Wednesday, May 30, 2012

Mamoruku Murukuku 32: Siapakah Pemilik Hati ini?

Mamoruku Murukuku episod 32: Siapakah Pemilik Hati ini?


“Farah…tu dari jauh dah nampak Dhomir kamu tu melambai..bukan main senyum lagi dia..almaklum la nak jumpa Farah kan..”
“Dah..dah tak payah nak mengusik dah..tadi Farah gurau je…0% pun tak ada hati kat dia..”
“ Kamu jangan cakap..tahu tak Syana ad abaca satu blog ni dia tulis..erm apa ye..jap nak ingat..”
“ Ala..apanye,,cepatlah..”
“ok..dah ingat.. Hati ini bukan milik kita, kerana Allah yang memegang hati kita. Perasaan kita, Allah juga yang memasukkan perasaan sayang, kasih, rindu, cinta dan benci…Dan tau tak ??tak mustahil Kamu akan ada hati dekat Dhomir..Dia ok apa? Lelaki yang baik bagi Syana. Imam muda tu..”
“ Aha..bila Syana berbicarakan..”
“ Jangan la sampuk..ada lagi ni..nanti hilangkan….erm.. Dhomir juga mungkin akan selalu mendampingi dan menemani kamu  di manapun ..”
“dimana pun??” Farah mengajuk Syana. Tidak serius mendengar bebelan Syana.

“ Yepp… dannnnnn  Dhomir juga  akan selalu menjaga dan mengingatkan kamu  saat lupa atau lalai..menyeru melakukan kebaikan …ehe..hebat tak Dhomir??”
“ Hebat sangattt..Hai bukan main puji-puji Dhomir..”
“ Kenapa? Tergugat ke?? Aha…jangan salah faham Dhomir tu maksudnya hati..kebetulan nampak Dhomir teringatlah apa yang Syana pernah baca.”
“Huh..Dhomir tu hati?” Lega Hati Farah..Gadis itu menyangka  Syana punya hati pada Dhomir..
 ..
“ Assalamualaikum..gadis-gadis solehah..”
“ Waalaikumsalam hati..”Farah pantas menjawab salam. ..Syana hanya tersenyum melihat gelagat temannya itu..
“ Waalaikumsalam..amin..moga kami menjadi gadis solehah” Syana mengalihkan pandangan pada Dhomir  yang kelihatan sedikit tercengang.
“ Eh tadi  Farah cakap hati??”
“ Yesss..Encik Hati maksud nama kamukan hati..”
“ Oh..Hati yang mengingatkan.. Dhomir Waiz..Mana tau??”Dhomir tidak sangka ada yang tahu makna namanya.  
“ Syana la bagi tau..diakan detektif” Balas Farah.
“ Kebetulan terbaca  tulisan seseorang tentang Dhomir..moga-moga kamu benar-benar hati yang mengingatkan… sentiasalah ingatkan kami ye..”
“InsyaALLAH..ha jom makan ..perut nak cukup berkeroncong ni”

Xxxxxxxxxxxxxxxx

Dhomir Waiz?? Baru Syana sedar nama lelaki itu sungguh unik.Maknanya pun cukup baik.Selama ini dia tidak pernah mengambil tahu akan kehadiran lelaki itu.

Hati? Siapakah pemilik hati ini??

Dalam riuh dalam sepi
Dalam bahagia dalam sedih
Dalam jiwa dalam hati
Pasti bernafas nama ILAHI

Syana  termenung seketika. Selama ini dia agak lalai dalam menjaga hati sendiri. Hati sendiri disakiti bagaimana mahu menjaga hati insan lain? Selama ini, hati diisi dengan kepentingan duniawi. Sehingga bisik nurani itu berbau kepentingan diri. “Ya! mulai saat ini aku harus menjaga hati ini dengan baik!! Elak prasangka..Hati ini milik Allah. Aku harus hargai , jaga dengan sebaik mungkin..Hati adalah kekuatan kepada diri. Mati hati hidup tidak bererti”
“ Terima kasih Allah….terima kasih Dhomir Waiz..nama kamu telah menyedarkan aku tentang kebodohan aku selama ini..Hati sepatutnya menjadi pembimbing namun dek emosi aku jadi begini tak pernah berpijak pada realiti. Hati aku bagai tidak berfungsi.Sehingga segala masalah tidak pernah  cuba aku selesaikan. Aku larikan diri..Ya Allah bimbinglah aku”
Malam itu ,Syana melakukan solat istikharah.Mohon petunjuk yang terbaik buat diri.
“ Ya, Allah jadikan aku gadis yang punya hati yang baik..”

Wednesday, May 2, 2012

Mamoruku Murukuku Episod 1: Gadis Pelik


EPISOD 1---------GADIS PELIK
Syana seorang gadis yang suka menulis.Semua yang dirasa akan dilahirkan dalam bentuk tulisan dari sekolah lagi dia begitu.Dia amat takut dia akan lupa perkara-perkara yang berlaku dalam hidupnya terutama yang indah.Jadi dia menulis.Setiap yang perlaku dalam hidupnya akan dicatat.Huh rajin ,bahkan terlalu rajin.Lebih pelik lagi,semua mesej yang diterima akan ditulis juga,mengikut tarikh ,waktu,lengkap dengan siapa yang menghantar mesej di telefon bimbitnya.Bagi Syana mesej yang diterima sungguh bermakna..namun dia tidak boleh menyimpan semuanya lantas dia putuskan dia harus menulis.
Sepanjang hidup Syana dia sentiasa ditemani buku dan juga kamera.Detik-detik akan dirakam indah dalam diari seorang gadis kota yang pelik.Huish masih ada orang sebegini di dunia ini…
Aku sailormoon ,dia Mamoru?Arghhhh…mahu ke dia jadi Momoruku??hehehe..Mamoruku murukuku.
Ngap!!..Syana mengunyah muruku yang dibawa dari rumah dengan lahapnya.Perut keroncong dari pagi tidak diisi dengan makanan.Nasib baik perutnya sudah terbiasa berlapar.Muruku pun muruku la..asal boleh alas perut.Sengihnya sendiri.
Sebentar lagi kelas.Syana ada masa 3 jam untuk berehat.Kelas jam 4 ,sekarang masih jam 1.Huh..setelah kenyang dengan muruku.. Syana terlena dikatilnya.
Dengan kuasa bulan akan menghukummu!!!!!!!! Sailormoon cuba mengalahkan musuhnya.Namun musuh terlalu kuat.Kuasanya terlalu tinggi.Sailormoon tersungkur lemah.Lalu tetiba hadir Toksedo Bertopeng bersama bunga mawar merah.Dilempar lembut bunga mawar itu kepada Sailormoon.Pahlawan itu senyum.Senyum semekar sakura.
“Saudari jangan risau saya pasti akan menewaskannya”
Yes!!!musuh berjaya ditewaskan..
“Saudara,terima kasih.Siapa saudara sebenarnya?
“Saya Mamoru kamu..”Lalu pahlawan itu membuka topengnya.Mata dikenyit nakal.
“Aiseh…mamoru ke?”
XXXXX
Syana!!!!!!!! Hang tak p kelas ke dah pukul 3.45 ni..jerit Azilah
What???Pukul berapa??Alamak kelas Syana pukul 4.
Sepantas kilat gadis itu berlari ke toilet,mencuci muka, dan terus bersiap.Dia perlu cepat……..
Huh pantas sungguh dia berlari.Mujur disarungnya kasut sport putih kegemarannya.Dipadankan dengan baju kurung coklat.(Memang tak padan tapi Syana selesa begitu senang berjalan..tak payahlah jalan macam perempuan sangat)
Tettttt..mata Syana tertumpu pada susuk tubuh dihadapannya.Mamoru??Alamak …apasal kaki ni tetiba slow je..semua pergerakan Syana jadi perlahan.Syana sendiri tidak mengerti.Hatinya pula hanya tuhan yang tahu..Wajahnya cuba ditutup dengan payung yang besar tahap gaban .Malu nak tenung anak teruna orang.Tak baik..tak baik..
Mamoru berpaling,dia senyum pada Syana.Lalalallaalallala…huhu jantungnya bernada.Rasa sesak nafas pun ada.Tetiba..
Bedebush…………………Syana jatuh ..pengsan…depan pagar kolejnya
Momoru panik.Tiada siapa yang ada di situ.Hanya dia..hanya dia



ikhlas nukilan

Mamoruku Murukuku Episod 2: Gentleman

EPISOD 2 : GENTLEMAN

Mamoru kaget! Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.Ternyata kakinya masih melekat di tapak jalan raya itu.Mata hanya melihat belas pada gadis yang pengsan itu.Di situ hanya ada dia.Haruskah dia bertanggungjawab.Ah! sebagai lelaki aku perlu.Kalau tidak apa nasib budak perempuan ni.

