Wednesday, May 2, 2012

Mamoruku Murukuku episode 17: Gadis Jubah Ungu

Mamoruku Murukuku episode 17: Gadis Jubah Ungu

“Huhu nah Muruku..kalau lapar makan la yew..Syana bawa dari rumah semalam”

Syana masih seperti dulu rupanya.Masih seorang yang prihatin dan ambil berat terhadap orang lain.Namun soalan dibenak masih berbaki.Dia seperti mahu meluahkan soalan itu buat Syana.Tapi terasa takut jika saat ini tidak sesuai.

“Syana …erm..boleh tanya?”
“ Yew..apa dia? Tanya la?” Berdebar pulak hati Syana masa tu..haih Mamoruku ni..nak tanya apa..nervous sih!

“ Kenapa Syana lain dengan abang sebelum ni??erm..maksud abang ..erm..” Ceh tergagap pulak..relax..relax..tarik nafas..

“ Maaf ..Syana ada masalah sendiri..sebab tu mood tak baik..harap abang faham”
“Tak ape..tapi Syana.. senyum dikala duka amat bermakna..dan yang penting jangan moody kalau ada masalah kongsi dengan kawan-kawan dengan abang pun boleh..kita kawan kan?”

Huhu kawan sangat..masalahnya masalah aku ni ada kena mengena ngan dia hish hish..pening..pening..buat tak tau sudah…Syana senyum..senyum…kalau tak dia tumpang sangkut baju free-free plak..huhu enggak mahu sih!

“Erm..yew..Syana senyum dah ni..mood tak baik dah tak ada” Huhu ye la tu padahal dalam hati Syana ingin saja dia tanya Mamoru..Siapa Gadis Jubah Ungu tu?? Tapi tidak terkeluar pula soalan tu.

Syana kemudiannya memohon diri.Mahu menyiapkan kerja yang masih berbaki.Perlu disiapkan .Teks jurupantunnya masih dalam proses untuk disiapkan perlu selesai sebelum jam 12 malam.Moga-moga masa mencukupi.

Xxxxxxxxxxxxxxxxx

“ Salam.Kak Syana.Syaf ada dekat kl now. Mahu melawat kawan dekat HUKM.Teman Syaf?”
“ Ok Sayang.Nanti kita jumpa”

Hari ini Syana berjanji mahu ke HUKM dengan adiknya Syafezrul.Syafezrul pulang ke Malaysia tiba-tiba.Kawan sakit?? Siapa kawan dia? Huh ! Macam-macam persoalan yang timbul dibenak gadis itu apabila mengenangkan adiknya.

Tiba di HUKM Syana diperkenalkan dengan kawan Syafezrul.

“Akak ni..kawan Syaf..Abang Syafiq.Dia kawan blogger Syaf..kami kenal dah 2 tahun”

“Oh really? 2 tahun? Huhu..saya Syana kakak Syaf..Tak pernah pula dia cerita pasal kawan
blogger dia ” Syana mengukir senyum terasa selesa pula berkenalan dengan kawan adiknya itu.

“Syaf kata Syana belajar di UM.Tinggal di kolej ke? Adik saya pun kebetulan belajar disana?”

“ Oh! Ye Syana belajar disana..tinggal kolej..hehe entah-entah my senior kot” Ujar Syana..

“ Ow..dia duduk kolej 4 rasanya kalau tak silap”

“What?? Kolej 4? Samala..Syana pun..”

Sedang rancak berbual tiba-tiba muncul seorang perempuan..Perempuan itu mendekati mereka sambil menyapa.

“ Ow..ni kawan abang tu ya? Syaf? Yang ini..?”
“Oh saya Syana kakak Syaf..erm akak?”Mereka bersalaman.

“Syana? sedap nama…Akak Syakila..isteri abang Syafiq..panggil kak Sya je…kejab-kejab..akak rasa macam pernah terserempak je dengan Syana..Syana belajar dekat mana?”

“ Um.”

“ La..kita pernah terserepak dekat jusco .Masa tu akak dengan Shah”

Gurlp...Syana tertelan air liur.Terasa sesak nafas..bila nama Shah disebut.

Ya Allah begitu kebetulan.Kak Sya itulah gadis jubah Ungu.Alamak..alamak..entah-entah Abang Shah adik abang Syafiq.Alamak..rasa nak pitam tetiba….aduh…macam mana ni melawat orang sakit aku pulak yang rasa sakit ni haih…..

Ternyata telahan Syana benar.

“ Ye la..Kak Syana terlanggar dengan Kak Sya masa tu..Syaf baru ingat.Tuptup tak kenal konon.. “mata Syafezrul menjeling kakaknya

Aduh..jantung Syana nak gugur saat itu.Syafezrul memang nak kena..Syana sudah terasa panas berada disitu.Perlu air…”Erm..Syana nak pergi toilet dulu..”

“Kamu Syaf menyakat kakak kamu.Malu la dia” Ujar Ezwansyafiq.

