Sunday, February 17, 2013

Mamoruku Murukuku Ep 35: Hana atau Bunga


Esok awal-awal pagi mereka semua berangkat awal untuk berhibur di Tokyo Disneylando! Syanalah orang paling bahagia. Bangun pukul empat pagi, memang bakal isteri solehah!.

Sebenarnya , matahari Jepun terbit awal, pukul empat dah macam pukul 7 pagi.Mana tak sedar anak dara Encik Hakeem Mokhtar ni.

Di dalam beg Syana sudah disiap-siapkan nasi kepal dengan serunding, roti tuna dan paling utama kegemaran Syana muruku.Ops..sambil ikan bilis buatan Nenek Omang! Oh Jiran sebelah rumah yang excited giler bila dapat tahu Syana akan ke Jepun.

“ Besar beg? Bawa harta karun ke?”
“  Makanan la” ( Maap sejak dua menjak Syana tak tahu kenapa begitu kurang ajar mulut menuturkan kata. Hormon tak stabil! )
“ Oh! Sombong… Bawa lebih untuk Jahid x??”

What?? Jahid?? nak termuntah hijau dengar. Mamat ni memang demam.Bukan Jahid tapi Jahat!!!! Mu…Jahat! Benci benci benci.

“ Syana, Orang yang sombong itu seperti orang yang berdiri di atas gunung, ia melihat orang-orang kecil dan orang-orang juga melihatnya kecil tahu x?"
“ Apa kena mengena dengan saya?”
“ Sebab awak sombong”

Walaupun di dalam hati Syana marah macam mak Giant namun hakikatnya dia tidak sampai hati nak marah Abang Takoyaki yang buat takoyaki  sedap tu. Tiap-tiap minggu Syana beli!!

Aduhai…Syana sebenar masih tidak puas hati.Biasalah gadis yang kununnya detektif tidak akan berpuas hati selagi apa yang dia nak tidak tercapai. Dalam tren sengaja dia duduk agak jauh daripada rombongan. Dhomir dan Farah sibuk berborak. Cinta sudah berputik barangkali. Oh , Aisyah Humaira  seperti biasa membaca! Ah! Gadis itu sungguh rajin ke mana-mana sahaja pasti diusung buku-buku didalam beg galasnya. Gadis sederhana tinggi itu hanya memakai Jeans dengan T-shirt bercorak . Manis bertudung dan berkasut  ungu bertutup.” Agak-agak bila aku nak nampak ayu macam tu? Lepas kahwin? Mimpi Syana Oiii”
Kadang-kadang hati Syana bergetar.Entah kenapa dia terkesan dengan keadaan sekelilingnya. Hati dia sayu. Memang impian dia berada disini namun hati dia terlalu rindukan Malaysia.Lebih tepat Orang Malaysia!Dia rindukan rendang Mak Tok padahal dia paling tak suka makan rendang. Dia mula rindu durian yang busuk! Padahal dialah yang akan lari bila bau raja buah itu dari jauh. Manusia memang macam tu, bila dekat tidak hargai, bila jauh mula rindui! Mengada-ngadakan! Macam Syana.Mulalah anak orang ni nak text mama dan papanya” Syana rindu Malaysia!”

Semasa di Disneyland Syana mencuba  hampir semua permainan.Segalanya dirakam dalam camera nikonnya. Sayang sampai ke malam camera perlu di cas! Grrmmmmm..

“ Ala awat tak ada betry ni!! “ Syana muncung seribu.Hati kecilnya memberontak marahkan camera!
“ Guna camera saya ni..”
“ Ha? Tapiiii…” Syana pura-pura terkejut. Padahal hati sudah melonjak setinggi angkasa da.
“ Guna je…”
“ Ok terima kasih Mujahat! “Sengaja dikuatkan  suara.! Ha! Syana nakalnya tak habis-habis.

Mujjahid hanya mampu senyum. Tiada aliran marah yang mengalir Mujahat! Memang perit namanya disebut begitu. Tapi entah kenapa terasa aliran kasih sayang mengalir. Syana, setiap tindak-tanduknya seperti mahu diberi perhatian. Semasa di Disneyland sempat di ambil gambar Syana secara sembunyi. Maaf Syana, walau garang tapi gambarmu manis!

           Waktu hampir senja dan ketika itu mereka masih di Tokyo Disneyland. Syana mengeluarkan muruku dari begnya.Nasi kepal tadi sudah habis dimakan tengahari . Malam dia cuma mampu makan muruku.Sadisnya kalau familynya tahu. Syana melihat gambar-gambar yang diambil tadi menggunakan camera Mujjahid. Wah, cantik! DSLR katakan.Sedang asyik melihat..Syana kagum! Ya, Allah pandainya dia ambil gambar. Serius macam professional. Tiba pada gambar seseorang, Syana diam.

“ Kurang asam jawa , dia tangkap pic aku curi-curi..” Hati Syana membentak marah! Namun dalam diam dia harus akui.Dia nampak cantik dalam gambar tu.Syana senyum sorang-sorang.
Farah melabuhkan punggung disebelah Syana. Gadis itu kusyuk menatap gambar-gambar milik camera Mujjahid itu tanpa sedar kehadiran temannya.