Mamoru mendekati gadis itu.Jantungnya berdegup sakan.Bermain-main dengan irama pelik.Adakah aku perlu selamatkan gadis ini?Hish mestilah..Bantuan pernafasan? Huh tidak.. nanti aku ikut pengsan.Huh sempat lelaki itu bergurau dalam saat yang getir.Lelaki itu masih berfikir.Sudah 15 minit detik berjalan tanpa dia melakukan apa-apa.Pertama kali dalam hidupnya ada orang pengsan dihadapannya.Sesak juga fikiran dia ketika itu.Peluh-peluh jantan entah menitis berapa banyak sudah.Gementar berada di situasi yang belum pernah dialami.

Erm baik aku angkat dia.Ya call Rahim .Eh ,baik call perempuan, Nina...Lelaki itu lega akhirnya punya idea.Terima kasih tuhan.Mamoru mengetepikan beg gadis itu .Lelaki itu senyum ada key chain sailormoon dan hero sailormoon tidak diingat lagi namanya.Cerita zaman kanak-kanak.Gadis ini begitu meminati cerita itu.Buku-buku yang jatuh bertaburan disusun kemas ke tepi. Ada sebuah buku tertulis dihadapannya “Diari Hati Syana” Itu nama dia rupanya.Manis.Se”sweet” orangnya.Baru tangan lelaki mahu menyentuh bahu gadis itu,mahu di angkat ketempat lebih baik daripada tersadai sepi begitu kedegaran suara garang menengking daripada belakang.Begitu tidak sopan orang yang menegurnya.
“Wei,apa ko dah buat dengan kawan aku ni? Sana,sana ..biar aku angkat dia,Lina,Tasha ,Dila mari tolong aku angkat Syana.Dia pengsan lagi ni..cepat”

Tanpa berdalih.Tanpa membazir masa empat sekawan itu mengangkat Syana.Mamoru hanya terpinga-pinga.Geram pun ada mengingatkan kekasaran bahasa yang digunakan oleh gadis berambut pendek seperti lelaki itu.Menengking tanpa sebarang usul periksa.Kenapalah gadis yang pengsan itu punya kawan yang tidak sihat perilaku seperti ini?Huh,gadis itu masih kelihatan ayu walau dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Nanti….”Tanpa gagap lelaki itu bersuara.“Dia jatuh pengsan dihadapan saya.Sebagai lelaki saya perlu bertanggungjawab.Biar saya hantar dia ke hospital”

“Wowowow..nak tunjuk gentleman konon.Weh …xpayah.kitaorang boleh hantar dia.”Balas seorang lagi gadis yang memakai kaca mata dan berwajah hitam manis dengan nada agak keras sambil menonjolkan muka yang tidak enak dipandang.Huish.”Pahit je aku lihat”getus hati kecil lelaki itu.”Memang satu geng kurang sopan.”

“Maaf jika saya ikut campur.Saya rasa amat perlu untuk turut menghantar dia ke hospital.Hati saya tidak tenang jika serahkan semuanya bulat-bulat pada kamu semua”Lelaki itu masih menuturkan bahasa yang cukup baik lagi walau berhadapan dengan orang-orang yang suka merosakkan bahasa.Malas mahu tercampak ke dalam kategori tidak indah itu.Dia masih seorang yang cintakan bahasa.

Azilah,Lina,Tasha dan Dila masing-masing berpandangan antara satu sama lain.Bingung dengan tingkah laku lelaki yang juga Senior dikolej mereka.Erwanshah .Nama lelaki itu .Itulah juga Mamoru . Watak kartun yang diberi oleh Syana tanpa lelaki itu ketahui.

“Ok fine, aku pun ada kelas lepas ni. Ko bawak dia p hospital.Lina and tasha follow mamat ni.Cincau..Aku cau dulu.Pape call aku geng.Salam”Dengan selamba Azilah meninggalkan teman-temannya.Mengarah bagaikan pemerintah kuku besi.Sesuka hati.

Lelaki itu melempar senyum kelat pada gadis sombong itu.Perhatiannya hanya pada gadis yang pengsan.Harus segera dihantar ke hospital.Huh PPUM? Kecemasan?


ikhlas nukilan,

Mamoruku Murukuku Episod 3: Kedai Kak Yah

Mamoruku Muruku Episod 3: Kedai Kak Yah

“Kamu berdua cepat ikut saya,tapi sebelum jawab soalan saya,tadi saya dengar kawan kamu kata Syana pengsan lagi.Maksudnya ini sudah berapa kali dia pengsan dan kenapa?Dia sakit?”Banyak betul persoalan yang dilemparkan oleh Erwanshah.Lina dan Tasha yang masih ada disitu kebingungan.

“Amboi banyaknya soalan macam reporter pulak.Syana ni degil,dia tak mau makan.Inilah akibatnya budak degil.Dah 3 kali dia pengsan.Kami pun pening.Cepat kami nak bawa dia ke mana?Berat ni.”Balas Lina.Tasha hanya memandang dengan wajah tegang.Tangan menahan menampung Syana.Azilah dan Dila telah berlalu sebentar tadi.Ada kuliah.

Erwanshah yang punya akal geliga ini segera mengeluarkan sesuatu dari beg galasnya.Botol air diambil .Dia merenjiskan air ke muka Syana.Lina dan Tasha hanya menjadi pemerhati yang setia.Dalam situasi ini mungkin senior mereka lebih arif.

Lelaki itu membaca sesuatu pada air tersebut.Lalu direnjis lagi Ke wajah Syana.Lina dan Tasha makin hairan.”Apa dia ingat Syana kena rasuk ke?Nak hembus-hembus pulak.Jangan-jangan guna-guna.”Fikiran Lina terlalu merawang jauh.Niat murni lelaki itu disalaherti.

“Kamu berdua jangan fikir bukan-bukan .Saya baca ayat suci al-quran.Dia ni lemah semangat.Sebab tu asyik pengsan.”tutur Erwanshah seoalah bisa membaca apa yang ada di fikiran dua makhluk tuhan dihadapannya.

Perlahan-lahan Syana tersedar.Mata dibuka perlahan-lahan.Sayup-sayup dia terdengar ada nafas manusia dekat dengannya.Badannya terasa sakit.Lemah.Rasa macam mati hidup semula.Dilihat ada lina dan Tasha disisi.Ah! Aku pengsan lagi.Alamak Mamoru pun ada.Mata gadis itu pejam semula.Tidak percaya apa yang dilihat.Ditampar-tampar wajahnya beberapa kali kerana fikirnya munkin mimpi.Tapi sayang dia sekarang berada di alam nyata.Dan ternyata yang dilihat itu benar-benar Mamoru.

“Wei ,Syana kena rasuk ke?Macam tak betul je.”omong Tasha keliru dengan tingkah sahabatnya.

“Yelah, ni hang pengsan kes tak makan lagi yew?.Nasib baik ada Dr Erwanshah kat sini tak payah susah-susah bawak kau p PPUM, ada doctor disini”Sampuk Lina pula

“Hah? Mamoru selamatkan aku?Huhu Momoru memang akan selamatkan Sailormoon.Aku tahu tu”Bisik hati kecil sedikit melonjak gembira diselamatkan oleh Dr Erwanshah.

“Syana makan la tadi.”jawab Syana.

“Kau makan apa?Jangan cakap muruku lagi”Bijak Tasha mentafsir.Benarnya perut Syana hanya diisi dengan muruku sahaja.Syana diam.Tidak mahu menjawab.Takut mendengar bebelan Tasha dan Lina.Bisa panas telinga.Mulut mereka berapi.Memang pakarlah bab bebel-membebel.Kalah isteri-isteri yang kuat membebel diluar sana.

Syana mengalihkan renungan kepada satu-satu lelaki yang ada disitu.

“Terima kasih.Syana terhutang budi dekat abang Shah”Syana senyum lalu tunduk.

“Wek…abg??? Wei Syana geli geleman telinga kitaorang dengar.Panggil Erwanshah sudah.Macam dia abang ko pulak..”

Sshhhhh!!! Syana meletakkan jari telunjuk dibibir isyarat supaya temannya diam.Kedua-duanya muram.

“Sama-sama.Nak pergi PPUM tak?Ke dah ok?”Tanya Erwanshah pada Syana.

Syana hanya menggeleng.

“Meh abg belanja makan kat kedai Kak Yah Syana tak makan lagikan?”

“Pewwitt..cantek…besar tapak tangan ..kami ok je perut tengah keroncong gak ni.Syana takpe dia dah kenyang ngan muruku dia tuh”Nakal Lina mengenakan Syana.

“Erm tak ape la..Syana kenyang lagi.Tak lapar”

Krit krot krit krot…………

Tiba-tiba perut Syana berbunyi.Tanda protes lapar.Tuan punya perut ini tidak memahami kehendak perut sendiri terpaksalah perut itu memberi isyarat kuat kepada orang lain.Perut tidak pernah menipu.

“Tak lapar ape.Abang dengar perut tu cakap dia lapar.”
“Aiseh,perut ni..Syana mengetuk perutnya.Mengada..huh”

Mahu tidak mahu,fikir ubah fikir ubah,tunggu bila tunggu bila..akhirnya Syana mengalah.Dia mahu makan.Dengan Syarat dua sahabatnya turut dibelanja oleh seniornya itu.

