Wednesday, May 2, 2012

Mamoruku Murukuku episode 18 : 3 Mencari : Butuh Sama Kamu Sih!


Mamoruku Murukuku episode 18 : 3 Mencari : Butuh Sama Kamu Sih!


Erwanshah tersenyum.“ Haih adek nakal”.
"yew abang gatal.."
Uhuk! Uhuk! Dia kate aku gatal haih....Syana ..Syana..saje je..
Mereka berdua tiba di Um.Masing-masing kelihatan penat namun begitu hari ini punya kenangan sendiri.Semua masalah telah selesai.Syana sudah tidak bermuram durja.Erwanshah tidak lagi tertanya-tanya .Yang penting sekarang ini mereka bahagia.
Erm..kata orang kalau kita bahagia pasti ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku.Jadi jangan terlalu gembira dengan kebahagian kita.Ternyataan kata-kata itu ada benarnya.Pulang sahaja ke kolej Syana tidak berehat tapi terus membasuh bajunya.Baju sudah banyak tidak berbasuh.Sedang asyik membasuh tiba-tiba air tiada..
“What???? Mane air ni…baju tak bilas lagi ni….waaaa..help me…help me…”
Syana bukan main menggelabah lagi.Dia berlari ke toilet floor lain takut-takut sempat menadah air.Tapi malang hanya titisan terakhir sahaja yang dapat ditadah.Huh Kecewa!!!
Syana termenung.Apa nak jadi dengan baju yang tak bilas lagi tu…..waaaaaa…
Lain pula dengan Erwanshah.Baju yang baru dibasuh dan ditinggalkan berdekatan mesin basuh telah hilang.Dengan baldi-baldi sekali.Haih tahu la air tak ade…banyak baju tak basuh sampai pakaian orang pun nak ambil…manusia..manusia..
Erwanshah merasa bengang.Nak marah pada siapa? Hanya dinding,kerusi ,meja dan lampu dibiliknya sahaja menjadi tempat luahan perasaan amarahnya.Lelaki yang tenang ini juga punya amarahnya.Kritt kroottt perutnya pula berbunyi.Ah! malas pula mahu ke dewan santapan menapau makanan.Baik tak payah makan jimat air.Air dalam simpanannya tinggal sedikit.Lori Syabas masih belum datang.
Lalu tiba-tiba teringat pada muruku yang diberi Syana kepadanya tempohari.Masih belum disentuh.Huh! Ini lah masanya.Muruku pun muruku la asal bisa alas perut.
Ngap! disuap perlahan-lahan . hehe sedap jugak muruku ni.. patut la Syana suka makan…Terasa enak pula makan muruku tika air tiada.Terasa sejuk pula hati.Mungkin Syana beri dengan penuh keikhlasan .Terasa kasih sayang mengalir deras dalam makanan itu.hehe Muruku kasih sayang…
“Ceh mengarut pulak aku ni.. huhu biasa la…mood berada dalam keadaan terlebih baik..”
Berhenti makan sebelum kenyang!.Erwanshah menyimpan kembali muruku yang masih berbaki.Mungkin boleh mengalas perut tika lapar nanti..
“Bagaimana dengan Syana ? Dia pulang ke rumah ke?? Selalunya dia akan pulang ke rumah jika tiada air”
Erwanshah menghidupkan laptopnya.Yahoo Messenger di aktifkan.Yes Syana online..
“waaa…butuh sama kamu sih! ”Erwanshah membaca status YM Syana. Dia perlukan siapa?? Huhu aku ke?? Lalalala”
“ Abang Shah!!!!!!!! Air xde..waaaaa….nak balik rumah”
“belajar berdikari dek..air tiada tapi hidup tetap perlu diteruskan ..air cuma tak ade beberapa hari je sabar yew..(^_~)”
“Yew..sedang sabar ni.”
“Syana butuh sama siapa sih?? Dr Erwanshah??”
“ Wek…bukan la…butuh sama air sih! WATER..”
“Tapi nape guna word kamu??”
“Personifikasi”
“abang dah faham =)”
Xxxxxxxxxxxxxx
“Syana!!!!!!! Jom angkut air cepat. Lori Syabas dah datang.”Jerit Lina kepada Syana.Belum lagi Syana jejak masuk ke dalam bilik Lina sudah menjerit.
“Yew…bagi Syana tarikh nafas dulu baru balik kelas ni”
“Rehat lepas ni ye sayang….yang penting air..”
“Ok fine..”
Syana dan Lina mengangkut air daripada tingkat 1 ke tingkat 3 .Aduhai..bisa patah pinggang..Habis lecak seluruh floor.Masing-masing berebut mengambil air.Ulang alik turun naik tangga.Ramai la yang jadi atlet saat itu.Ramai jugalah lengan sudah berotot.Tidak usah bersusah payah mahu ke gym..
Manusia.Bila ada air dibazir-bazirkan .Jika membasuh baju sebaldi guna air macam nak basuh baju 10 baldi.Tabiat.Tidak pernah berubah.Bila tiada air baru nak berjimat.
Sudah 2 hari tiada air.Bersusahlah warga kolej dan juga Universiti Malaya.Paip di Damansara dikatanya pecah.Kejadian itu telah menganggu hidup mahasiswa selema beberapa hari.Maka ramailah yang meninggalkan university seketika.Hanya beberapa orang yang masih setia dan sanggup mengangkut air saban hari dan salah seorangnya adalah Syana.
Hari ketiga ketiadaan air.Hati Syana sudah bimbang.Gusar.Aiseh bila nak ade air ni.Baju dah bertimbun.Nak jimat pakai baju mana boleh…waaaaa…mama …papa….mujur Syana menjadi semakin tabah sejak ketiadaan air ni..
“ Syana, dengar-dengar belakang rumah penyelia ade air..Jom p angkut..kita basuh baju skali kat situ”
“Erm..ye ke Lina..Yezza..mari kita bersukan.Acara terunggul Sukmum .Sukan angkut air ..haha..”
“Huh sukan angkut air?? Huhu pon boley..jom skang”
“Okiess..”
…………..
“Lina tepi..Syana nak tolak baldi ni tak larat nak angkat dah”
“ Wei Lina pon nak tolak gak..iyahhhhhh”
Zap!!!!!!!! Kedua-dua gadis itu menolak baldi mereka seperti acara menari baldi sukaneka.Lagak kanak-kanak ribena.
“ Hehe best juga sekali-sekala takde air.Kalau tak kita tak rasa pengalaman macam ni..’
“Syana!!! Ade suka taka de air.Lina tak tahan..”
“Syana pun tak tahan..Wek busyuk lina tak mandi lagi”Syana menutup hidungnya.Sengaja mahu mengenakan sahabatnya itu
……..
Dunia kembali ceria esoknya sudah ada air.Syana lega.Namun dia gembira.3 hari yang dilalui walaupun sedikit perit namun dia pelajari sesuatu.Bak kata seniornya hahaha..”baru tau nikmat setitis air kan?so hargai la bila Ia ade”


