Sunday, December 30, 2012

Mamoruku Murukuku Ep 34: Abang Takoyaki!


Syana tak jadi mahu pulang ke bilik.20 minit lagi dia perlu ke mesin automatic itu untuk mengambil kembali baju yang dibasuh.Nak balik balik?? Erm..Malas mahu mendengar dengkuran si Farah. Silap-silap Syana juga turut berdengkur.

” Baik jalan-jalan.Syok juga jalan sorang-sorang dekat negara orang”

Syana melihat kedai-kedai berdekatan .Menarik. Dalam jam 10 masih sibuk .Basikal diletak kiri dan kanan kawasan pejalan kaki erm…kelihatan comel.Tersusun rapi.Kalau di Malaysia sudah dicuri barangkali.Syana melihat di bangunan-bangunan tinggi ada skrin yang menayangkan video klip artis pop Jepun.Wah Korea pun ada..Tercengang sekejap gadis ini. Dia dan rakan-rakan lain masih ada beberapa hari untuk menikmati keindahan Tokyo kerana mereka kemudiannya akan ke Yokohama untuk mendaftar di Yokohama National University.

“ Kalau ya  pon minat jangan la sampai ternganga gitu..”

Terkejut Syana . Mujjahid ! Ciss dia ni kenapa? Nak cari Fasal dengan aku? Nak watcha…tak boleh..kunun ayu…haishh…

“ Berani awak jalan sorang-sorang kat Tokyo ni ye? Kalau sesat macam mana?”
“ Maaf , saya ada map takkan sesat. Baik jalan sorang daripada …er,…malas nak cakap” Syana menjeling ke arah Mujjahid . Perasaan benci semakin bertambah dari hari ke hari. ( Huh sikit-sikit lama-lama  jadi bukit benci aku ni!! Tolonglah Mujjahid!)

“ Saya pun  bukan nak jalan dengan awak..ok taste saya bukan Jepun celop …” Bederau darah Syana. Mamat ni memang meningkatkan darah tinggi kalau ada! Aiyo! Ingat aku suka ke muka celop celop ni . Aku Malaysian okeh! Mata Syana terus menatap bahagian belakang Mujjahid rasa nak tumbuk-tumbuk 70 kali je..tapi tak mampu..

“ Dah la kata aku garang tapi comel. Tiba-tiba kata  jepun celop pulak.memang menyakitkan hati..cakap orang macam la muka dia tak Jepon Celop.. Hoi encik mata awak lagi sepet dari saya… ish kenapa la aku nak marah sangat ni…Syana bertenang!Tarik nafas.. “

Tanpa Syana sedari dia telah berjalan kemana entah. Kakinya melangkah tanpa tujuan.Amarahnya telah mengemudi ke arah yang salah. Ya, Allah. Kenapa aku macam tak pernah nampak tempat ni. Itulah tadi cakap besar takkan sesat ada map…kan dah makan diri…Mamoru takmo tolong ke??? ( Syana please, kembali ke alam nyata mamoru tu dah tak ada dalam hidup kamu lagi.)

Syana hanya mampu termenung. Kaki dia dah letih.Sudah beberapa kali dia berjalan di tempat yang sama . Family Mart ni ada berapa banyak? ( Family Mart= macam seven eleven ). Eh! Eh! Kenapa nampak dia makan dekat Family Mart.Syana menyorok. Mengintai dari sisi kedai secara sembunyi. Baik aku ikut dia dari belakang je..( kerja aku memang kena mengekori orang je. Detektif sangat!)

Eh..eh dia keluar Syana tunduk tunduk…

“ Awak, dekat sini awak je bertudung..pakai  warna turquoise macam tu nak menyorok. Saya nampak la..Kenapa sesat?? ”
Syana geram je nak cili mulut mamat ni tapi masalahnya dia tak tahu macam mana nak balik ke hotel. Belagak sangat Syana . Cuba rendah diri sikit. Awak tu nak minta pertolongan orang…
“ Eh! Saya macam perasan muka awak macam abang yang jual Takoyaki dekat Foodcourt Village tu..”
Alamak kenapa aku terlepas cakap ni..
“Ha??? Saya jual takoyaki??? Memang tak la. Makan Takoyaki saya hebat! Silap orang.”


Fikiran Syana menerawang jauh pulang ke kolejnya dulu. Masa di Kolej dia selalu juga makan di Foodcourt. Takoyaki ! Ofcouse menu pilihan.  Sungguh muka abang jual Takoyaki tu hensem…

“ Takoyaki 5.”
“ Boleh awak”

Hai…berbunga-bunga hati Syana saat itu. Awak? Bukan akak atau adik?? Ha!Kenapa dia sweet sangat ni..Sudahlah dia pakai baju bunga-bunga. Bertambah satu bunga dekat hati Syana selain bunga sakura…Kuang..kuang…
…………….
“ Awat?? Berangan ?? Teringat Abang Takoyaki yang hensem tu??”
“ Eh? Mana tau??..Bukan beranganlah tapi teringat”
“ Abang Takoyaki tu saya la…puas hati?” Mujjahid tersenyum sambil mengenyit nakal mata sebelah kirinya.
“ What ??? Gulp..Gulp..” Syana hanya mampu menelan air liur. Suara sudah tersekat dikerongkong.Tekaan dia benar. Tapi Abang Takoyaki tu sweet Mujjahid tak!..

Hilang selera nak makan Takoyaki..Aigoooo…

Syana hanya mengikut dari belakang. Mamat ni jalan laju! Sabar je.
“ Awak! Kenapa tak sampai hotel lagi??”
“ Ada saya kata nak balik hotel?”
“ Awak nak kenakan sayakan Encik Mujjahid Akhwan?”
“ Tidak sama sekali Cik Syana Safiyyah Hakeem Mokhtar ( Hai….dia ingat nama penuh aku! Menarik!)
Sila lihat ke kiri. Sakura Hotel disebelah sana. Awak baliklah baju tu dah kering dalam mesin. Saya nak pergi taman jap."
“ Oyasumi, gadis garang!”
“ Eh,tp  comel tak ada?”
“ Maap Jepun celop..betul-betul bukan taste saya”

Mengetap gigi sekejap Syana. Orang baru nak lembut-lembut dengan dia . Cakap macam tu. Siaplah kau.Dapat minah jepun betul-betul baru tau.wek!”

Dalam hati Syana dia benar-benar ingin tahu macam mana si Mujjahid ni, boleh jadi Abang Takoyaki.Eh...Mujjahid ni umur berape?? Alamak kenapa aku ambil tahu pulak..Syana..fokus! Study!

No comments:

Post a Comment