“Ok,Abg belanja kamu berdua sekali.Moh kita pergi sekarang kesian kawan kamu yang sedang lapar ni”

“Yeah..macam ni lah senior yang kami sayang.Belanja hari-hari pun takpe.Kami tak kesah” pantas betul kedua-dua gadis itu berjalan.Fasal makan ditinggalkan kawannya yang masih lemah dibelakang.Mujur ada Dr Erwanshah yang prihatin.

“Maaf dengan tingkah laku teman Syana.Mereka sedikit kasar tapi hati mereka sangat baik.”
“takpe..abg faham”

Mamoru dan Sailormoon berjalan seiring.Berbunga-bungalah hati Syana.Bagai musim bunga sakura di jepun telah mekar dihatinya.Huh..Kalaulah hari-hari aku pengsan kan bagus.Hari-hari pulak Mamoru selamatkan aku..huahuahuahua..begitu fikiran nakal si gadia yang bernama Syana.

“Kenapa senyum sorang-sorang?”
“Hehehhee xde pape..”


ikhlas nukilan,

Mamoruku Murukuku Episod 4: Neslo Oh Ais


Episod 4: Neslo Oh Neslo
Malam makin menjenguk ke pagi.Jam 12.50 telah berhenjak waktu ke 1.27 pagi.Mata Syana masih belum lelap.Ini semua gara-gara dia terminum air neslo ais di kedai kak yah.Lain yag dipesan lain pula yang dia dapat.Tapi Syana terpaksa minum.Malu jika air tidak dihabiskan .Sudahlah orang belanja.Walaupun perit tekaknya menelan air neslo ais itu ,akan tetapi bila mengenangkan Mamoru yang belanja terasa sedap pula air neslo ais itu.huhuhu..huhu mungkin boleh jadi air kegemaran Syana selepas ini..huhuhu..
11. ogos 09
Aku pengsan lagi.Kes makan muruku kegemarankulah.Kawan-kawan mungkin dah bosan dengan karenahku yang mengada-ngada ni.Sengaja menyeksa diri kata mereka.Tapi mereka tak faham.Aku tak ada selera.Selera dah hilang sejak dua-menjak ni.
Aku suka hari ini.Mungkin hari paling bahagia dalam hidup aku.Mamoru heroku telah selamatkan aku.Dan paling best dia belanja makan .
Usai menulis diari.Syana cuba berguling-guling dikatil kesayangannya.Ternyata mata itu terlalu degil.Bikin merana tuannya.Ah! mata ini bukan milik aku.Milik tuhan.Aku hanya pinjam seketika.Erm..satu banyangan hinggap diingatan.Mamoru..aiseh..dia datang lagi.Bikin hati tidak keruan.
Minda Syana tiba-tiba gelap gelita.Rupa-rupanya dia tertidur itupun selepas jam 5 pagi.Kesian dengan seorang ini.Terlalu banyak yang pelik.Unik.Tidak boleh minum sebarang minuman yang ada kefein kerana akibatnya Syana akan berjaga sepanjang malam.Pernah terjadi Syana gadis yang degil ini mencuba meminum kopi.Nah!!4 hari dia tidak tidur langsung hanya memejamkan mata sahaja.Alahai ..kesian.Gadis ini juga alah pada kerang mentah.Usahkan makan kerang,dekat dengan kerang pun bisa buat gadis ini demam.Wajah dan satu tubuhnya juga akan menjadi panas dan kemerah-merahan.Logik tak logik itulah ketentuan ilahi.Syana sebagai manusia terus hidup dengan dugaan yang mendatang..
Alamak terbabas lagi.Kelas jam 8,sekarang dah pukul 10 pagi.Azilah terlupa kejutkan Syana.Teman sebiliknya sudah ke kelas.Kecewa benar Syana.Ishhhhhh..tak sukanya.Gadis itu terus berlalu.Mahu berjumpa Mr Toi cepat-cepat.Mahu segera segarkan diri.Mahu padamkan bara di hati.Marah pada Azilah masih berapi.Perlu disimbah air segera bimbang pula jika lambat api akan merebak ke seluruh tubuh gadis itu.Azi..Azi…Argghhhhhhh..Kaki di hentak-hentak seperti kanak-kanak.Ah! gadis ini masih belum matang.Masih belum bisa nikah.
Reda.Syana sudah segar.Bau sabun masih lagi mengisi ruang biliknya.Lama benar gadis itu bersiram.Mungkin marah terlalu dalam. Baju kurung biru disarung lembut.Rambutnya disikat elok.Penuh hati-hati.Gadis itu mengambil cermin lalu ditenung lama wajahnya.Aa……ada jerawat…sapa pulak yang rindu kat aku ni…Huish…tak sukanya..Jerawat merah jambu memang bijak .Tumbuh ditempat awam..huhu di pipi kanan Syana.Hal ini bikin Syana tidak mahu keluar bilik.Ke dewan santapan untuk makan pun dia tidak mahu.Minta Azilah tapaukan sahaja.Mahu tak mahu Azilah kena tapaukan..
“Wei apa bising-bising ni???”Jerit Azilah yang balik tiba-tiba
“Bagi la salam dulu.Terkejut Syana tau..kalau ada sakit jantung dah mati tau”
“Alah risau apa..Dr Erwanshah kan ada..”
Syana geram.Mengetap bibir.
“Kenapa tak kejut Syana tadi.Terlepas kelas tau”
“Sorry ..ingat ko tak sihat lagi.Aku ada kejut beberapa kali gak tapi kau tido mati..buat penat kejut je”
“Hehehe..ye ke??wat penat marah je..ingat Azi sengaja tak kejut Syana..heh tolong tapau boleh..lapar…malas nak turun bawah”
Xxxxxx
Hujan turun lebat.Payung dibuka.Pung..payung Syana terlanggar seseorang dihadapan.Alamak.Cuai betul Syana.Syana mengalihkan payung yang menghalang penglihatannya daripada mengesan wajah orang yang dilanggar.
“Eh,Abang Shahl.Sorry..sorry…Syana sengaja..eh..eh..tak sengaja tak sengaja”Tersasul pula…
“Kalau sengaja pun takpe” bisik Erwanshah.
“Ha? Apa Abang Shah cakap?”Tanya Syana kerana hujan yang lebat itu menghalang pancadengarnya.
“Erm..abg kata nak minum air kelape? Hujan-hujan macam ni best minum air kelapa.Sejuk.hehe”Lelaki itu senyum ,seperti mahu ketawa pun ada .Gadis ini bisa digula-gulakan.
Tanpa sedar kedua-dua mereka telah basah kuyup.Hujan telah membasahkan . Terjahan air hujan terlalu kejam .Terasa bisa kadang-kadang terjahannya terbias ke wajah.Awan pula mendung resah.Air mata awan telah menjelma sebagai hujan yang gugur sedih lalu membasahi bumi ilahi.
“Minum air kelapa?Hehe boleh jugak..tapi bukan sekarang next time ok..Syana ada kelas now..pergi dulu”
Syana berjalan pantas.Hujan bukan kekangan untuknya tidak ke kelas.Hujan oh hujan kenapa engkau turun?Macam mana Hujan tak turun kalau katak tak panggil.Hish siapalah yang nyanyi petang-petang begini?bisa buat hujan turut selebat ini.



ikhlas nukilan,

Mamoruku Murukuku Episod 5:Resah Erwanshah

Episod 5: Resah Erwanshah

Bagai memegang pasir emas ditangan.Setelah pasir ditabur kilauan emas masih kelihatan ditapak tangan.Masih terasa seolah memegang pasir.Tangan biar pun berhabuk tapi habuk emas itu sangat bermakna.Terlukis indah sebagai pengalaman dalam hidup.Ah! Indah sangat.Kerna keindahan itu aku terseksa.Merana.Salah siapa?Erwanshah resah memandang dinding.Pandangannya yang tajam itu bisa menembus dinding.Entah apa yang bermain dimindanya.Beronak.Ombak resah kian menjalar.Seolah tidak bisa dikawal.Tangan digenggam.Ada getar mengalir keseluruh tubuh.Sudah.Apa sudah terjadi kepada lelaki ini.Tiada siapa yang tahu melainkan tuan empunya diri.Diam.Pendam.Adakah bisa padam ? Jika diam bisa-bisa saja karam di lautan dalam.

Arghhhhh!!!!! Lalu lelaki itu memejamkan matanya.Mahu saja dia terlena ketika itu.Namun ada penghalang.Dirinya sendiri yang menjadi penghalang.Musuhnya adalah diri sendiri.Mata biarpun terkatup.Tertutup.Namun dalamannya terbuka.Tidak lena.Ada sesuatu yang berbara di dada.Haruskah dibiarkan sahaja?

Telan pil tidur? Ah! aku tidak segila itu.Masih waras.Warasku masih belum tercaras.

