Wednesday, May 2, 2012

mamoruku murukuku episod 30: Believe Mamoru

Mamoruku Murukuku episode 30 : Believe Mamoru..

“ Abang Shah sihat??” Syana mengulangi pertanyaannya tadi.
Wah!! Syana lama tidak melihat senyuman itu. Syana maafkan abang..
“ Oh Abang sihat je..Syana??” Agak tergagap Erwanshah ketika itu. Mata tidak berani terus melihat wajah gadis itu. Tidak mampu bertahan. Ah! Syana aku rindu.
“ Erm..new style! Fresh! Rambut dah pendek..”
“ ye..saje..rimas rambut panjang” Ya Allah..mengapa Syana melayan aku seperti biasa. Sedangkan aku telah melukakan hatinya dengan sungguh teruk.
“ er…Syana..”
“ Erm…ye?”
“ Er…”
“ Cakap je la..”
“ Syana marah abang??”
“ Marah?? Oh tidaklah…Syana dah lupakan semua tu.. kita Still fren kan?? “
“ Ye ?? Sungguh?? Tapi abang rasa bersalah..lukakan hati Syana..”

“ Jangan risau..Syana ok je..Tuhan uji kita dengan macam-macam,sebab tuhan sayang kita.Kalau tuhan tak uji macam tu mana kita tahu kekuatan diri kitakan?? Syana sedar..selama ni..Syana terlalu lemah, menyusahkan orang lain, peragai macam budak-budak tak matang,mengada-ngada..ah banyak lagi kekurangan Syana. Bak kata abang “ Spesies susah nak bela”.Maaflah..selama kenal Syana..banyak menyusahkan abang..InsyaAllah..abang tak perlu hadapinya lagi..”

Ya Allah Syana..kau telah jauh berubah..hanya sekelip mata…segalanya berubah..ucapanmu tadi benar-benar menyentuh hatiku..

“Abang tak pernah rasa susah..erm… Spesies susah nak bela tu.. kadang-kadang ramai orang nak bela. Unik!”

“ Aha! Melawak pulak..ok Syana minta diri dulu..tak baik orang lihat kita berdua begini lagipun Syana tunang orang. Assalamualaikum, jaga diri jaga hati, jaga iman” ..dush2 mamoru tak perlu bermanis mulut lagi..unik konon kan??

“ Wassalam”..

Ye Syana ..kau telah jadi tunang orang. Aiman terlalu bertuah memilikimu. Aku?? Kita memang tidak ditakdirkan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ah! Mamoru!! Lancar tidak lakonan aku?? Harap-harap dia tidak dapat mengesan bahawa aku sangat gementar tadi. Uh! Kenapa aku tegur dia tadi?? Ye..sebagai bukti..aku sebenarnya OK! Ye..Syana sangat Ok!

Mamoru..tahu tak?? Syana sangat sayangkan Mamoru. Sejak kita kenal hati Syana sepenuhnya untuk kamu.Aiman?? Maaf… walau sejauh mana dia berusaha..dia tidak pernah mampu memiliki hati Syana. Syana layan dia dengan baik sebab dia adalah tunang Syana dan mungkin bakal suami Syana.Tapi..jauh disudut hati..Syana mahu dan sangat mahu kamu sebenarnya…Kalaulah …dan kalaulah..

“ Kalaulah apa??”

Opss??? Siapa gerangan tak bagi salam ni..ciss!! Abislah kalau dia dengar aku cakap apa tadi..huh!! Adess!!

“ Syana! Abang dah dengar semua..semua yang Syana cakap tadi”
What!! Mamorukah?? Dia mengekori aku?? Abis..Nape blushing tiba-tiba. Waa…mane nak letak muka ni..Syana cool beb!! Cool.

