Momuruku Murukuku episode 19: Hujan Belum Berhenti
Erwanshah: nak makan dgn abg Shah x?”
Syana: tengok le klu rajin
Erwanshah: ok la.kalau lapar makan tau…jgn x mkn
Syana : abg Shah~~
Erwanshah: ye Syana~~
Syana: klu Syana lapar teman Syana mkn yew...
Erwanshah: ok..
Jam menunjukkan pukul 9.30 malam.Alamak! Tak siap lagi..Mamoruku sorry…Syana mencuba untuk bersiap secepat mungkin..Tiba-tiba sayup-sayup kedengaran dari luar tingkap suara hujan turun yang akhirnya menerkam bumi.Aiseh hujan pulak! Syana melihat jam 9.39..Aduh..dah lambat 9 minit..mana payung ni..ish ish..Yess! Jumpa pun..Akhir Syana temui payung setelah hampir 5 minit mencari.Mujur.
Syana pun berjalan menuruni bukit yang kecil di kolejnya menuju ke kedai Kak Yah .Air hujan yang nakal menujah ke kain baju kurung Syana.Ada juga yang tersasar lalu tersembunyi didalam kasut.Basah stoking Syana.Ah! Tidak mengapa demi dia mamoruku sanggup kuredah lautan api.Hujan ini hanya dugaan kecil.Cewahhhhh…
Dari jauh.Sudah kelihatan kelibat Erwanshah.Huh..malu le plak datang lewat ni..Adesh..mane nak letak muka ni..
Keadaan kolej ketika itu agak lengang.Mungkin hujan telah menghadkan pergerakan mereka.Tetapi tidak Syana.Syana tak kesah hujan kot.Jangan ada petir sudah..
Zap!!!!!!!!!!
Tiba-tiba guruh di langit berdentum.Syana ketakutan.Waaaaaa…Kakinya membeku .Tidak mampu terus melangkah.Statik.Serentak itu juga matanya ditutup serapat mungkin.Mulut terkumat-kumit berzikir.Takut bermaharajalela.Ya,Allah selamatkanlah aku…kenapalah kedai Kak Yah kurasakan begitu jauh sekali.Tulah tadi berlagak sangat.Hujan dugaan kecil konon. Jika diteliti.Hujan bukan masalah kecil.Kemalangan jalan raya akibat jalan yang licin boleh berlaku.Boleh meragut banyak nyawa.Malah Hujan lebat yang berterusan boleh menyebabkan banjir dan boleh mengakibat lebih banyak masalah.Ah! Syana masih belum berfikiran jauh.Masih Syana yang dahulu.
“Syana, Abang datang ni..”
Hati Syana berdegup kencang.Bagai mahu mati.Dia kenal suara itu.Suara itu.Ah! mata ingin benar dibuka sekarang tapi dia takut.Suara yang pernah sebati dalam hidup dia..suara Badrolhisham.Ah! tidak mungkin dia hidup lagi.Tidak mungkin.
“Syana..”
Mata dibuka perlahan-lahan.
“ Abang Shah…Syana ingat..erm..”air mata jatuh tanpa pinta.Saat itu payung yang dipegang Syana sudah hampir terlepas jatuh.Mujur sempat disambut Erwashah.Wajah gadis itu ,menerima kehadiran hujan.Air mata bercampur hujan Erwanshah tidak mungkin perasaan Syana menangis.
“Dah lama sampai.Maaf..lambat” .Syana cuba menyembunyikan perasaannya.
“Tak ape..kalau turun awal tadi tak hujan..”Erwanshah memayungi Syana tapi dirinya sendiri terkena hujan.Syana serba salah.Dirinya dilayan terlalu baik.
“Syana hujan tu..mehh sini”
“Hehe takmo..biar sama-sama kena hujan baru fair kan? Fair n lovely ..”…ceh teringat pula iklan dia..tiap hari sayang..
Hampir sesak nafas Erwanshah melayan karenah gadis yang seorang ini.
“Ok fine sama-sama berhujan.Nanti sama-sama bersakit pula yew dek busuk”
“Hish..sama-sama busuk k?”
“Yela..yela..jom makan tunggu Syana lama sangat..abang dah lapar tahap gaban ni”
“Syana pun lapar tahap sailormoon ni”Sengaja Syana bergurau saat ini.Debarannya tentang kehadiran suara tadi dipendam dalam-dalam.Diam.Dia tidak mahu menyesakkan jiwa Erwanshah dengan memberitahu tentang Badrolhisham.Syana tidak mahu Erwanshah bimbang akan keselamatan dirinya.Mungkin telahannya tentang Badrolhisham salah.Tapi bagaimana jika benar.Ah! Hati aku tidak tenang.Adakah sejarah mungkin berulang.Oh! tidak.Tomok sendiri sudah berubah dan tidak mengulangi sejarah.Sejarah pahit itu tidak mungkin berulang.