Erwanshah mengambil origami burung kertas yang dibuat.Sudah sejumlah 134.Banyak ,semuanya berwarna putih dan biru.Lelaki itu gemarkan kedua warna itu.Tenang,permai..Tiap kali dia kesepian pasti masa diisi dengan membuat burung kertas.Koleksi burung kertas sering menjadi bualan teman-temannya.Kegemaran yang pelik.Selama berada di kolej tiada rakan yang berani menyentuh burung kertas itu.Habislah jika ada sesiapa yang cuba merosakkannya.Erwanshah sayang dengan semua barang-barang miliknya.

Pintu diketuk.Hafiz budak singapura datang.Tetamu tanpa diundang,Tapi selalu bertandang.Ah..Erwanshah sudan sayang amat dengan temnnya itu.

“Shah ada movie baru tak???bosanlah .“

Erwanshah bangkit dari katil.Lalu ke meja tulis, diambilnya CD .Lalu diserahkan pada Hafiz.Semua dilakukan tanpa bicara.

“Thanks..Apasal muka kau macam batu ni?Ketat je aku tengok.. ade prob bro?”
“ ngantuk”sepatah saja kata yang keluar.Hafiz minta diri.

Perut lapar pula.Erm…lantas kaki dihayun menuruni tangga.Kedai Kak Yah menjadi destinasi.Kueh Tiau Goreng mamak jadi pilihan.Makanan yang dipesan tiba.Ditelan tanpa tahan.

Nampaknya tuhan bijak mengatur.Erwanshah kenal dengan bau itu.Minyak wangi yang dipakai oleh Syana.Erwanshah tidak salah.Memang Syana ada disitu .Dikedai Abang Nik.Kedai sebelah.Mata hanya mencuri-ciri lihat.Syana bersama teman.Gadis itu jarang dilihat berkeseorangan.Ah!.Temannya semuanya gadis kasar.Bagaimana mahu didekati.Jarang-jarang sahaja bertemu semasa balik dari fakulti.

“Syana cuba ko tengok tu?? Mamoru ada dekat sini.Abang Erwanshah ko ada dekat sini.Dia makan sorang tu taknak teman??”Bisik Lina.

“Wei ..pe korang bisik-bisik.Bagi tahu aku siket.”Sampuk Azilah pula.

Syana dan Lina hanya membiarkan sahaja Azilah tertanya-tanya.Syana bangun.Dia mengeluarkan sesuatu daripada beg.Lalu kakinya pergi mendekati Erwanshah.Temannya hanya saling pandang-memandang.

“Assalamualaikum Abang Shah makan sorang je?”
“Eh tak lah makan dua orang.” Sempat pula lelaki itu bergurau.

“Nah , Tadi Syana pergi farmasi.Teringat dahi abang ada luka sikit kena payung .So Syana belilah plaster dan ubat untuk sapu.Sorry sekali lagi.OK,Syana minta diri dulu”Gadis itu segera beredar selepas memberi satu bungkusan kepada Erwanshah.

Lelaki itu terus mengambilnya tanpa banyak bicara.Tangannya menyentuh dahinya.Aduh..Patutlah rasa pedih dan berdenyut.Rupanya ada luka kecil hinggap didahinya.Haih..perasan pula si Syana ni.Hehe Ambil berat juga dia dekat aku..

Syana kembali duduk di sisi kawan-kawannya.

"Eh ,ko kasi ape kat Mamoru kau tu??"Tanya Tasha pula.
"Ye la,apasal kejab sangat duduk la teman dia makan...kitaorang tak kesah janji kau belanja kitaorang makan "Lina pula menambah lebih suduh dari kuah.
"Erm...takde ..Syana bagi ubat dekat dia,tadi Syana terlanggar dia..luka sikit...rasa bersalah ni"
"Apasal tak tolong sapu sekali,hehehe..kau ni takda bakat nak jadi Nurse langsung.Meh aku tolong sapukan untuk dia."Balas Dila Pula.

"Ha,jangan nak menggatal..nanti Syana watcha kang..baru korang tahu langit tu tinggi ke rendah"Syana bersuara dengan wajah yang mencuka.Masam.

Haih..ganas juga si gadis yang seorang ini.