“ Abang! Ye Syana sayang abang sepenuh hati!! Syana sedih sangat masa kita berpisah dulu. Hati Syana hancur sangat-sangat. Syana sedih ! Tapi sekarang Syana dah ok. Sayang tidak semesti memiliki. Cinta tak semesti bersama. Syana sudah cukup bahagia dengan hidup Syana sekarang. Harap abang faham. Syana dah boleh hidup tanpa abang..Harap abang pun..bahagia dengan hidup yang abang pilih..” ha kan Syana dah jujur tahap gaban ni..dush2..

Bagai ditebuk-tebuk hati Erwanshah saat itu. Syana ya! Aku memutuskan untuk menjauhkan diri darimu kerana sayang aku inilah. Ye BENAR! Sayang tidak semesti memiliki. Cinta tak semesti bersama. Tapi…sekarang aku baru sedar..aku tak boleh hidup tanpa seorang Syana dalam hidupku..Mampukah aku menoleh?? Ah!! Tidak!!

Syana puas!! Akhirnya segala yang terpendam dia dah luahkan!! Biarlah lelaki itu mahu fikir apa..

“ Maaf..Syana balik dulu dan sila jangan ekori Syana lagi. Walaubagaimana Syana sayang abang, jika abang tidak pernah sayang Syana segalanya tak guna.Dulu kita kawan dan sekarang kita tetap kawan dunia akhirat”

Erwanshah hanya berdiri tegak tanpa gerak. Dirinya bagai diawangan. Lotaran suara Syana Safiyyah tadi terlalu membunuh hatinya. Syana.. Maaf.. Maaf..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dear Diari,

Syana sebenarnya sudah tidak kisah dengan hidup Syana. Bukan putus asa tapi lebih kepada menyerah kepada takdir Ilahi. Ya, Allah jika dia ditakdirkan untukku kau segarkanlah perasaan sayang dan cinta ini kepadanya.Tetapi jika dia bukan tertulis untukku, kau jauhkan dia daripadaku.Tunjukkanlah jalan yang terbaik buat diriku.

Setiap hari Syana pasti berdoa begini. Syana juga berharap tidak akan terserempak atau terjumpa dengannya. Tapi tadi..ah!! kenapa? Kenapa? Kenapa??

Tuhan bagai menguji aku…aku rela…tapi…jasad ini cukup bergetar bila bertemunya. Mengapa inderaku masih terkesan dengan kehadirannya.Mampukah aku menipu diri sendiri. Dalam sesaat aku bisa berlakon tapi untuk seumur hidup aku tak bisa.Ya Allah ..Aku fikir aku cukup kuat..tapi ternyata ..sukar..
....

Fikirannya menerawang jauh…masih teringatkan kisah lalu bersama mamoru..

Syana pergi ke Kompleks Perdana Siswa malam itu. Ada projek kolej..

Memang tidak disangka terserempak lagi dengan Mamoru..aduhhh..gawat!..cemburu muncul lagi..melihat lelaki itu diapit oleh gadis-gadis comel..Syana lagi comel ok..dush.dush..Apalagi Syana layangkan sms free dekat Mamorunya..

“ Abang Shah cakap ngan Mamoru jangan nak menggatal “
“ Huhu yew Mamoru kate dia xwat cam tu.Jgn risau..Believe mamoru..huhu :p”
AhA!! Yess!! Gudboy..bisik hatinya…toink-toink berbunga-bungalah hatinya saat itu..
Yess!! Believe Mamoru……


2 comments:

  1. Believe mamoru?

    Kenapa mamoru dikelilingi gadis2 comel?
    projek apa kat perdanasiswa tu?
    apa perkembangan syana dan mamoru skrg?

    nak sangat baca episod seterusnya!
    (^_^)

    ReplyDelete
  2. Aha! masa tu projek CARE4all Xingat kah?? aha..gdis2 tu xcomel pon dush2...

    syana dan mamoru...masih jauh kot..entah...hanya tuhan yang mengetahui ^_~

    ReplyDelete