Wednesday, May 2, 2012

Mamoruku Murukuku episod 22 : Aiman tak kesah??


Mamoruku Murukuku episod 22 : Aiman tak kesah??

Sudah habis menonton kedua-dua filem ketika cinta bertasbih Syana terdiam. Terima kasih Syaf. Cerita ini memang memberi sesuatu pengajaran kepada akak. Ya..Syana harus tabah..setabah Anna AlthaFunnisa dalam cerita itu..Syana juga harus bijak menghadapi kenyataan dan berusaha untuk menerima segalanya dengan ikhlas.

Teringat Syana pada bait-bait kata indah yang diluah oleh watak Ayatul Husna.Cinta adalah kekuatan,yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah sedih jadi riang, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibbah, itulah cinta.. .” .kata-kata itu cukup manis untuk ditelan akal..begitu dalam pengertiaanya...Tidak menyesal menontonnya.

Diri dibaringkan perlahan.Mindanya menerawang jauh..menerjah awan. Dia cuba menyelami fikiran sendiri. Kenal siapa diri. Mengkaji perwatakan diri. Dia bernafas berlahan. Lalu bangkit apabila terdengar bunyi sesuatu jatuh ke lantai bilik. Huh! burung jinjang pemberian Mamoru.. Mungkin ditiup angin dari celahan tingkap yang masih terbuka.Ah! Sudah lama tidak mendengar khabar . Diri seakan rindu menatap wajahnya. Kenapa dia tidak menghubungi aku sekarang ini??? Tahukah dia tentang statusku kini..Ya..Allah...lupa benar mahu khabarkan..Esok aku harus ketemu Abang Shah!..Perlu selesaikan apa yang patut..tidak mahu semua tertangguh..nanti banyak jiwa yang terseksa..

xxxxxxx

Syana !! betul kau nak jumpe Abang Shah??
ya..sangat perlu untuk jumpa..
Wei..tunang orang kot..kau bukan Syana yang dulu..
ye Syana tahu..jadi Lina teman ye..Syana nak selesaikan banyak perkara.Please sayang..
wek..tak payah sayang-sayang geli dengar..ok..aku teman..tapi Aiman tahu ke kau nak jumpe Abang Shah??
Tolong jangan sebut nama Aiman boleh tak?? ..erm Aiman tak kesah kot.. Syana memaparkan wajah yang tidak senang.. Hatinya masih tidak boleh menerima kehadiran Aiman. Maaf Syana dah cuba..

Erwanshah menanti dengan penuh sabar di Kedai Kak Yah. Walau hatinya kian berdebar. Ketenangan juga tercalar.Janjinya mahu ketemu Syana di situ jam 9 malam. Kata Syana hal penting. Apakah??? Berkaitan dengan khabar angin Syana sudah bertunangkah?? Atau... Pelbagai andaian muncul difikiran jejaka itu..Sebenarnya jiwa lelaki itu beku saat itu. Tidak tahu kata mahu ditutur bila bertemu Syana nanti. Pasti keadaan sudah lain. Pasti lain. Ah! Hati aku amat sakit sekarang ini.Erm...lama tak jumpe Syana..lama juga tidak mendengar suaranya..Syana..Haih..Erwanshah mengeluh. Tangan digenggam.

Fikiran lelaki itu terkenangkan episod bahagia yang lalu. Saat dia dan Syana di Tasik Varsiti. Peristiwa comel itu selalu mengundang tawanya. Sukar dibayangkan betapa sanggup gadis itu menyamar..uhu..berlagak menjadi detektif lalu mengintip aku. Tidak dapat dilupakan juga muruku..erm...Syana memang suka muruku..Haiah..ada apa dengan muruku??? Syana..syana...sikapnya cukup memikat hati.

“ Assalamualaikum..maaf abang dah lama tunggu?” “Erm..” terkejut Erwanshah bila disapa oleh lembut suara. Syana sudah sampai rupanya. Syana melemparkan senyum lalu duduk dihadapan Erwanshah. Lina duduk di tepi Syana. Erwanshah memandang Syana lalu bersuara .“waalaikumsalam..baru sampai je..”..“erm..” Syana mengetap bibir..“erm..” Erwanshah pun begitu. Masing-masing kelihatan janggal untuk berbicara mesra seperti biasa. Bagai ada tembok pemisah. Ah!!.. “Syana..Chaiyok..terus terang dengan Mamoru cepat..suruh dia selamatkan kau daripada masalah yang membelenggu..c'mon..beb minta dia jumpe papa..beritahu keadaan sebenar..Syana!! gAnbatte ne!!”

