya maka dia juga akan melakukan perkara yang sama.Tiada istilah balas dendam atau apa.Tapi apa yang Erwanshah fikir adalah berlaku adil.Dia juga harus adil dengan dIri sendiri.Asyik mahu menjaga hati orang.Hati sendiri juga terguris.Hatis sendiri juga perlu dijaga.


ikhlas nukilan,