Wednesday, May 2, 2012

Mamoruku Murukuku Episod 6: Detektif Syana


Episod 6 : Detektif Syana
Jika Mamoru resah ,pasti Sailormoon terkena biasnya.Syana tidak tenang melihat wajah Erwanshah.Syana tahu ada sesuatu yang melanda lelaki itu.Wajah itu bagai pekat dengan derita.Syana mampu membacanya.Ada garis-garis resah terbentang luas jelas di wajah lelaki itu.Walaupun lelaki itu cuba senyum tadi.Namun senyuman tidak seindah biasa.Tidak semekar sakura.Hanya senyuman biasa.Senyuman itu tidak mampu menutup derita yang mengalir deras dalam diri lelaki itu.
Aku mahu tahu.Mahu tahu.Kenapa?Kenapa Mamoruku berwajah begitu.Hati tidak enak sehingga semuanya aku tahu.Yeah..penyiasatan harus dilakukan.Teknik yang aku pelajari daripada rancangan detektif Conan harus aku praktikkan sekarang.Bila Lagikan?Hikhik..Aku harus mencuba bakat kedetektifan aku.Huh,tapi bagaimana?Haruskah aku bertanya sendiri?…no ..no…no…bukan mystyle ok..Habis? Apa yang harus aku lakukan.Hish…tiada idea.Kosong.Sifar.Empty.Otak beku saat ini.Tiada idea bijak yang membantu.
“Bagaimana nak menawan seseorang terutama orang yang kita sayang ialah dengan mendengar dengan kalbu.Memang kita mendengar menggunakan telinga.Tetapi lebih berkesan apabila kita mendengar dengan kalbu lebih membuatkan seseorang itu tertawan dengan kita.”
Bermain-main pula sesuatu diingatan Syana kata-kata Datuk Fadzilah Kamsah di radio era tadi.Yeah..Aku harus mendengar.Mendengar dengan kalbu.Mendengar dengan hati,mata,telinga,dan paling penting mendengar dengan ikhlas.Mungkin Mamoru ada masalah.Saat ini Sailormoon harus memainkan peranan.Membantu jika perlu.Tidak kesahlah dia mahu terima bantuanku atau tidak.Ada aku kesah??
Ah! Tidak mungkin Mamoru akan menceritakan masalahnya pada orang yang entah siapa-siapa pada dirinya.Lagi-lagi perempuan.Lelaki egonya keras.Sekeras –keras kerak nasi pasti akan lembut juga.Aku tahu tu…Esok episod penyiasatan Detektif Syana akan bermula.Nantikan sahaja hasilnya.Syana tersenyum penuh makna.
Pagi menjelang.Usai subuh Syana siap berpakaian.Lengkap ala penyiasat muda.Berbaju hitam semuanya.Dia perlu menyamar.Agar identiti diri tidak dapat dikesan.Hari ini sabtu, Syana sudah bertanya dengan Kak Kuzi senior yang satu kursus dengan Erwanshah.Selalunya pagi sabtu lelaki itu akan keluar awal,jam 8 pagi ke makmal.Yes! Idea bijak untuk aku mengekorinya.
Syana melihat diri di cermin.Huh,siapa ni?Tak kenal pula aku dengan makhluk tuhan depan cermin ni.Aku ke? Cermin mata hitam dibuang.Syana melihat jelas matanya.Takut-takut ada tahi mata.Penyiasat harus jaga imej.Yes! Semua baik-baik sahaja.Wajah Syana murni seperti biasa .Cermin mata dipakai kembali.Syana membetulkan tudung.Topi diletakkan di atas kepala.Aiseh memang unik kalau ada penyiasat macam aku dekat Malaysia ni.Comel juga.Baju jaket hitam labuh dibetulkan.Baru nampak kemas.Selesa.Tanpa buang masa Syana lekas berjalan.Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi Syana harus lebih cepat daripada Momoru.
Gadis itu menyorok dicelah-celah pokok besar berdekatan kolej.Sambil-sambil itu mata meliar melihat kalau-kalau ternampak Erwanshah.
Tetttt….Mamoru muncul.Memakai baju putih digandingkan dengan seluar jeans dan kasut sport putih.Imej suci seorang lelaki.Lelaki itu berjalan agak pantas.Syana cuba menyorokkan diri.Takut-takut lelaki itu terkesan dengan kehadirannya.
Aiseh dia bukan kenal akupun.Dengan imej sebegini dahsyat.Azilah ,lina,tasha dan Dila pun tidak kenal.Penyiasatannya hanya sendiri.Dia tidak berani berkongsi cerita dengan teman-temannya.Bisa bising satu kolej nanti.Silap-silap kes Syana akan di post dalam blog atau tidakpun menjadi status di Facebook.Tidak..tidak..semua itu tidak mungkin berlaku
Syana berjalan dengan yakin.Lagak kasar seperti Erra Fazira dalam Janji Diana.Cuma berbeza sedikit kerana Syana bertudung.
Erwanshah tidak sedap hati.Dia dapat rasa ada seseorang di belakang.Dia menoleh.Kemudian kembali memandang ke depan.Hampa.Dia tidak kenal orang dibelakangnya.
Langkah terus dipercepatkan.
Aiseh Mamoru ni lajunya jalan.Buat aku semput je.Rungut Syana.Eh! Dia nak pergi mana ni? Kenapa tidak pergi makmal.Alamak…salah informasi.Tak kisahlah..Ikut saja bukan rugi pun.
Syana berjalan seperti biasa tetapi terpaksa ditambah kelajuannya agar jaraknya dengan Mamoru tidak jauh.Dia tidak mahu Momoru hilang.
