Friday, December 28, 2012

Mamoruku Murukuku Ep 33 : Mimpi Yang Sempurna


Sedar tidak sedar Syana sudah pun menjejak kaki ke negara matahari terbit. Diimpikan musim bunga. Boleh dia melihat keindahan sakura tapi sayangnya dia tiba pada musim panas. Panas pun panaslah.Niat utama adalah menuntut ilmu. Bukan sakura ye Cik Syana oii..

" Fara Chan, Syana rasa nak pergi Harajuku dulu..jom?? "
" Syana, Dame Dame ( tak boleh tak boleh) Dhomir kata nak perg Akihabara."
" Awak ni , asyik encik Hati je kan....Hati Syana sape nak jaga?"
" Aiman? Erm Mamoru?"
" Sila awak jangan sebut nama mereka lagi. Itu hanya kisah lalu .Mereka tidak perlu diingati, kalau menjauhi itu lebih baik.."
" Amboi , marah nampak."
" Bukan marah, Syana pun kena jaga hati Syana jugakkan. Mungkin Syana akan jumpa Mamoru baru di Jepun..tetttttttttttttttt"
"Pandai no..." Syana menarik tangan Fara.Gadis itu benar-benar mahu ke Harajuku.Tempat yang terkenal dengan pelbagai fesyen yang pelik.Namun dalam hati dia masih memikirkan dua lelaki ajnabi itu. Aiman, seorang yang benar-benar menyayangi Syana namun terpaksa diakhiri pertunangan itu kerana Aiman ternyata bukan pembimbing yang terbaik. Mamoru? Erwahshah hanyalah mimpi masa lalu yang akan terus hilang dalam kabut malam. Lelaki itu bukanlah imam yang diharapkan . Mungkin dalam perkenalan hatinya silap mengenal kunci!Kunci yang salah dibuka pada pintu yang juga salah.Akhirnya segala bernokhtah.


………………..
“ Syana tadi, Dhomir text Fara. Katanya , pukul 7, ada Dinner dekat restoran Malay-chan. Dia kata jumpa dekat Sunshine City dalam pukul 5”
“ Fara-chan … cik now dah pukul 5.30…kenapa tak cakap awal-awal” Syana mengomel  panjang . Mereka berlari mendapatkan trend an segera ke Sunshine City.
“ Marahlah mamat tu oiii…”
“Syana, Dhomir tak marah dia kata tak ape…Awat hang pulak nampak emo??”
“ Syana tak suka lambat.” Fara diam. Dia tahu gadis itu tegas.”Ha! Syana memang macam tu..layan je..” getus hati Fara.Dia tahu silapnya tak beritahu awal.Namun , dia tidak sampai hati  apabila melihat  Syana benar-benar bahagia membeli-belah di Harajuku. Gadis itu sikapnya sudah jauh berubah sekarang.Kalau dahulunya ceria dan banyak cakap. Sekarang gadis itu bercakap bila perlu sahaja.Sudah matang barangkali.
………………………..
Dhomir hanya tercegat di depan pawagam sahaja menanti kehadiran dua gadis Syana dan Farah.Kiri kanannya , matanya tidak lepas melihat telatah anak muda Jepun yang berpakaian pelik-pelik. Ada yang memakai rambut palsu pelbagai warna, gaya solekan yang aneh. Mujur gadis melayu tidak begitu.Mohon dijauhkan dua sahabatnya jadi begitu.Kelibat Syana dan Farah sudah dilihat berlari anak dari jauh. Namun mata Dhomir tertumpu pada pakaian yang dipakai oleh kedua sahabatnya.

“ Alamak , baru cakap. Dua gadis ini sudah berubah fesyen.”
“Ha! Encik Hati terlopong kenapa? Tau la kami cantik” Fara mengusik.
“ Hai..baru beberapa hari dekat Jepun dan tak pandai bagi salam..”
“ Assalamualaikum Dhomir…gomen ne?  Syana and Fara lambat.Fara baru cakap, Syana tak tahu”
“ Erm kamu berdua pergi mana tadi. Semalam Dhomir tengok masih berbaju kurung dan berjubah. Sekarang dah berubah?”
“ Encik jangan lah peril.Tadi kami jalan-jalan tak bawa baju lebih. Hujan.Hanya ini baju yang mampu kami beli untuk gantikan baju yang dah basah . Lupa bawa paying punya fasal”
“ Yep! Tau takpe..Kami masih gadis melayu yang bangga dengan budayanya.Tapi awak kena ingat. Islam itu mudah. Kita jangan rumitkan.Pakaian kami masih menutup aurat okeh?.

Terkena Dhomir dengan hujah dua gadis bijak itu.Dalam hati lelaki itu lega. Farah dan Syana masih seperti dulu. Alhamdulillah. Mereka semua akhirnya berjalan menuju ke Restoran Malay-chan, untuk menghadiri majlis makan malam perkenalan dengan pelajar Rikyyo Universiti.Selesai majlis mereka kembali ke hotel penginapan mereka di Hotel Sakura.
….
Jam tepat pukul 10 malam .Syana turun ke lobi untuk membasuh baju menggunakan mesin membasuh automatik . Fara sudah lena di atas katil. Terpaksalah diberanikan diri turun seorang diri.

“Eh, awak pun disini? Basuh baju?”

Syana tidak senang dengan kehadiran Mujjahid Akhwan itu. Mujjahid salah seorang pelajar yang dapat peluang melanjutkan pelajaran di Jepun.Sejak dalam kapal terbang lagi Syana membenci lelaki itu. Berlagak!! 

“ Erm..tak tak saya nak buat cekodok ni”

Mujjahid terus senyum. Dia tahu gadis itu tidak menyukainya. Lebih-lebih lagi bila Mujjahid berang dengan Dhomir semasa di  Lapangan Terbang.  Mujjahid sedar dia tidak dapat mengawal kemarahan bila Dhomir terlanggarnya dan menjatuhkan telefon bimbitnya.Ah! Malas dikenang peristiwa itu.

“ Awak ni garang tapi comel”  Mujjahid berlalu. Dia tahu gadis itu mengharapkan dia segera beredar.Namun sempat dia luah sesuatu untuk kenangan buat si gadis.

“ Cis! Comel konon” Syana menghentak-hentak baju ke dalam mesin. Beberapa syiling matawang yen dimasukkan.Alamak terlekat camne ni…

“ Nak saya tolong? “
“ Awak lagi, belum pergi? Tak apa saya boleh selesaikan” ( dia ingat aku tak boleh buat??) Syana pun mengetuk-ngetuk mesin automatic itu. Mujjahid hanya melihat gelagat gadis comel itu. Ternyata lebih comel…
“ Ha? Kenapa senyum-senyum? Nak gelak kan saya la tu?”
“ Bukan. Erm mari saya tolong. Mesin ni pun kena layan dia lembut-lembut. Walau dia tak ada perasaan macam kita tapi kalau awak dok hentak-hentak dia . Dia boleh rosak”
“ Hahahah pandainya awak…”

Entah apa yang ajaibnya tangan si Mujjahid ni. Dia ketuk sekali je mesin  sudah berfungsi seperti biasa.

“ Dah berfungsi”
“ Ok, Terima kasih”
“ Hey gadis yang garang tapi comel. Cubalah awak senyum sikit mesti lagi cantik”
“ Sebab tu saya tak suka senyum.nanti saya cantik. Wek!” Syana berjalan laju menuju kembali ke lif. Mahu segera tinggalkan Mujjahid!. “ Ha? Aku garang ke???”

No comments:

Post a Comment