Xxxxxxxxxxxxx
Hujan masih belum berhenti.Hari ini Syana takut untuk tidur dikolej.Entah dia sendiri tidak tahu.Maka disuruh ayahnya mengambilnya.Dia benar-benar mahu pulang.Tapi sayang setibanya dirumah.Ibunya tiada.Kata Hakeem Mokhtar,ke Indonesia bersama Syafezrul.Syana hampa.
“Papa.betul ke abang Bad dah mati??”
“Syana .Kenapa tiba-tiba tanya soalan ni?”
“Syana tak sedap hati.papa ada sembunyikan sesuatu daripada Syana?”
Hakeem Mokhtar memandang lembut anak gadisnya.Ya.dia tidak dapat merahsiakan perkara sebenar lagi.Syana harus tahu segalanya.Dia tidak mahu Syana tahu perkara sebenar daripada mulut orang lain.Jika pahit yang terpaksa Syana telan biarlah kepahitan itu diluahkan oleh bapa kandungnya.Jika selepas ini Syana membencinya ,dia tidak akan pernah menyesal kerana dia sudah tenang melihat Syana membesar di depan mata.Dia harap jika selepas ini hayatnya tidak panjang.Ada orang yang mampu menjaga Syana lebih baik daripadanya.Dia mahu Syana dijaga dan disayangi dengan ikhlas.
“Syana.Papa yang Syana kenal ini adalah seorang yang kejam.Tidak berperikemanusian.Penipu .Hipokrik.Tapi kasih sayang papa terhadap anak-anak papa tidak palsu.Papa benar-benar sayang Syana dan Syaf.Cuma papa nak Syana tahu..papa sebenarnya seorang penjenayah.Ketua kongsi gelap.Papa dah bunuh ramai orang sayang”Lelaki it uterus bercakap.Air mata seorang ayah mengalir deras…tuptup….
“Syana..papa…haih…tidur pulak budak ni..”
Hakeem Mokhtar memandang wajah anak gadisnya yang tertena diatas sofa..Syana...Syana...masih Syana yang suka tertidur bila orang bercerita..macam mana la kalau dia jadi seorang ibu kelak..silap-silap dia tertidur masa bercerita kepada anaknya...haih Syana..Syana..
Xxxxxxx
“Syana…Abang datang ni..” suara itu masih tergiang-ngiang dicuping.Bergema dalam bilik .Syana tersedar.Huh ketakutan menguasai diri.Kini dia sendiri.Bilik gelap.Hanya kelihatan lampu meja yang bercahaya suram.Seingatnnya tadi dia berbicara dengan papanya.Entah bila dia tertidur.Dipegang kepala.Panas.Dia demam barangkali.Oh!Kena hujan . lupa.. lupa.. Abang shah? Dia demam ke??Kan dia kata sakit sama-sama..huhu nonono aku tidak mahu dia sakit biar aku sahaja yang sakit.Mamoruku harus sihat sih..baru boleh selamatkan sailormoon.
Hah!! Gadis itu menguap.Dilihat jam telefon bimbit hampir jam 3 pagi.
“3 pagi? What lambatnya nak cerah..dah le tengah takut ni”
Syana menoleh ke arah tingkap.Ada kelibat berdiri disitu.Kelibat manusia.Syana mengenggam pasu bunga yang ada berdekatan dengannya.Dia sangat takut sebenarnya .Kecut.Namun saat itu dia tiada akal.Segalanya bagai tidak berfungsi.Jangtungnya berdetak sekencang dan selaju kereta F1.
Dia melihat ke tingkap lagi.Bayangan atau kelibat manusia tadi sudah hilang.Ke mana?
Telefon bimbit berbunyi.
“Salam Syana.Abang tak dapat tido.Entah..tak sedap hati.Syana ok??’
Mamoruku…kenapa dia selalu hadir saat gawat begini…saat aku tidak tenang pasti ada dia..saat aku sedih pasti ada dia…saat aku takut juga ada dia adakah dia bisa berada dimana-mana sahaja?Huh aku tidak faham..dia bagaikan sebahagian diriku..oh lupa..dalam hatiku ada dia..ofcoz la kat mana-mana pun dia ada…hikhik..
Syana meneguk air.Sudah tidak mampu menyambung lena.Mahu tunggu pagi..takut mahu terus tidur..
“Salam.Syana ok…jangan risau….”
“Abang masih risau Syana ....tak tau kenapa..”
“Jangan risau Syana ok”
Sebenarnya Syana tidak ok..keadaannya sangat tidak ok..
Mamoruku..Syana rasa Badman masih wujud..hati Syana berkata begitu..dia tidak mati..Cuma Syana tak pasti…
hujan masih tak berhenti turun kat luar tu...
ReplyDeletehehe...
cerita ni bertemu lagi conflik yang menjadi hantu-hantu hidup si syana ni....huhu
nak lihat kebijaksanaan syana n erwan dalam menyelesaikan masalah tersebut....
(^_^)
yep hujan masih belum berhenti( maksudnya masalah asyik timbul je...sian Syana..huhu tp xpe..syana xkesah..)
ReplyDeleteyep tengok le episod seterusnya nanti