ikhlas nukilan,

Mamoruku Murukuku Episod 6: Detektif Syana


Episod 6 : Detektif Syana
Jika Mamoru resah ,pasti Sailormoon terkena biasnya.Syana tidak tenang melihat wajah Erwanshah.Syana tahu ada sesuatu yang melanda lelaki itu.Wajah itu bagai pekat dengan derita.Syana mampu membacanya.Ada garis-garis resah terbentang luas jelas di wajah lelaki itu.Walaupun lelaki itu cuba senyum tadi.Namun senyuman tidak seindah biasa.Tidak semekar sakura.Hanya senyuman biasa.Senyuman itu tidak mampu menutup derita yang mengalir deras dalam diri lelaki itu.
Aku mahu tahu.Mahu tahu.Kenapa?Kenapa Mamoruku berwajah begitu.Hati tidak enak sehingga semuanya aku tahu.Yeah..penyiasatan harus dilakukan.Teknik yang aku pelajari daripada rancangan detektif Conan harus aku praktikkan sekarang.Bila Lagikan?Hikhik..Aku harus mencuba bakat kedetektifan aku.Huh,tapi bagaimana?Haruskah aku bertanya sendiri?…no ..no…no…bukan mystyle ok..Habis? Apa yang harus aku lakukan.Hish…tiada idea.Kosong.Sifar.Empty.Otak beku saat ini.Tiada idea bijak yang membantu.
“Bagaimana nak menawan seseorang terutama orang yang kita sayang ialah dengan mendengar dengan kalbu.Memang kita mendengar menggunakan telinga.Tetapi lebih berkesan apabila kita mendengar dengan kalbu lebih membuatkan seseorang itu tertawan dengan kita.”
Bermain-main pula sesuatu diingatan Syana kata-kata Datuk Fadzilah Kamsah di radio era tadi.Yeah..Aku harus mendengar.Mendengar dengan kalbu.Mendengar dengan hati,mata,telinga,dan paling penting mendengar dengan ikhlas.Mungkin Mamoru ada masalah.Saat ini Sailormoon harus memainkan peranan.Membantu jika perlu.Tidak kesahlah dia mahu terima bantuanku atau tidak.Ada aku kesah??
Ah! Tidak mungkin Mamoru akan menceritakan masalahnya pada orang yang entah siapa-siapa pada dirinya.Lagi-lagi perempuan.Lelaki egonya keras.Sekeras –keras kerak nasi pasti akan lembut juga.Aku tahu tu…Esok episod penyiasatan Detektif Syana akan bermula.Nantikan sahaja hasilnya.Syana tersenyum penuh makna.
Pagi menjelang.Usai subuh Syana siap berpakaian.Lengkap ala penyiasat muda.Berbaju hitam semuanya.Dia perlu menyamar.Agar identiti diri tidak dapat dikesan.Hari ini sabtu, Syana sudah bertanya dengan Kak Kuzi senior yang satu kursus dengan Erwanshah.Selalunya pagi sabtu lelaki itu akan keluar awal,jam 8 pagi ke makmal.Yes! Idea bijak untuk aku mengekorinya.
Syana melihat diri di cermin.Huh,siapa ni?Tak kenal pula aku dengan makhluk tuhan depan cermin ni.Aku ke? Cermin mata hitam dibuang.Syana melihat jelas matanya.Takut-takut ada tahi mata.Penyiasat harus jaga imej.Yes! Semua baik-baik sahaja.Wajah Syana murni seperti biasa .Cermin mata dipakai kembali.Syana membetulkan tudung.Topi diletakkan di atas kepala.Aiseh memang unik kalau ada penyiasat macam aku dekat Malaysia ni.Comel juga.Baju jaket hitam labuh dibetulkan.Baru nampak kemas.Selesa.Tanpa buang masa Syana lekas berjalan.Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi Syana harus lebih cepat daripada Momoru.
Gadis itu menyorok dicelah-celah pokok besar berdekatan kolej.Sambil-sambil itu mata meliar melihat kalau-kalau ternampak Erwanshah.
Tetttt….Mamoru muncul.Memakai baju putih digandingkan dengan seluar jeans dan kasut sport putih.Imej suci seorang lelaki.Lelaki itu berjalan agak pantas.Syana cuba menyorokkan diri.Takut-takut lelaki itu terkesan dengan kehadirannya.
Aiseh dia bukan kenal akupun.Dengan imej sebegini dahsyat.Azilah ,lina,tasha dan Dila pun tidak kenal.Penyiasatannya hanya sendiri.Dia tidak berani berkongsi cerita dengan teman-temannya.Bisa bising satu kolej nanti.Silap-silap kes Syana akan di post dalam blog atau tidakpun menjadi status di Facebook.Tidak..tidak..semua itu tidak mungkin berlaku
Syana berjalan dengan yakin.Lagak kasar seperti Erra Fazira dalam Janji Diana.Cuma berbeza sedikit kerana Syana bertudung.
Erwanshah tidak sedap hati.Dia dapat rasa ada seseorang di belakang.Dia menoleh.Kemudian kembali memandang ke depan.Hampa.Dia tidak kenal orang dibelakangnya.
Langkah terus dipercepatkan.
Aiseh Mamoru ni lajunya jalan.Buat aku semput je.Rungut Syana.Eh! Dia nak pergi mana ni? Kenapa tidak pergi makmal.Alamak…salah informasi.Tak kisahlah..Ikut saja bukan rugi pun.
Syana berjalan seperti biasa tetapi terpaksa ditambah kelajuannya agar jaraknya dengan Mamoru tidak jauh.Dia tidak mahu Momoru hilang.
Erwanshah terus berjalan menuju ke Tasik Varsiti.Lelaki itu kemudian duduk di pondok rehat yang ada.Nafas di tarik panjang-panjang.Kemudian dihembus perlahan.Lelaki itu tahu ada seseorang yang mengekorinya sejak dari kolej.
“Syana keluar sekarang.Abang tahu Syana ikut Abang tadi.Keluar sekarang Syana jangan degil”
“What? Dia tahu aku ikut dia.Alamak.Aiseh malu tahan gaban ni.Kena sorok diri dalam peti ni”Bicara Syana dalam atmanya sambil tangan menggaru-garu perlahan kepala.Berfikir bagaimana lelaki itu tahu.Sedangkan Syana cukup berhati-hati.Hish…hebat betul Momoruku .
Syana akur.Terpaksa keluar daripada tempat persembunyian.Ilmu kedetektifannya belum cukup.Masih tahap budak sekolah rendah.
Syana tidak berani senyum.Wajah Erwanshah sungguh serius ketika itu.Seperti wajah Cikgu Amer guru disiplin semasa Syana sekolah menengah dulu.Muka ditunduk.Muka juga tidak berani diangkat.Erwanshah hanya merenungnya.Tanpa bicara.Hanya diam.Huh takut gak kadang-kadang tengok Mamoru berwajah begitu.Berdebar-debar pula jantung Syana.Debaran luar biasa.Syana harus memikirkan apa jawapan yang harus diberikan.Hujah mesti kukuh.
Dalam hati Erwanshah bagai mahu tertawa.Cuma ditahan.Sengaja mahu mengenakan gadis yang nakal ini.Semakin menambah suka dihati Erwanshah bila melihat pakaian gadis hari itu.Lain macam sahaja.Bertopi pula.Berlagak detektif konon.Syana..Syana…telatah gadis itu bisa menghiburkan hati sesiapa sahaja.
“Kenapa ikut abang? Tak ade kerja???” Erwanshah berbicara dengan tegas yang dibuat-buat.Lelaki itu harus bijak menyembunyikan tawanya.
“Hehe..ermm…saja..bosan “ Aiseh jawapan apa yang aku bagi ni.Jawapan yang tidak kukuh langsung.Huish jangan biar pecah tembelang.
“Saja ? Bosan? Syana..Syana…kenapa suka buang masa? Tahu tak? Sepatutnya abang patut berada di makmal sekarang?”Masih dengan nadanya yang tegas.
“Tahu .Opss…tak tahu..tak tahu” Syana menutup mulutnya dengan tangan.Hish habislah ..mulut Syana sukar dikawal.Sukar mahu menipu.Silap-silap diberitahunya tujuannya mengekori lelaki itu.
Erwanshah mendekati Syana.Tangannya diangkat.Lalu tanpa segan lelaki itu membuang topi yang dipakai oleh Syana.
“Buruk la..Syana pakai macam ni.Macam kartun je”Tiba-tiba lelaki itu gelak.Syana pula yang berwajah tegang.“Aiseh dia kata aku macam kartun.Hish ada orang nak kena watchaa ni”
Muka Syana masam mencuka.Sifar garis senyum.Geram.Dia hanya diam.Protes dari dalam.
“Tapi comel juga kalau sekali-sekali berpakaian pelik macam ni.hehe..unik” Setelah sedar perubahan air wajah gadis itu .Erwanshah terus bersuara.Moga bicaranya mampu melembutkan hati Syana.
Haih..pandai pula hendak ambil hati orang.Fikir Syana.
“Duduklah” Suruh lelaki itu.Syana hanya mengikut sahaja seperti anak kecil.Syana sememangnya masih anak kecil bagi ayahnya Hakeem Mokhtar.Seorang ahli perniagaan yang berjaya juga merupakan ketua yang digeruni oleh anak buahnya.Hakeem Mokhtar seorang lintah darat yang berselindung disebalik identiti sebagai ahli perniagaan yang baik hati dan dermawan.Syana tidak menyedari dia mempunyai bapa yang terkenal didunia gelap itu.Mungkinkah Syana juga bakal mengikut jejak langkah ayahnya?Hanya masa yang mampu menentukannya.
“Maaf Syana bukan sengaja mahu mengekori Abang Shah.Cuma…cuma..Syana risau tengok muka abang hari tu.Masa dekat kedai Kak Yah.Macam ada masalah je”Lancar pula Syana berbicara biarpun kadang-kadang tersekat.
“La…pasal tu je Syana sanggup jadi penyiasat macam ni? Kelakar la Syana.”Balas Erwanshah
“Gelaklah puas-puas..Syana tak kesah..ok Syana nak balik.Malu pula pakai macam ni”
“Nanti, abang ikot.Bimbang,kalau biar anak dara orang ni balik sorang-sorang”
“Poyo je…macam orang budak kecik je”
“Memang budak kecik lagi pun..” kata Erwanshah sambil tangan mahu mencubit hidung Syana.
Aiseh..tak boleh tak boleh…tarik balik tarik balik..Tangan lelaki itu terhenti .Diam tanpa gerak setelah sedar batas antara dia dengan Syana.Mereka bukan muhrim.Mujur hati masih dijaga tuhan.
Tangan lelaki itu dijatuhkan diletakkan disisi.Syana hanya memerhatikan.Masing-masing lidah terkelu.Membeku.Membisu.Alam turun sama berdiam.Seolah malu melihat situasi itu
“Jom balik” Erwanshah bersuara memecahkan kesunyian alam.


ikhlas nukilan,

Mamoruku Murukuku Episod 7: Men in black


Episod 7 : Men in Black
“Huish lapar la plak.Sebelum kita balik moh kita sarapan dulu” cadang Erwanshah.
“ok juga,Syana pun ada bawa bekal ni.Boleh la kita makan sama-sama”
Timbul suka pula di hati Erwanshah.Rajin betul gadis itu membawa bekal.Haih tidak sabar pula mahu merasa makanan yang dibawa oleh Syana.Mesti sedap Nyam ! Nyam!Fikir lelaki itu.
Lalu kedua-dua makhluk tuhan itu membatalkan niat untuk balik ke kolej.Perut mahu diisi sesuatu dulu.Erwanshah dan Syana melabuhkan punggung ke kerusi kayu milik pondok yang diteduhi mereka.Syana membuka beg yang digalasnya dikeluarkan bekas makanan.Bekal yang dibawa dari kolej.Ternyata Erwanshah tidak sabar-sabar mahu makan.Bekas makanan dibuka.Syana senyum lalu menghulurkan makanan itu kepada Mamorunya.
“Nah,Syana bawa muruku.Sedap.Abang Shah makan la banyak-banyak.Dekat kolej ada banyak lagi.”Kata gadis itu sambil tangan ringan memasukkan muruku ke dalam mulutnya.
Aiseh . Mamoru hampa ,disangkanya makanan itu roti atau mungkin makanan yang ditapau dari dewan santapan .Rupa-rupanya muruku.Huishhh..Lelaki itu senyum kelat.
“Muruku?Syana abang bukan tak suka muruku…Cuma lebih enak kita makan di café ye?”
“Ala…membazir je.Sebagai student kena jimat” Huh pandai pula gadis ini menjawab.Geram pula rasa hati Erwanshah.
“Dek, berjimat kena bertempat.Jom makan dekat café. Abang belanja”Ajak lelaki itu.
“Tak mahu,malu.Pakai macam ni makan dekat café.”Syana tunduk
“Ye la ..ye la…abang bungkus makanan tu.Tunggu sini ,sekejab lagi abang datang”
Gadis itu tersenyum riang.Lelaki ini sungguh memahami.Hahaha..tak sia..sia..dia jadi Mamoruku..
Lama menanti.Syana menanti penuh sabar.Huh gadis itu perlu sabar menunggu Mamoru.Penantian yang disulami senyuman.Syana bahagia bisa menunggu Mamoru.Dia sedikit pun tidak kisah.Menunggu bukan sesuatu yang pilu.Perit bagai ditusuk sembilu.Tidak.Menunggu itu sesuatu yang manis bagi gadis seperti Syana.
Ku tunggu angin perubahan