“ Eh Farah! Sorry Syana tak perasan.”
“ Mana nak perasan asyik dengan camera tu je”
“ Aha! Jangan Jeles,Cuba tengok pic Syana ..cantik tak?”
“ Cantik mende muka macam cuka. Berlagak macam unta!”
“ Hoi! “ Syana mencubit lengan Farah.
“ Ha, tak payah nak buat-buat sensitip. Encik Mujjahid tak ada kat sini nak pujuk”
“ Apa kena mengena Syana dengan dia?”
“ Syana, awak cantik, Dia Hensem. Korang sepadan. Dua-dua mata sepet.Macam jodoh”
“ Yang tang  Syana cantik tu.Yess! Yang Dia hensem. No!.blueekk. Dan kami tak padan dan jangan pandai-pandai nak padan-padankan.Ada juga yang nak tidur luar malam ni.”
“ Eh, eh siapa yang tidur luar. Kunci dekat sape??”
“ Farah!!!!!!!!” Syana mengetap bibir. Farah memang benar-benar mengenakan Syana kali ini.

Semenjak dari tadi Syana tidak melihat kelibat Mujjahid. Dhomir dan teman-teman yang lain masih ada dikawasan berdekatan. Matanya menjelajah dari satu susuk ke susuk manusia lain.Hampa. Tiada yang dicari.Ah! Abaikan dia dah besar.Namun tipu! Syana pasti hati dia risau.Abang takoyaki! Dimana kamu???

“ Syana awak risau?”
“ Eh mane ada..risau apanyer??”
“ Takpayah nak main sembunyi2 Fara kenal kamu dari hujung rambut ke hujung kaki”
“ mestilah risau..dia hilang macam tu je.diakan kawan kita.”
“ Jangan risau dia ada tu, Dhomir kata tadi dia nampak  Mujjahid dekat ngan kawasan  rumah hantu tu…entahlah.”
“ Ok, Jap Syana cari dia.”
“ Sya….” Belum sempat Farah menghabiskan kata Syana segera menghilang mencari Mujjahid yang entah dimana.

Syana  menoleh kanan dan kiri.Arah jalannya sudah terabur.Tanpa sedar dia terlanggar seseorang

“Gomen nasai..” Lelaki  Jepun itu memohon maaf kerana melanggar Syana. Dia cuba ingin membantu Syana yang  terjatuh akibat perlanggaran tadi.
“ Daijoubu..( tidak apa-apa) “ Syana tidak menyambut tangan yang dihulurkan oleh lelaki itu.
“ Mareshia jin??” Syana hanya mengangguk bila ditanyakan adakah dia orang Malaysia..
“ Watashi Rentaro Kishi..onamae???” Lelaki yang bernama Rentaro Kishi memperkenalkan diri lalu bertanya nama Syana. Syana masih terdiam. Matanya masih menatap lelaki asing didepannya ini. Dengan rambut serabai. Berseluar Jeans dan baju Kemeja Tee . Wajahnya bersih tiada kelihatan mangsa fesyen berlebihan.
“ Sumimasen..” Lelaki itu masih cuba bersuara bila Syana masih tidak menjawab soalannya.
“ Gomen ne.Rentaro Chan watashi  , Syana desu! “ Syana mencuba bercakap bahasa Jepunnya yang masih tidak fasih.
“ unnn Hana chan??” Rentaro menyangka nama Syana ialah Hana.
“ Ie, Syana..” Seronok pula Syana melayan  mamat jepun yang seorang ni sehingga hampir terlupa pada tujuan asalnya mencari Mujjahid. Kedua-duanya seronok berbual dan Rentaro berjanji akan membawa Syana berjalan-jalan di tempat yang menarik kelak.  Seronok juga bila Rentaro tersasul memanggil Syana dengan nama Hana. Hana itu bunga. J  Kalaulah Syana itu bunga, Syana harap dialah bunga yang bakal menggembirakan insan lain. Cewah..dekat Jepun pun nak jiwang.

Syana kembali ke rombongan. Farah dengan Dhomir sedang makan ais krim. Aisyah Humaira masih memegang buku dan Mujjahid masih tiada disini.

“ Syana , Mujjahid dah ada tadi dia cari kau..”
“ Pulak dah..” Syana rasa bersalah.Dia mengeluh kecil.

Setengah jam kemudian baru Mujjahid  pulang bersama sensei( pensyarah).
Mereka semua berjalan pulang ke tren untuk menuju ke Ikebukuro Station. Kembali ke Sakura Hotel.

“ Hana chan! Cotto kudasai..Hana Chan…” Suara seperti Rentaro memanggil Syana. Syana berpaling..
“ Hai..Rentaro Chan..” Rentaro menghulurkan patung katak kepada Syana. Syana diam. Terkejut dan terharu!...Katak Okeh!!
“ arigatou gozaimasu..jyamata..”( terima kasih..jumpa lagi)
“ Hai Hana Chan..Kiotsuketene..”( jaga diri)
Mujjahid tidak secubit pun mengendahkan situasi itu. Dia masih meneruskan perjalanannya. Sesaat tidak terhenti. Entah mengapa dia tidak senang perkenalan Syana dengan Rentaro itu. Grrrr…..

No comments:

Post a Comment