Esok
awal-awal pagi mereka semua berangkat awal untuk berhibur di Tokyo Disneylando!
Syanalah orang paling bahagia. Bangun pukul empat pagi, memang bakal isteri
solehah!.
Sebenarnya
, matahari Jepun terbit awal, pukul empat dah macam pukul 7 pagi.Mana tak sedar
anak dara Encik Hakeem Mokhtar ni.
Di dalam
beg Syana sudah disiap-siapkan nasi kepal dengan serunding, roti tuna dan
paling utama kegemaran Syana muruku.Ops..sambil ikan bilis buatan Nenek Omang!
Oh Jiran sebelah rumah yang excited giler bila dapat tahu Syana akan ke Jepun.
“ Besar
beg? Bawa harta karun ke?”
“ Makanan la” ( Maap sejak dua menjak Syana tak
tahu kenapa begitu kurang ajar mulut menuturkan kata. Hormon tak stabil! )
“ Oh!
Sombong… Bawa lebih untuk Jahid x??”
What??
Jahid?? nak termuntah hijau dengar. Mamat ni memang demam.Bukan Jahid tapi
Jahat!!!! Mu…Jahat! Benci benci benci.
“ Syana, Orang yang sombong itu seperti orang
yang berdiri di atas gunung, ia melihat orang-orang kecil dan orang-orang juga
melihatnya kecil tahu x?"
“ Apa kena mengena dengan saya?”
“ Sebab awak sombong”
Walaupun di dalam hati Syana marah macam mak
Giant namun hakikatnya dia tidak sampai hati nak marah Abang Takoyaki yang buat
takoyaki sedap tu. Tiap-tiap minggu
Syana beli!!
Aduhai…Syana sebenar masih tidak puas
hati.Biasalah gadis yang kununnya detektif tidak akan berpuas hati selagi apa
yang dia nak tidak tercapai. Dalam tren sengaja dia duduk agak jauh daripada
rombongan. Dhomir dan Farah sibuk berborak. Cinta sudah berputik barangkali. Oh
, Aisyah Humaira seperti biasa membaca!
Ah! Gadis itu sungguh rajin ke mana-mana sahaja pasti diusung buku-buku didalam
beg galasnya. Gadis sederhana tinggi itu hanya memakai Jeans dengan T-shirt
bercorak . Manis bertudung dan berkasut
ungu bertutup.” Agak-agak bila aku nak nampak ayu macam tu? Lepas
kahwin? Mimpi Syana Oiii”
Kadang-kadang hati Syana bergetar.Entah kenapa
dia terkesan dengan keadaan sekelilingnya. Hati dia sayu. Memang impian dia
berada disini namun hati dia terlalu rindukan Malaysia.Lebih tepat Orang
Malaysia!Dia rindukan rendang Mak Tok padahal dia paling tak suka makan rendang.
Dia mula rindu durian yang busuk! Padahal dialah yang akan lari bila bau raja
buah itu dari jauh. Manusia memang macam tu, bila dekat tidak hargai, bila jauh
mula rindui! Mengada-ngadakan! Macam Syana.Mulalah anak orang ni nak text mama
dan papanya” Syana rindu Malaysia!”
Semasa di Disneyland Syana mencuba hampir semua permainan.Segalanya dirakam
dalam camera nikonnya. Sayang sampai ke malam camera perlu di cas! Grrmmmmm..
“ Ala awat tak ada betry ni!! “ Syana muncung
seribu.Hati kecilnya memberontak marahkan camera!
“ Guna camera saya ni..”
“ Ha? Tapiiii…” Syana pura-pura terkejut.
Padahal hati sudah melonjak setinggi angkasa da.
“ Guna je…”
“ Ok terima kasih Mujahat! “Sengaja
dikuatkan suara.! Ha! Syana nakalnya tak
habis-habis.
Mujjahid
hanya mampu senyum. Tiada aliran marah yang mengalir Mujahat! Memang perit
namanya disebut begitu. Tapi entah kenapa terasa aliran kasih sayang mengalir.
Syana, setiap tindak-tanduknya seperti mahu diberi perhatian. Semasa di
Disneyland sempat di ambil gambar Syana secara sembunyi. Maaf Syana, walau
garang tapi gambarmu manis!
Waktu hampir senja dan ketika itu
mereka masih di Tokyo Disneyland. Syana mengeluarkan muruku dari begnya.Nasi
kepal tadi sudah habis dimakan tengahari . Malam dia cuma mampu makan muruku.Sadisnya
kalau familynya tahu. Syana melihat gambar-gambar yang diambil tadi menggunakan
camera Mujjahid. Wah, cantik! DSLR katakan.Sedang asyik melihat..Syana kagum!
Ya, Allah pandainya dia ambil gambar. Serius macam professional. Tiba pada
gambar seseorang, Syana diam.
“ Kurang
asam jawa , dia tangkap pic aku curi-curi..” Hati Syana membentak marah! Namun
dalam diam dia harus akui.Dia nampak cantik dalam gambar tu.Syana senyum
sorang-sorang.
Farah
melabuhkan punggung disebelah Syana. Gadis itu kusyuk menatap gambar-gambar
milik camera Mujjahid itu tanpa sedar kehadiran temannya.
“ Eh Farah!
Sorry Syana tak perasan.”