“ Ala gurau-garau je ..abang shah tak datang ke? “

“ entah..selalunya tiap-tiap hari dia datang melawat.Tapi tak menentu..”

Xxxxxxx

Lama Syana dalam tandas.Ditatap wajahnya pada cermin.Wajah yang cukup cemas.Ada manik-manik jernih yang mula timbul.Jantungnya berlari laju .Keadaan dirinya serba tidak kena.Rasa seperti dihimpit kereta api Harry Porter.Rasa seperti sayap rama-rama telah koyak.Rasa seperti rumah tak siap..Huh rumah tak siap??..apa-apa je Syana ni…

Ya Allah tenangkan hati aku saat ini.Syana buntu tidak tahu apa mahu dilakukan.Balik je? Huh tak boleh tak boleh nanti dianggap kurang sopan..tapi macam mana ni?? Abang Syafiq dan Kak Syakila tu siapa kepada Abang Shah.Aiseh nak tanya tadi malu..nanti diaorang fikir apa pulak…waaaaa..rasa takmo keluar toilet je..hish..mesti orang-orang yang masuk toilet td kata aku tak betul cakap sorang-sorang..huhu Syana tak kesah kot..

Setelah hati mula tenang.Syana melangkah perlahan menuju ke wad yang menempatkan Ezwansyafiq.Teeeeeeeeeeeeeeeettttt!! Matanya hampir terbeliak…What abang Shah duduk dekat Abang Syafiq?? What..Alamak kenapa dia muncul saat ini…Adush..adush..ambulan..ambulan..

“ Lamanya akak pegi toilet.” Syafezrul senyum penuh makna.

“Syana ni adik saya .Erwanshah..kenal kan..”

“ Yep ke..nal…kenall sangat..”Aduh nama rasa muka ni macam pakai topeng je..Syana senyum..senyum..

Haih kenapalah aku rasa semua orang kat dalam bilik ni sedang memandang aku dengan pandangan yang sinis.Mamoru ni pun satu..kenapalah muncul saat kecemasan begini..tahulah dia my hero yang akan datang tepat pada masanya..tengok tu dia senyum-senyum macam pelik..Syaf pun sama..eee…geramnya rasa nak balik je..

“ Erm..Syana rasa nak mintak diri dulu..ada keje nak buat..Syaf jom tak mahu balik sekali?”

“Erm Akak balik la dulu Syaf nak temankan Abang Syafiq hari ni”

Syafezrul sungguh terhibur dengan telatah kakaknya.Dia tahu pasti ada sesuatu antara Syana dan Erwanshah itu.”Sesuatu” itulah yang perlu dirungkai.Syafezrul tahu kakaknya sekarang sedang dalam keadaan menggelabah..Huh itulah kakaknya tidak pernah bertenang.melihat riak wajahnya sahaja Syafezrul tahu kakaknya nervous..huhu..akak…akak..bisa..bisa aja sih..

“Ok”Syana beredar dengan cukup pantas tidak sanggup berlama-lama disitu.Erwanshah mengekori dari belakang.Syana sengaja mempercepatkan jalan.Tahu dirinya diekori.

“ Syana berhenti..”

Ops.awat la dia panggil aku..

“ Abang tahu kenapa Syana layan abang dingin dulu…sebab tu kan”
Sebab tu ape pulak ni..bisik Syana dalam hati..

“ Erm mana ade..mana ade” Syana cuba menafikan walau dia sendiri tidak tahu apa yang bermain difikiran Erwanshah ,harapnya apa yang difikirkannya tidak sama dengan apa yang ebrada difikiran Mamorunya itu.

“ Syana salah sangka pada abang dan Kak Sya kan?kan??”

“ Eh mana ada …mana ade..”Alamak..nak lari…wa……..mama tolong……..

“Jangan tipu abang cukup memahami Syana..”

“ Mane ade..Syana tak rasa pape pun…tak fikir pape pun”

"ye la tu...Syana tipulah.."

" Ye la three .." balas Syana lalu disambung dalam hati..aku tipu ni...sebenarnya bengang+ jeles+ waaaa geram ..geram..

"Tak kesah yang penting Abang tahu apa dalam hati Syana.."

ewah...ewah...dia tahu apa dalam hati aku..macam la semua benda dia tahu...wek..Syana menjelirkan lidah di belakang Erwanshah tapi malang jejaka itu sempat melihatnya..

"Syana nakal yew..nasib baik comel dimaafkan kalau tak.."

"Kalau tak nak pukul Syana?? hehe kalau berani cuba la..akan kuelak semua seranganmu..ini Sailormoon lorh''

"Sailormoon?? Huh ada-ada je adek sorang ni dah jom balik"

"Balik sama??"

"Tak..Syana balik la dengan doktor-doktor dekat hospital ni"

"Ok je..tapi Syana nak balik dengan Dr Erwanshah" Alahai lancar pula Syana berbicara saat ini.Mungkin dia sudah tenang.Rasa gugup sudah hilang.










ikhlas nukilan,

No comments:

Post a Comment