Wednesday, May 2, 2012

Mamoruku Murukuku episode 31 : Something About 1 %

Mamoruku Murukuku episode 31 : Something About 1 %



Yess!! Believe Mamoru! Sehingga sekarang satu-satunya lelakinya yang dia percaya selain ayah dan adiknya adalah Erwanshah. Entah, setiap apa yang diucapkan lelaki itu dirasakan tulus. Wajah lelaki itu terlalu baik untuk dicurigai.
Syana mahu ke bank Cimb dia melalui depan dewan peperiksaan lalu singgah di Rumah Universiti. Ah ..kenangan lagi!! Dush dush..

XXXXXXXxxxxxxxxxxxxxx

Tengahari itu , Syana dan Mamoru makan bersama di Rumah Universiti.Tanpa dijangka mereka terserempak dengan pensyarah yang mengajar Syana iaitu Dr Nas. Jantung Syana berdetak tidak keruan. Tidak enak iramanya. “ Alamakk..awat le..terjumpe Dr Nas waktu-waktu cenggini..dengan mamoru plak..dush dush”Sempat dilayangkan “ Peace “ dan senyuman kepada Dr Nas sebagai tanda sapaan. Tempat duduk di Rumah Universiti penuh . Meliar Syana mencari tempat kosong dan memang ditakdirkan mereka duduk semeja dengan Dr Nas. “ AHA.. sini je kosong ..nak wat camne..” Syana mengeluh dalam hati.
Tengahari itu, Syana, Erwanshah dan Dr Nas makan bersama satu meja. Pelbagai topik perbualan keluar. Alhamdulillah Dr Nas sememangnya seorang yang seronok untuk diajak berbual. 

“ Aha tak sangka jumpa Dr Nas..baru je cakap pasal dia tadi. Cuak gila Syana”
“ Cuak kenapa pulak???”
“ Ye la segan dia nampak kita..aha..jantung Syana ni dupdapdupdap..xsedap je rasa..ahaha” gadis itu ketawa kecil.
Erwanshah tersenyum sahaja melihat gelagat Syana yang gelabah bukan main bila terserempak dengan pensyarahnya.
“ Masa jumpa Abang 1st time dulu…Syana rasa apa??”
“ Erm… tak ingat la..masa tu kan Syana pengsan..aha..dah..dah jangan cakap mende tu …cam malu je ingat balik” Syana tertunduk malu tidak berani mengangkat muka..aha!!
“ Ala tak jawab soalan”
“ ok fine..ade la rasa,..something about 1%”
“ Asyik something about 1% je..Aha ada tak rasa tu macam jumpe Dr Nas tadi??”
“ no komen…” Syana melarikan diri ke tandas.. Aha ada ke patut tanya soalan-soalan macam tu dekat Syana?? Bukan Syana ke patut tanya soalan tuh?? Mamoru nakal….dush2

Syana menilik wajahnya di cermin.. Alamak kelihatan kemerahan. Perasaan malu masih menguasai wajahnya. Arrhhhh..segan la nak keluar macam ni…
xxx.xxxxxxxxxxxxxxxxx

“ Hello..Hello..”
Telefon Syana berdering lalu menghentikan lamunannya iaitu kenangan bersama Erwanshah.Erwanshah telefon…arghhh…lihat…jantungmya sudah tidak keruan.Nafas tidak tenang. Darah turun naik. Segala perkara aneh berlaku. Begitulah keadaan Syana bila munculnya Mamoru. Walaupun melalui telefon..Kehadiran Erwanshah seakan begitu dekat sehingga menimbulkan situasi begitu kepada Syana. 3 kalI Erwanshah menelefon tetapi satu panggilan pun tidak diangkat oleh Syana. Dia tidak berani.Tangan dia tidak kuat dan masih bergetar sehingga sekarang. 

Kenapa Mamoru telefon?? Setelah lama menyepi sekarang baru ada reaksi?? Ah!!! Sesuka je nak telefon bila-bila masa…jap..jap betul ke dia?? Nombor telefon ni memang betul…Aduh! Pusing bangat. Syana tidak tahu harus bagaimana . Dia tidak tahu patutkah dia mengangkat panggilan itu. Jauh disudut hati dia teringin benar mengangkatnya. Rindu pada suara Erwanshah..tapi apakan daya dia juga punya ego seorang gadis yang tinggi. Lagipun dia benar-benar perlu menjauh daripada lelaki itu. Maafkan Syana…

Syana mematikan telefon bimbitnya, lalu disorokkan dalam beg. Dia takut. Dia akan lemah lalu mengangkat panggilan itu. Ya, Aku harus kuat. Selesai urusan di Cimb Syana mengatur langkah ke Perpustakaan  Utama memulangkan buku yang dipinjam beberapa hari lalu.

“ Syana!”
Farah sahabatnya memanggil, lalu Syana berjalan ke arah Farah.
“ Awak dah jumpa Sensei??”
“ Ada apa ? Sensei nak jumpa Syana ke?”
“ Awak tak tahu lagi ke yang?” Farah meletakkan tangan di bahu Syana.
Syana mengangkat kening. Tanda tidak mengerti .
“ Awak , saya dan Dhomir dapat pergi Japan. Sambung study!!”
“ betulkah?? Ya Allah Alhamdulillah… Jom makan? Syana lapar..ehe..Ops..jap..nak call papa dan mama dulu..”

Kedua-dua gadis itu jalan beriringan ke café Fakulti Pendidikan. Ternyata Allah sudah mengaturkan sesuatu yang lebih baik buat Syana. Peluang melanjutkan pelajaran di negara matahari terbit itu benar-benar diluar jangkaannya.Namun dia bersyukur sangat kerana dia antara insan bertuah yang  terpilih . Terima kasih Allah.  Gadis itu mendongak ke langit. Dia tersenyum bahagia. Air mata mengalir tiba-tiba.Segere dilap..bimbang dilihat oleh Farah. Sekarang dia sedar, jika satu pintu tertutup pasti ada pintu lain yang akan terbuka ..ya..dalam hidup kita memang macam tu yang penting kita tidak boleh putus asa. Ya Syana.gambaru! gambaru!..Tiada perkataan kalah dalam hidup Syana. Rebah? Apatah lagi. Sebagai gadis dia perlu tabah! Segalanya berserah pada Allah.

Di café mereka berdua mencari tempat duduk yang agak jauh. Privacy!

“ Eh, awak ada ajak Dhomir tak?”
“ Mestilah ajak.Gila tak ajak budak tu..nanti muncung 3 suku pulak”
“uh?? Muncung macam itu pun adakah?”
“mestilah..awak ingat muncung cik Syana yang boleh sangkut hanger tu je?”
“ Amboi..pandai kenakan orang….eh jap jap awak ngan Damir tu ada apa-apa ke??”
“Ada..erm…something about 1%..” Farah memandang Syana nakal.
“Cis!” tangan Syana singgah di peha Farah. Temannya itu telah membuat dia senyum sekarang. Senyum tanpa henti.Hampir ketawa terbahak-bahak..(tapi ditahan) kata perempuan melayu terakhir kenalah sopan kan..kahkahkahkahkah( boleh tak ketawa macam ni dalam hati??)..

No comments:

Post a Comment