Barat utara timur selatan

Meniti doa malam dan siang

Teranyamnya semula ikatan

Sayang semua (nya) hanyalah mimpi

Kenyataannya langit dan bumi

Aku di sini engkau di sana

Sayup jauh terpisah

Entahkan kerana sayangku

Ataupun kerana sabarku

Kumenunggu
Sambil menunggu Syana memasang MP3 miliknya.Mendengar lembut lagu dendangan Dato’ Siti Nurhaliza.Kumenunggu, sedap melodinya selari dengan liriknya.Sesuai untuk didengar si penunggu yang setia.
“Ehem…pewwit…cantik baju..sorang je??boleh teman”Tiba-tiba ada 2 orang lelaki persis men in black.seorang gelap dan seoarang cerah datang mendekati pondok tempat Syana duduk sekarang.Ada rasa takut menyelinap dalam hati .Al-maklumlah..muka yang dipamirkan oleh dua lelaki itu muka tidak baik..huh..muka penyangak.Tapi cool Syana..Relax..diaorang nak tanya jalan je tu…
“Hehehe…tak..duaorang kejab lagi dia datang hehe”Jawab Syana dengan yakin.Huh..aku tak boleh takut.Kena buat-buat berani walaupun dah kecut tahap gaban.
Lelaki yang tidak bersuara tadi tiba-tiba tersenyum dengan gatalnya.Mata memandang liar pada Syana.Sambil tangan memegang bahu Syana dengan sewenang-wenangnya.
“Aiseh.Main kasar.Main pegang-pegang pula.Tahulah berlapik.tapi tak boleh..tak boleh laki aku tak sentuh aku lagi kena ajar ni…abis la korang sailormoon naik angin.Puting beliung dan taufan boleh datang”
Syana mendongak dengan geram.Sambil tangan menggenggam penumbuk.Kedua-dua lelaki itu tertawa melihat reaksi Syana.Kagum.Pandai juga gadis itu buat lawak.
“Hah masuk la kalau berani.”Bicara gadis itu lagak pahlawan zaman silam.Boleh jadi pelakon teater selepas ini.Mata dijeling tajam pada kedua lelaki itu.Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan kuasa tuhan.Lelaki yang berkulit gelap itu tersungkur ke tanah.Hebat juga tumbukan gadis itu.Seorang lagi lelaki ternganga.Mungkin tidak terduga kekuatan gadis itu bisa menjatuhkan temannya itu.Lelaki itu cuba beradu tenaga dengan gadis gagah dihadapannya.
Bedebush tak semena-mena kepalanya terasa sakit bagai dihentak kuat daripada belakang.
“Abang Shah!!” Jerit Syana.
Erwanshah tiba.Dia membuka langkah silatnya.Syana hanya memerhatikan.Terpesona.Bagai menyaksikan Hang Tuah . Hero melayu yang diagung-agungkan.Pandai bersilat rupanya Mamoruku ini.Baru tahu…
Lelaki yang rebah tadi bangun kedua-dua lelaki itu menyerang Erwanshah dari arah depan dan belakang bertubi-tubi.Erwanshah pantas mengelak.Lalu dihadiahkan tendangan hikmat.Tendangan itu singgah tepat dipipi kiri lelaki berwajah gelap.Sekali lagi lelaki itu tersungkur.
Bedebush..Erwanshah ditumbuk tanpa belas oleh seorang lagi lelaki,Tanpa melengahkan masa.Erwanshah menggunakan segala kekuatan.Segala ilmu yang telah dipelajari untuk menewaskan kedua-kedua lelaki itu.
Yes!!..kedua-dua lelaki itu lari lintang-pukang.Padan muka.Kacau aku sangat.
“Sorry lambat.Ramai pula orang dekat café hari ini.Maaf kalau abang tinggalkan Syana tadi.Syana ok?”
“Ala tak ada apa-apa.Syana ok .Jangan risau..nak makan lapar ni.”
Erwanshah menghulurkan bungkusan makanan dan minuman kepada Syana.Lelaki itu kelihatan masih tercungap-cungap.Mungkin kehilangan begitu banyak tenaga semasa adegan pergaduhan tadi.Dalam hati masih berbaki bimbang terhadap gadis itu.
“Terima kasih” Diucapnya lembut.Ikatan air dibuka lalu air segera diminum.“Syana minum dulu .Dahaga.Uiks..air ape ni?eee..”Erwanshah terkejut melihat reaksi Syana.Muka gadis itu merah .Seperti menahan sesuatu.Apa sudah berlaku pada gadis ini? Dia tidak suka air yang aku beli ke? Aduh! Bikin saspen je.
“Air Neslo
“Maaf .Syana tak sengaja.Syana tak boleh minum Nescafe,Neslo atau milo. Alergik..hehe ingat milo tadi”
“Ha?ade ke alergik macam tu? Tak pernah dengar pun” Ternyata lelaki itu hairan dengan alahan yang dialami oleh Syana.Pelik dan sungguh tak logik.
“Ada tak ada..Logik tak logic itulah kenyataannya abang Shah.Macam ni la Syana”
“Habis apa akan terjadi dekat Syana?”
“Itu…biarlah rahsia…orang lelaki tak boleh tahu ..lallalala….makan makan..lapar ni” dengan selamba gadis itu membuka bungkusan makanan dan makan dengan gembira.Sedang hati dia terpaksa menahan rasa pahit Neslo itu lagi.Tekak masih derita.Tuannya yang tidak berhati-hati.Sebelum minum patut dia siasat dulu .Huh terima je la….semua itu telah tertulis dalam kamus hidup gadis itu tuhan telah menentukan segalanya.