23 september 2009.
Erm..hari-hari yang aku lalui penuh liku untuk bulan ni.Cehh kantoi plak masa melawat kawan Syaf…malu..malu…mesti Kak Sya n Abang Syafiq gelak dekat aku nih…Macam mana la..Mamoruku tu boleh jadi adik Abang Syafiq( soalan sengal je)..Aku plak gelabah terlebey..huh nak buat macam mana neves..Tapi xkesahlah janji aku dah tahu gadis baju ungu tu sebenarnya kaki par dia..aiseh…cemburuku rupa-rupanya sia-sia..sian Mamoruku aku layan dia teruk dulu….sorry yew..(^_^)..Syana ni memang sengal siket..
Ko pun siankan diari.Aku merepek je dalam ni huahuahua…
Tapi paling best masa xde air…hahaha….mula-mula bengang gak…tapi relax…bila dah selesa semuanya jadi ok..Ingat kata kawan yang pegi plkn.” Aku kalau tak mandi seminggu boleh tahan lagi..so xde air 3 hari aku tak kesah..Huhuhu..sorryy..Syana lain..tak mandi sehari ( Huish..takkan pernah terjadi Syana sanggup mandi dengan air mineral kalau xde air sangat..huhu pe susah beli dekat kedai runcit bawah..)
Huhu 3 Hari mencari cinta sama kamu air.Syana mula mencintai air hehe…lepas ni tak mahu bazir-bazir lagi( ni ayat insaf seketika)..tapi siyes mulai hari ini saya Syana Safiyyah Hakeem Mokhtar mencuba untuk jimat air..hehe..
“Woit Syana buat ape tu???Menulis ka??”
“ Tak lah..Syana sedang memasak ni..tak nampak?? Ada tomyam campur..Ayam goreng kunyit..meh la makan”
“Banyak la masak..ceh…buat lina lapar je..”
“Lapa makan..”

"

No comments:

Post a Comment