Erwanshah terus berjalan menuju ke Tasik Varsiti.Lelaki itu kemudian duduk di pondok rehat yang ada.Nafas di tarik panjang-panjang.Kemudian dihembus perlahan.Lelaki itu tahu ada seseorang yang mengekorinya sejak dari kolej.
“Syana keluar sekarang.Abang tahu Syana ikut Abang tadi.Keluar sekarang Syana jangan degil”
“What? Dia tahu aku ikut dia.Alamak.Aiseh malu tahan gaban ni.Kena sorok diri dalam peti ni”Bicara Syana dalam atmanya sambil tangan menggaru-garu perlahan kepala.Berfikir bagaimana lelaki itu tahu.Sedangkan Syana cukup berhati-hati.Hish…hebat betul Momoruku .
Syana akur.Terpaksa keluar daripada tempat persembunyian.Ilmu kedetektifannya belum cukup.Masih tahap budak sekolah rendah.
Syana tidak berani senyum.Wajah Erwanshah sungguh serius ketika itu.Seperti wajah Cikgu Amer guru disiplin semasa Syana sekolah menengah dulu.Muka ditunduk.Muka juga tidak berani diangkat.Erwanshah hanya merenungnya.Tanpa bicara.Hanya diam.Huh takut gak kadang-kadang tengok Mamoru berwajah begitu.Berdebar-debar pula jantung Syana.Debaran luar biasa.Syana harus memikirkan apa jawapan yang harus diberikan.Hujah mesti kukuh.
Dalam hati Erwanshah bagai mahu tertawa.Cuma ditahan.Sengaja mahu mengenakan gadis yang nakal ini.Semakin menambah suka dihati Erwanshah bila melihat pakaian gadis hari itu.Lain macam sahaja.Bertopi pula.Berlagak detektif konon.Syana..Syana…telatah gadis itu bisa menghiburkan hati sesiapa sahaja.
“Kenapa ikut abang? Tak ade kerja???” Erwanshah berbicara dengan tegas yang dibuat-buat.Lelaki itu harus bijak menyembunyikan tawanya.
“Hehe..ermm…saja..bosan “ Aiseh jawapan apa yang aku bagi ni.Jawapan yang tidak kukuh langsung.Huish jangan biar pecah tembelang.
“Saja ? Bosan? Syana..Syana…kenapa suka buang masa? Tahu tak? Sepatutnya abang patut berada di makmal sekarang?”Masih dengan nadanya yang tegas.
“Tahu .Opss…tak tahu..tak tahu” Syana menutup mulutnya dengan tangan.Hish habislah ..mulut Syana sukar dikawal.Sukar mahu menipu.Silap-silap diberitahunya tujuannya mengekori lelaki itu.
Erwanshah mendekati Syana.Tangannya diangkat.Lalu tanpa segan lelaki itu membuang topi yang dipakai oleh Syana.
“Buruk la..Syana pakai macam ni.Macam kartun je”Tiba-tiba lelaki itu gelak.Syana pula yang berwajah tegang.“Aiseh dia kata aku macam kartun.Hish ada orang nak kena watchaa ni”
Muka Syana masam mencuka.Sifar garis senyum.Geram.Dia hanya diam.Protes dari dalam.
“Tapi comel juga kalau sekali-sekali berpakaian pelik macam ni.hehe..unik” Setelah sedar perubahan air wajah gadis itu .Erwanshah terus bersuara.Moga bicaranya mampu melembutkan hati Syana.
Haih..pandai pula hendak ambil hati orang.Fikir Syana.
“Duduklah” Suruh lelaki itu.Syana hanya mengikut sahaja seperti anak kecil.Syana sememangnya masih anak kecil bagi ayahnya Hakeem Mokhtar.Seorang ahli perniagaan yang berjaya juga merupakan ketua yang digeruni oleh anak buahnya.Hakeem Mokhtar seorang lintah darat yang berselindung disebalik identiti sebagai ahli perniagaan yang baik hati dan dermawan.Syana tidak menyedari dia mempunyai bapa yang terkenal didunia gelap itu.Mungkinkah Syana juga bakal mengikut jejak langkah ayahnya?Hanya masa yang mampu menentukannya.
“Maaf Syana bukan sengaja mahu mengekori Abang Shah.Cuma…cuma..Syana risau tengok muka abang hari tu.Masa dekat kedai Kak Yah.Macam ada masalah je”Lancar pula Syana berbicara biarpun kadang-kadang tersekat.
“La…pasal tu je Syana sanggup jadi penyiasat macam ni? Kelakar la Syana.”Balas Erwanshah
“Gelaklah puas-puas..Syana tak kesah..ok Syana nak balik.Malu pula pakai macam ni”
“Nanti, abang ikot.Bimbang,kalau biar anak dara orang ni balik sorang-sorang”
“Poyo je…macam orang budak kecik je”
“Memang budak kecik lagi pun..” kata Erwanshah sambil tangan mahu mencubit hidung Syana.
Aiseh..tak boleh tak boleh…tarik balik tarik balik..Tangan lelaki itu terhenti .Diam tanpa gerak setelah sedar batas antara dia dengan Syana.Mereka bukan muhrim.Mujur hati masih dijaga tuhan.
Tangan lelaki itu dijatuhkan diletakkan disisi.Syana hanya memerhatikan.Masing-masing lidah terkelu.Membeku.Membisu.Alam turun sama berdiam.Seolah malu melihat situasi itu
“Jom balik” Erwanshah bersuara memecahkan kesunyian alam.


ikhlas nukilan,

No comments:

Post a Comment