ikhlas nukilan,

Mamoruku Murukuku Episod 8: Batman atau.Bad..man


Episod 8: Batman dan Badman ??
“Hebat Syana tadi.Tumbuk penjahat tu sampai tersungkur.Tergolek-golek”
“Hehe..hebat la sangat.Tengok tangan ni..dah merah…silap-silap bengkak” Tutur gadis sambil menunjukkan tangannya yang merah menyala.Sakit masih terasa.Perit.Tangan lembutnya itu telah berupaya membuat terjahan hebat diperut lelaki yang cuba mengusiknya.
“takpe..meh Dr Erwanshah ni ubati tangan tu. Rawatan special untuk orang special hehehe”
“Mengade” Tutur Syana sambil menjeling.Sebenarnya malu.Adeh..special ke aku dihatinya.
Jejaka dan gadis itu makan perlahan-lahan ditemani angin pagi yang berhembus tenang.Cahaya matahari menyinar indah.Cuaca cukup baik.Seakan merestui mereka berlama-lama di situ.
“Erm tak sangka ya, Abang Shah pandai silat.Macam Hang Tuah je Syana tengok tadi.”
“Hehe..belajar dek..dengan Atuk Pin..arwah datuk abang..tapi tak sehebat Syana..hehehe”
“Aiseh..perli ke? Hehe..Syana tak pandai silat..tapi kung fu..tak belajar pun..lepas makan kueh teow kung fu abang belanja hari tu..terus pandai watchaaaaa..hehehe”pandai pula gadis itu bergurau senda.Hilang lelah di dada mendengar gadis itu berbicara.Suaranya tidaklah merdu untuk di dengar tapi cukup lembut dan mesra.Telinga lega mendengar cerita.
Xxxxxxxxxxxxxxxx
Di tempat lain Hakeem Mokhtar masih menggunakan kuasanya dengan sewenang-wenangnya.Berselindung di balik nama hartawan yang dermawan.Langkahnya terlalu teratur.Teliti.Manusia bijak yang membina kejayaan diatas penderitaan orang lain.Sikap peri kemanusiannya sudah jatuh ketempat paling bawah.Jauh dari hati.Di hujung kaki.Hanya mementingkan kehendak diri.Kepuasan nurani.Biarpun begitu Hakeem Mokhtar seorang ayah yang penyayang.Syana dibesarkan penuh dengan kasih sayang.Belaian mesra seorang ayah tidak pernah kurang.Marina sebagai isterinya menjaga dan membesarkan Syana elok sebagai seorang gadis.Pasangan suami isteri itu amat menyayangi anak gadis mereka.Kasih mereka sungguh mendalam.Bak kata Marina
“Kasih mama dekat Syana tidak terhitung nilainya.Infiniti.Malah lebih dalam daripada Jurang Mariana”
“ Budeen , Bob !! Kita mesti berbincang dengan Papa Razzey.Ini soal hidup dan mati.Bisnes kita akan mati jika kita terus bermusuhan dengan orang tua keparat tu.Tuan Hakeem akan menjatuhkan hukuman yang dahsyat jika kita gagal dalam rundingan ini.Kita mesti pastikan bisnes ini terus hidup.Tanpa dihidu pihak berkuasa.Jika tidak, kita semua yang akan mati”Tegas .Tuturan lelaki itu sungguh keras kepada teman-temannya di arena gelap itu.Dua B itu menggangguk, tanpa banyak bicara mereka hanya memandang Badrolhisham dengan wajah yang tegang tiada lagi tenang.
Badrolhisham berjalan mundar-mandir.Dia resah.Lelaki itu telah dibesarkan oleh Hakeem Mokhtar sejak ibubapanya mati di bunuh .Asuhan Hakeem Mokhtar telah menjadikan hati Badrolhisham tepu dengan kebencian.Bersalut jaring-jaring dendam yang sukar dibuang.Lelaki itu cukup gagah.Bijak bermain senjata.Licik, penuh dengan muslihat.Dia terkenal dengan ketokohannya berlawan musuh.Badrolhisham atau Badman merupakan anak buah kesayangan Hakeem Mokhtar.Setianya pada Hakeem Mokhtar seperti setia anak kepada ayahnya.
“Bad, aku nak kau jaga Syana.Dia satu-satunya anak aku.Pastikan Syana selamat.Aku tak mahu apa-terjadi dekat dia.Kau tahu aku sayang dia lebih daripada nyawa aku sendiri”
“Ya,Saya tahu .Tuan jangan risau.Syana pasti selamat.”
Semenjak berlaku permusuhan antara Papa Razzey dan Hakeem Mokhtar perniagaan gelapnya terancam.Papa Razzey menyangka Hakeem Mokhtar cuba menikam daripada belakang.Sejak hidup Hakeem Mokhtar sering terancam.Dua minggu lepas dia hampir di bunuh oleh konco-konco Papa Razzey.Mujur ada Badman.Badrol telah menyelamatkan nyawa Hakeem Mokhtar.Isterinya Marina pernah mendapat beberapa panggilan ungutan.Gusar.Hidup tersasar.Hakeem Mokhtar kemudiannya mengarahkan Badrolhisham untuk menjaga keselamatan Syana harus diawasi.Dia tidak mahu Syana cedera atau luka sedikitpun.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
20 ogos
2.53 pagi
Aku tidak sihat hari ini.Terasa kepala berat amat.Sakit.Panas.Mata cuba kupejam beberapa kali tapi gagal.Payah mata ini terlalu degil.Mungkin aku demam agaknya.Ah ! Diri terlalu rindu dengan belaian mama.Aku rindu papa juga.Aku mahu pulang.Waaaaaa..
Syana mencatitkan sedikit pada diarinya.Dia merebahkan badan diatas katil.Nafasnya tidak tenang.Keluh kesah.Entah.Dia mencuba untuk tidur ternyata payah.Kepalanya terlalu sakit.Ditahan.Titis air jernih mula mengalir sederas hujan.Gadis itu terlalu mudah menangis.Dia akan menangis jika dia rindu pada mama dan papanya.Dia pasti menangis jika hatinya diguris oleh sesiapa.Dia juga pasti menangis jika dia sakit.Anak gadis Hakeem Mokhtar dan Marina terlalu manja.Murah dengan air mata.Namun gadis itu juga punya ego.Dia tidak akan menangis depan orang.Dia hanya menangis sendiri.
Teman-teman Syana semua sudah tidur.Mereka tidak berpeluang mendengar dan melihat tangis gadis itu.Biarlah Syana menangis sendiri.Dengan menangis Syana bisa tenang.Gadis itu menangis semahu-mahunya.Jikalah saat itu ada bahu yang bisa disanda dan dijadi pendamping.Jikalah saat itu, ada tangan yang mengesat air mata gadis itu.Gadis itu teringat.Dia selalu menangis di bahu ayahnya.Papa juga yang akan mengesat air matanya .
“Papa…..kenapa aku begitu rindukan papa??”
Gadis itu lena dalam tangis.Hanya sendiri tiada siapa disisi.
Esoknya gadis itu masih lemah.Tersadai diatas katil tanpa gerak. Tubuhnya dibaluti selimut Terasa lemas orang yang melihatnya.Teman-teman semua pelik dengan sikap Syana.Gadis itu bangkit lewat.Lebih lewat daripada biasa.
Ahhhhhhhhhhh…bosan..bosan…
Syana bangkit lantas membersihkan diri.Dia berlama-lama di bilik air.Terasa seperti berada dekat dengan air terjun.Hujan turun lebat.Lebat amat.Menggigil gadis itu kesejukan.
“Syana,kau ok ??Nampak muka semacam je.Demam?”Azilah temannya menyoal tanpa banyak bicara.Malas mahu meneka.
“Tak la Syana sihat je.Jangan risau.”
Syana terus membalutkan diri dengan selimut.Masih sejuk.Hujan masih belum berhenti.Malah kian lebat.Menambah dingin dirinya .Kesejukan meraja.Mencengkam dalam.Kipas diperlahankan.Huh gadis itu tersadai mesra diatas katil.Terlena lagi.
“Papa!!!!! Abang Bad jangan bunuh papa.Syana sayang papa.”
“Syana kau diam.Ini urusan aku dengan bapak kau”
Badrolhisham meletakkan pistol tepat dikepala Hakeem Mokhtar.Syana merayu-rayu agar lelaki itu tdak membunuh ayah kesayangannya.Namun lelaki itu degil.Hati bagai batu.Dia telah diasuh begitu.Sekarang tiba masa dia membunuh Hakeem Moktar .Lelaki tua itu sepatutnya berhenti menjadi hakim .Menjatuhkan hukuman kepada mana-mana insan yang dia suka.Badrolhisham sudah terlalu lama berada dibawah kuasa lelaki tua itu.Kni tiba masanya untuk berkuasa menggantikan Hakeem Mokhtar.
“Abang Bad memang jahat.Memang Jahat.Syana bencia bang Bad.”
“Ye aku memang jahat.Sebab itulah orang panggil aku Bad....man.hahahaha”Lelaki itu mengilai seperti Pontianak.Seakan dirasuk kuasa ghaib.Dirinya berubah sekelip mata.
Ping!!!
Tiba-tiba kepala Badrolhisham menerima satu hentakkan kecil.Balingan ringan tin kosong.
“Abang Shah!!!! Mamoruku…” gadis itu segera berlari mendapatkan Mamoru.
“Wei Syana…apasal ko ni..pegang-pegang aku plak..hish macam mana boleh ade atas katil aku ni..aku baru nak feel..mimpi baik punya..last-last kau kacau..aiseh mengigau pe.”Ditolakknya Syana ketepi.
Syana bingung.Dia sendiri pun tidak tahu bagaimana dia boleh berada di katil Azilah.”hish ingat suka ke nak ada atas katil dia.”
Gadis itu kembali berada diatas katilnya sementara otak masih ligat berputar-putar tanpa henti cuba mengingati mimpinya tadi.Seolah terkena bedilan kecil.Gadis itu mamai.Papanya dalam bahaya.Abang Badrolhisham,.Huh Batman atau Badman???Ah..Mamoru pun ada.Gadis itu menepuk dahi.Ke mana-mana sahaja ada Mamoru.Termasuk dalam mimpi.Apakah?Apakah?Huh….





ikhlas nukilan,

Mamoruku Murukuku Episod 9: Mimpi Jadi Kenyataan

Episod 9: Mimpi Jadi Kenyataan

Syana pergi ke kuliah seperti biasa tapi hati berdetak kencang.Alur tidak tenang.Bagai satu petanda tidak baik.Ah mungkin khayalan gadis yang kuat berangan.Tapi Syana betul-betul dapat rasa.Ada sesuatu yang buruk bakal berlaku,Hatinya berkata begitu.Selalunya telahan hatinya benar.Hatinya tidak pernah menipu.Syana berjalan makin laju.Sederas nafasnya begitulah lajunya langkah Syana.Tiada persoalan lain yang bermain diminda selain perkara negatif.Ah! Kusut.Semput.

Syana tersepak batu.Dia nyaris tersungkur.Mujur seseorang sempat menariknya daripada jatuh.
“Abang Bad! Erm..buat ape dekat sini” Ada nada getar apabila melihat lelaki berbadan sasa dihadapannya.Dia dengan segera menjauhkan diri daripada Badrolhisham.Tidak rela diri disentuh.Perasaan takut masih berbaki.Dia teringat mimpinya.Yeah relax Syana..Syana cuba menenangkan hati sendiri namun..susah.Jantungnya bagai celaru.Cuba dia sembunyikan perasaan gugup daripada terpamir dan dapat dibaca oleh Badrolhisham. Lelaki itu kelihatan bahaya.Walau wajahnya manis,tapi niatnya tidak semanis wajah.Walau dia kelihatan baik, tapi ada rona lain yang mengalir diwajahnya.Syana dapat membacanya.

“Ow..abang singgah sini,cari Syana.Ayah Syana suruh abang ambil Syana”
“Ambik aku?Aiseh..papa tak bagi tahu pape pun.Huh..meragukan.Walau aku kenal abang Bad daripada kecik aku tak bisa percayakan dia”Hati Syana enggan percaya.

“Tak apa lah Abang Bad ,Syana ada kelas.lagipun dah lewat ni.Nanti Syana balik sendiri naik lrt”
“Tak boleh Tuan Hakeem suruh balik sekarang.Urgent”Badrolhisham seolah mendesak.Dia
memegang erat tangan Syana.Menarik kuat.Gadis itu terasa sakit.Lelaki itu enggan lepas..Aiseh main kasar ..dia ingat aku takut ngan Badman..hello ni catwoman tau..huh..hehehe tak boleh tak boleh seksi sangat.Erm..dia tak tahu aku ni Sailormoon.Abis la..Abis la..Bertukar sekarang..