“ Mana nak
perasan asyik dengan camera tu je”
“ Aha! Jangan
Jeles,Cuba tengok pic Syana ..cantik tak?”
“ Cantik
mende muka macam cuka. Berlagak macam unta!”
“ Hoi! “
Syana mencubit lengan Farah.
“ Ha, tak
payah nak buat-buat sensitip. Encik Mujjahid tak ada kat sini nak pujuk”
“ Apa kena
mengena Syana dengan dia?”
“ Syana,
awak cantik, Dia Hensem. Korang sepadan. Dua-dua mata sepet.Macam jodoh”
“ Yang
tang Syana cantik tu.Yess! Yang Dia
hensem. No!.blueekk. Dan kami tak padan dan jangan pandai-pandai nak
padan-padankan.Ada juga yang nak tidur luar malam ni.”
“ Eh, eh
siapa yang tidur luar. Kunci dekat sape??”
“
Farah!!!!!!!!” Syana mengetap bibir. Farah memang benar-benar mengenakan Syana
kali ini.
Semenjak
dari tadi Syana tidak melihat kelibat Mujjahid. Dhomir dan teman-teman yang
lain masih ada dikawasan berdekatan. Matanya menjelajah dari satu susuk ke
susuk manusia lain.Hampa. Tiada yang dicari.Ah! Abaikan dia dah besar.Namun
tipu! Syana pasti hati dia risau.Abang takoyaki! Dimana kamu???
“ Syana
awak risau?”
“ Eh mane
ada..risau apanyer??”
“ Takpayah
nak main sembunyi2 Fara kenal kamu dari hujung rambut ke hujung kaki”
“ mestilah
risau..dia hilang macam tu je.diakan kawan kita.”
“ Jangan
risau dia ada tu, Dhomir kata tadi dia nampak
Mujjahid dekat ngan kawasan rumah
hantu tu…entahlah.”
“ Ok, Jap
Syana cari dia.”
“ Sya….”
Belum sempat Farah menghabiskan kata Syana segera menghilang mencari Mujjahid
yang entah dimana.
Syana menoleh kanan dan kiri.Arah jalannya sudah
terabur.Tanpa sedar dia terlanggar seseorang
“Gomen
nasai..” Lelaki Jepun itu memohon maaf
kerana melanggar Syana. Dia cuba ingin membantu Syana yang terjatuh akibat perlanggaran tadi.
“
Daijoubu..( tidak apa-apa) “ Syana tidak menyambut tangan yang dihulurkan oleh
lelaki itu.
“ Mareshia
jin??” Syana hanya mengangguk bila ditanyakan adakah dia orang Malaysia..
“ Watashi
Rentaro Kishi..onamae???” Lelaki yang bernama Rentaro Kishi memperkenalkan diri
lalu bertanya nama Syana. Syana masih terdiam. Matanya masih menatap lelaki
asing didepannya ini. Dengan rambut serabai. Berseluar Jeans dan baju Kemeja
Tee . Wajahnya bersih tiada kelihatan mangsa fesyen berlebihan.
“
Sumimasen..” Lelaki itu masih cuba bersuara bila Syana masih tidak menjawab soalannya.
“ Gomen ne.Rentaro
Chan watashi , Syana desu! “ Syana
mencuba bercakap bahasa Jepunnya yang masih tidak fasih.
“ unnn Hana
chan??” Rentaro menyangka nama Syana ialah Hana.
“ Ie,
Syana..” Seronok pula Syana melayan
mamat jepun yang seorang ni sehingga hampir terlupa pada tujuan asalnya mencari
Mujjahid. Kedua-duanya seronok berbual dan Rentaro berjanji akan membawa Syana
berjalan-jalan di tempat yang menarik kelak. Seronok juga bila Rentaro tersasul memanggil
Syana dengan nama Hana. Hana itu bunga. J
Kalaulah Syana itu bunga, Syana harap dialah bunga yang bakal
menggembirakan insan lain. Cewah..dekat Jepun pun nak jiwang.
Syana
kembali ke rombongan. Farah dengan Dhomir sedang makan ais krim. Aisyah Humaira
masih memegang buku dan Mujjahid masih tiada disini.
“ Syana ,
Mujjahid dah ada tadi dia cari kau..”
“ Pulak
dah..” Syana rasa bersalah.Dia mengeluh kecil.
Setengah
jam kemudian baru Mujjahid pulang
bersama sensei( pensyarah).
Mereka
semua berjalan pulang ke tren untuk menuju ke Ikebukuro Station. Kembali ke
Sakura Hotel.
“ Hana
chan! Cotto kudasai..Hana Chan…” Suara seperti Rentaro memanggil Syana. Syana
berpaling..
“
Hai..Rentaro Chan..” Rentaro menghulurkan patung katak kepada Syana. Syana
diam. Terkejut dan terharu!...Katak Okeh!!
“ arigatou
gozaimasu..jyamata..”( terima kasih..jumpa lagi)
“ Hai Hana
Chan..Kiotsuketene..”( jaga diri)
Mujjahid
tidak secubit pun mengendahkan situasi itu. Dia masih meneruskan perjalanannya.
Sesaat tidak terhenti. Entah mengapa dia tidak senang perkenalan Syana dengan
Rentaro itu. Grrrr…..