“Sihat??” Hampir serentak pula..Syana dan Erwanshah..keduanya bertanya soalan yang sama.Lalu mereka hanya senyum.. Lina yang ada disebelah Syana hanya ketawa dalam hati. Takut untuk menyampuk disaat situasi sedang ketat begitu.

Air yang dipesan sudah tiba..Syana mengambil gelas dengan perlahan lalu meluncurkan air teh ais perlahan ke dalam mulut.lega untuk terus berbicara.

“ Betul ke?Abang dengar Syana dah bertunang?
“ uHUK..!!.uHUK..” Syana terbatuk terbahak-bahak. Tidak disangka Erwanshah akan bertanya soalan itu terlalu awal. Syana baru mahu berterus terang. Mengkhabarkan ceritera yang sebenar tapi rupanya Erwanshah dah tahu. Haih..beratnya mahu meluahkan segala.
“ erm...mana abang dengar cerita ni??”
“ UM ni kecik je dek..lagi-lagi sini..kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kan??”
dush.!!!!!!!! terasa tembakan maut terkena jantungku...adeh..saket kott!! Mamoru..macam mana Syana nak cakap ni..susahnya..bibir menggeletar semacam ni..
“Syana..” Erwanshah memanggil Syana setelah mendengar gadis itu lama berdiam.
“Ya” Jawab Syana lembut. Syana sangat suka bila Erwanshah memanggilnya tadi. Masih terdengar suara dia yang masih lembut. Penuh kasih sayang. Mamoru..Syana sayang mamoru..macam mana ni??? Ish ish.. ish..gadis itu mencubit pehanya sendiri tapi tidak dirasa sakit.
“ Syana..” Kali ini Syana sedikit terkejut. Ada suara lain yang memanggilnya. Suara yang agak keras.Adeh..cam suara Aiman je..abis la..macam mana ni..waaaaaaaa..

Tiba-tiba sahaja Aiman muncul.Lelaki itu bersalam dengan Erwanshah.Lalu duduk disebelah Erwanshah. Syana terdiam menyaksikan situasi itu. Mati la..Lina macam mana?? Syana cuba berbisik mengharapkan temannya memahami.Tapi Lina asyik pula memandang Aiman ..Hish..ensem sangat ke?? Huh..sorry tak jeles ok??..

“ Aiman call tak angkat.... rupenya kat sini ya?? siapa ni tak nak kenalkan dengan Aiman”Aiman memandang Syana seakan memerli. Syana tunduk sedikit malu.
“Aha....ni Lina kawan baik Syana..ini Abang Shah..my senior..( uhu..my mamoru sebenarnya)..”

“Ee.....gerammnya Syana..plan tak jadi...nak jumpe Abang Shah..si Aiman tu ada..macam mana nak selesai prob ni..”gadis itu menghentak kaki berulang kali ke lantai.geramnya tahap maksima..Apa yang dirancang gagal.Hajat mahu Erwanshah tahu segalanya. Mungkin lelaki itu ada akal untuk selesaikan cara elok. Tapi...huh..

“ Wei..Aiman tu boleh tahan hensem..tunang macam tu pon kau tak nak???”
“ Hello..bukan sebab hensem tak hensem..ni soal hati dan perasaan..tahu???”
“ Ye la..aku tahu hati kau dicuri oleh orang lain. Pegi cari pencuri tu,,mintak balik hati kau..bukan susah pon..susah-susah repot je polis”
“ Lina ni betol ke tak?? main-main plak..”
Syana bingung sekarang.Tidak tahu jalan apa yang harus dipilih.Kiri kanan semuanya jalan mati Masih ada jalan lainkah yang akan terbuka. Kalaulah..Mamoru tahu keadaan aku sekarang ni..Mamoru tolong Syana..

“ Salam dah sampai bilik?? Take care dek..”

Hati Syana cukup tenang mendapat mesej dari lelaki itu. Erwanshah masih ambil berat kepadanya.Perhatian masih diberi kepada Syana.

“ Dah. Maaf Syana tak banyak cakap”
“ Tak apa...abang faham...segan ada Lina dan Aiman Syana tadi..”

bEDEbush!! Aiman Syana..ahahahaah...selamanya tidak akan jadi Aiman Syana..Tapi..Kamu sih!!