“Abang Bad.Syana tak suka.Lepaskan Syana.Syana dah besar tahu balik sendiri.Papa pun tak kesah kot.Yang abang susah-susah buat apa.Lagipun tak baik pegang anak dara orang macam ni.Tak manis.Budaya melayu kena jaga.Lagipun Syana bukan adek abang.Batas-batas kena jaga.Ingat tuhan ok”Gadis itu memandang tajam pada lelaki itu.Habis terimalah peluru kata-kataku ini.Aku tahu hatinya pasti cedera.Badrolhisham segera melepaskan tangan Syana.Terasa panas.Sinis sungguh terjahan kata-kata gadis itu.Terasa sehingga ke ulu hati.

Syana terus berlalu.Dia segera tinggalkan Badrolhisham.Dia harus cepat.Dia takut kalau-kalau lelaki itu akan mengapa-apakannya.Huh..berani ke dia nak apa-apakan gadis cute cam aku ni?Sorry siket.Cubit kang.Huh kena call papa.No….call mama…yes! Bijak!Syana lorh..hehehe..

Bedebush..Syana jatuh.Pengsan.Tidak sedarkan diri.Gadis itu menerima hentakan kuat daripada belakang.Sungguh dayus lelaki yang melakukannya.Syana diangkat dan dipikul masuk ke dalam kereta saga merah.Badrolhisham sangat berpuas hati.Terlalu puas.Nyawa Hakeem Mokhtar di tangan dia sekarang.Lelaki itu pasti menangis seperti budak kecil bila tahu anak kesayangannya berada dalam genggaman aku.Syana..Syana kau terlalu malang kerana lahir sebagai anak Hakeem Mokhtar.Kau terlalu baik untuk aku sakiti.Tapi aku terpaksa.Aku sayang kau macam adek kandung aku .Tapi, ayahmu ..terlalu kejam untuk aku biarkan hidup.Aku tidak mampu berpura-pura menjadi orang setia .Aku perlu jadi pengkhianat untuk kebebasan diri sendiri.Menegakkan sebuah keadilan untuk manusia malang seperti aku.Mahkamah dunia tidak mampu membantu aku.Biar aku wujudkan mahkamah sendiri dan hakimnya adalah aku.Bukan lagi Hakeem Mokhtar.

Lelaki itu memandang wajah Syana.Terbit perasan kasih.Kasih seorang abang kepada adiknya.Wajah gadis itu terlalu suci.Dia tidak tahu apa-apa.Suci daripada segala-galanya.Cuma sayang dia anak Hakeem Mokhtar.Kenyataan itu tidak dapat diubah.Darah yang mengalir dalam diri itu milik Hakeem Mokhtar.Gadis itu tidak tahu identiti ayahnya sendiri.

Gadis itu sudah sedar.Matanya tertumpu pada wajah Badrolhisham sebaik sahaja membukakan mata.Terkejut.Dia sudah tahu mengapa dia di sini.Mimpinya.Semua ini macam ada dalam mimpi dia.Syana terdiam.Dia tidak tahu dan tidak mahu berkata apa-apa.Dia sangat takut.Lebih takut daripada biasa.Ah! Sailormoon sudah hilang keberaniannya.Syana takut jika ayahnya turut muncul seperti yang terjadi dalam mimpinya.Ya,Allah…jauhkanlah segala yang tidak baik daripada berlaku.Kuatkanlah aku..bantulah hambamu yang lemah ini.

“Abang Bad.Kenapa buat Syana macam ni.Ikat Syana macam ini ingat tak saket ke?Apa dah jadi dengan Abang Bad.Dulu kata nak jadi abang yang baik kepada Syana.Syana tak faham la..lepaskanlah Syana.Tak suka la cam ni”Gadis itu cuba berbicara seperti biasa walaupun dalam hati.Jantung bagai mahu tercabut.Meletop.Syana harus berada pada kondisi tenang.Perlu tenang.Syana harus bijak mengawal keadaan.Mengawal emosi.Otak ligat berputar-putar.Berpusar-pusar mencari idea .Memandang keliling kalau-kalau ada jalan keluar.Ah! Bagaimana dia mahu meminta pertolongan .Akan hadirkah Mamoru menyelamatkan sailormoonnya?Ah! semua itu hanya dalam mimpi.Tidak mungkin dia akan hadir dalam setiap ketika hidupku.Tika terjaga atau terlena.Dia bukan bayangan aku.Dia hanya Mamoruku..mamoru yang aku cari sejak kecil ..aku takut mahu berharap dia akan selamatkan aku.Harapan yang mungkin menghilang bersama bayang gelap.Terbang bersama angin .Mamoruuuuuuuu…selamat aku!!!!!!!..jerit gadis itu dalam sunyi hati sendiri.Hanya dia memdengar.Dia masih berharap Mamoru akan mendengarnya.

Erwanshah terasa sakit didada.Sangat sakit.Ah! Sakit jantungkah aku??Ya Allah minta jauhkan..aku masih muda.Masih mahu berbakti kepada keluarga.Erwanshah dapat rasakan ada seseorang memanggilnya.Suara itu terlalu dekat dengan cupingnya.Malah terasa sangat dekat dihati.Terngiang-ngiang .Seperti suara Syana .Ah!!!! Hanya bayangan mindaku mungkin.Masakan baru beberapa hari tidak bertemunya aku sudah rindu.Gawat!Telatah nakal gadis nakal itu masih melekat diingatannya.Teringatnya bila Syana pengsan ..dia bluurr sangat bluur..dia tidak tahu mahu berbuat apa.Kemuadian peristiwa Syana berkungfu ditasik Varsiti.Peristiwa-peristiwa itu masih mekar dalam ingatannya.Segar.Segar seharum kasturi.Ah! Jantungnya masih lagi sakit.Denyutan tidak stabil.Berombak .Apakah ini???Apakah??? Ah!!Tangan lelaki itu menggosok-gosok dadanya.

“Papa!!!!! Abang Bad jangan bunuh papa.Syana sayang papa.”
“Syana kau diam.Ini urusan aku dengan bapak kau”
Syana semakin gementar.Apa yang ditakuti kini terjadi.Ternyata mimpinya jadi kenyataan.Ah! Kenapalah bukan mimpi indah yang jadi realiti.Kenapalah bukan mimpi aku kahwin dengan Mamoru yang jadi kenyataan???Kenapa????

Ping !!

Yess!! Pasti selepas ini Mamoru datang.Dia membaling tin pada Abang Bad…aku tahu tu..selepas itu dia pasti selamatkan aku dengan papa..Mamoruku heroku…

Tettttttt….meleset.Tin itu, tin minuman yang diminum oleh Badrolhisham.Hampa.Disangkanya Mamoru datang penyelamatkan dia dengan ayahnyaTernyata apa yang terjadi dalam mimpi tidak berlaku seratus- peratus.Ah! Bagaimana ya Allah ..aku sudah kehabisan idea..sekarang aku hanya mampu bertawakal kepadamu..

“Abang Bad lepas kan ayah ..apa dosa kami…abang Bad..jangan apa-apakan ayah…”Syana terus merayu.Dia benar-benar takut.Pistol itu menggerunkannya.Dia belum pernah melihat pistol real..ini pertama kali.Sangat takut.Peluh mengalir selebat hujan diwajah Abang Bad.Syana makin takut.Wajah lelaki itu yang dulunya manis kini dilihat bagai wajah nenek kebayan yang hodoh.Ngeri.Penuh nafsu jahat.Abang Bad memang jahat!!!!!!!!!!!!!!Benci!!!!!!!!!!!!..Syana takut.Nyawa ayahnya hampir melayang.Ayahnya dibelasah tanpa belas.Syana hanya mampu melihat.Dirinya bagai dipasung.Dia tidak mampu berbuat apa-apa.Sedih.Air mata menitik sekali lagi.Tidak sanggup melihat .Hatinya rapuh.Tidak sanggup menatap adegan itu dihadapannya.Mata dipejam.Pejam rapat-rapat.Erat-erat.

Tiba-tiba dia terasa ada kapal terbang kertas melanggarnya.Ah! Burung kertas berwarna biru disisinya.Cantik tertib buatannya.Syana mencari-cari arah datangnya burung itu.
“Sudah..lap air matamu..Aku tidak mahu melihat kamu menangis.Hatiku sakit.Akanku selamatkan semuanya jangan bimbang”Lelaki itu menghulurkan sapu tangan putih.Dia memandang Syana lalu menghadiah senyuman.Syana semakin yakin.Mamoru pasti akan tewaskan Badman..aku tahu tu..

Dia segera membuka langkah silatnya.Syana bisa tersenyum.Mamoru datang juga akhirnya..Aku tahu tu..dia pasti datang kalau aku yang panggil…walaupun aku hanya memanggilnya dalam hati aku tahu dia pasti datang.Cuma datangnya berbeza dengan dalam mimpi.




ikhlas nukilan,