Erwanshah dibiliknya fikirannya tertumpu pada Syana. Gadis itu telah berjaya menjajah seluruh jiwa Erwanshah.. kENAPA aku lihat Syana seakan tidak bahagia??? Huh..tapi apakan dayaku?? Hanya manusia biasa..

xxxxx

Angin menderu dahan jatuh menimpa..Aku..ahai...(memang aku kena timpa dahan..nasib tak mati je)
Syana tiba – tiba berlagu sayu. Dia tenang berada di tasik varsiti. Udara tenang pemandangan indah. Rasa bagai tidak mahu pulang ke kolej. Dari jauh..rasanya dia terlihat Erwanshah..Ah ! Benarkah??? Syana mendekati pondok yang berdekat..yEzza ..memang Mamoruku...oh lamanya tak jumpe..cis bukan dah jumpe ke semalam??? Haiyah!!!..
Kaki Syana terhenti tidak jadi mendekati Erwanshah. Diri ternyata tidak bersedia berhadapan dengan lelaki itu. Meminta kembali hatinya?? Ah mana mungkin.. Idea Lina tidak boleh dipakai..Hiah hish...
“Syana ingat abang tak tahu itu Syana?? Bunyi tapak kasut tu abang cukup kenal. Ada apa??? Buat apa dekat sini?? Intip abang macam dulu???”
Alamak..abis la..Mamoru..macam mana Syana nak jelas kan?? susah kot..
Syana diam..Tuptup...wa....nape air mata ni nak meleleh gak waktu ni...ish ish...Syana cuba menyembunyikan air matanya..Tidak mahu Erwanshah melihatnya.
“ Syana...kenapa diam?? Ingar abang tunggul kat sini?”suara Erwanshah sediki keras seoalh mendesak Syana bersuara.
“ Macam mana Syana nak cakap?? Hati Syana sakit sekarang. Sakit..” Gadis itu terduduk. Dia menangis seolah tiada orang disitu..Ah...Syana bagai anak kecil..Keadaan Syana buat Erwanshah serba salah..
“ Syana..jangan nangis ok?? tak comel nanti Erwanshah cuba memujuk Syana..
“ Syana memang tak comel..pergi..pergi jangan ganggu Syana..”
“ Ok..kalau macam tu abang pergi ni...abang pergi ni..”
“ Jangan...Mamoru jangan tinggalkan Syana..” gadis itu menjerit kecil memanggil Erwanshah .Lelaki itu berpaling..
“ Mamoru??” Erwanshah bingung dipanggil Mamoru..ah ada-ada aja Syana ni..
Erwanshah menghulurkan Syana sapu tangan.
“ Nah lap air mata tu..burukla nangis macam budak kecik..”
“ Biar lah..bukan ada orang” “ Abang ni bukan orang???”
Syana diam..hati kecil dia melonjak. Wah.. macam cerita korea plak adegan sekarang ni...ahahaha....pasni aku mesti cerita hal sebenar dengan Mamoru..Dia mesti faham.. Hah?? senang cerita suruh dia bawak aku lari..padan muka Aiman..hish hish tak boleh Syana jangan jahat ok??..tapi papa macam mana?? Erm tak ape cerita dengan Mamoru dulu. Dia pasti ada jalan. Syana mengesat air matanya.
“ Abang tahu Syana dah bertunangkan? Aiman tunang Syana..tapi Syana tak suke dia..sangat tak suka..Papa Syana paksa..”
“ Erm..serius tak suke?? “
“ Yep..sangat..sangat tak suke”
“Abis suka sape??”
ADEH..ni rasa nak tembak orang ni..buat-buat tak tahu pulak..Mamoru.. Syana suka mamoru..sangat..sangat suka..hish..hish..
Syana diam..Hish mahu dijawap apa?? Mukanya sudah berona merah..haiyah..malu kot..Mamoru ni suka buat syana malu..adehh...
Selesai berbicara dengan Erwanshah mereka pulang ke kolej. Wajah masing-masing sudah ceria. Syana sudah lega. Begitu juga dengan Erwanshah. Mungkin masalah mereka bakal selesai.Jalan apakah yang bakal dilalui oleh mereka?? Bagaimana dengan Aiman?? Tegarkah Syana menyakiti hati Aiman yang tidak bersalah? Perlukah Syana teruskan permainan yang menyiksa jiwanya sendiri. Erm..moga ada sinar dalam kehidupan Syana dan Erwanshah.
“ Syana yakin mahu teruskan rancangan kita??”
“ Yep. Yakin.”
“ Yakin dengan abang??”
“ Insya Allah..Syana yakin..”
" Terima kasih..erm dak comel..sape kate Syana comel..comel sangt!"
" tau..sayakan detektif cute ahaa.."



2 comments:

  1. hati siapakah yang bakal syana lukai nanti? kita tunggu dan saksikan....

    (kpd penulis: lambatkan penyelesaian, biar masing2 feeling sedih2.....baru best...huhu)

    ReplyDelete
  2. erm sebenar syana bukan seorang yg suka lukai hati orang..erm...dia rela hatinya terluka..tp dalam kes ni Syana xsanggup lukai hati Erwanshah..tapi xtau la..fikiran Syana cepat berubahkan...erm..baik mari bermain dengan perasaan ek..uhuhu

    ReplyDelete