Wednesday, May 2, 2012

Mamoruku Murukuku episod 29 : Lagenda Budak comel

Mamoruku Murukuku episod 29 : Lagenda Budak Comel
“Lama hidupku tanpa menyebut atau mendengar nama Erwanshah. Melihat atau menatapnya apatah lagi. Namun aku tahu dalam hati ini ada dia. Tak pernah hilang walau sedetik. Ah!.. Syana Benci Mamoru!! Benci sangat sangat. Kenapa buat hidup Syana jadi huru-hara!! Sakit hati tau..”
Syana tersenyum sendiri membaca diarinya. Ah! Sudah lama pena tidak menyentuh diari ini. Maaf. Syana masing bingung dulu.Terlalu banyak masalah.Syana tak mampu hadapi masalah bertimbum seorang diri. Sekarang Alhamdulillah. 2 bulan berlalu Syana sudah kembali seperti dulu.
Xxxxxxxxxxx
Gadis periang itu masih rancak berbual dengan teman kuliahnya .Tidak sedar waktu sudah bergerak ke pukul 6. Janjinya dengan Aiman mahu bertemu di café berdekatan.
“ Ops! Im late!! Gawat. Bisa marah Aiman gini deh!” Gadis itu memecut secepat mungkin. Mujur berseluar jeans hari ini. Jika tidak.Huh!
Fuh!! 6.10.. tiba di café tersebut. Gadis itu mengelap peluhnya. Syana tarik nafas. Control ayu beb!! ( ah aku bukan AYU dalam cerita lagenda budak setan..hanya Syana lagenda budak comel lalalalallala so jadilah diri sendiri)
“ Sorry..Syana lewat!” kata Syana sambil senyum dalam hati takut juga melihat wajah Aiman sedikit ketat ( sedikit je). Bijak gadis itu memujuk hati tunangannya itu . Hanya dengan senyum.
“ Tau tak? Hati Aiman sejuk kalau tengok Syana senyum je macam ni selalu”
“ Iye . Baik . Syana senyum macam ni tiap hari. “
“ Promise?”
“ Yup! Syana tak nak sedih lagi. Hello Syana kott..ehe..jom makan lapar dah”
“ Aha..gudgirlz! . Baik puan kita makan yew?”
“ Hello… Cik Syana not Puan ok??” Syana menjegilkan mata kepada Aiman.
“ Bukan my Future wife ke?? So bakal Puan Aiman la kan??” Lelaki itu seronok pula berlawan mata dengan Syana
“ Wah…bakal je kot..belum lagi..lambat lagi..kalau ye pon Puan Syana bukan nama Aiman ok?” Gadis comel itu masih tidak mahu mengalah.
“ Ok fine. “
YESss!! Menang lagi!! Wahahaha Syana memang akan sentiasa menang. Kan Kan Kan? Itulah untungnya jadi gadis comel. Eheeeeeee…..
Xxxxxxxxxx
Berjalan pulang ke kolej memang seronok. Enggan dihantar pulang oleh Aiman. “ Biar Syana balik sendiri.. UM je kot tempat Syana.” “ Baik tapi dengan syarat..jangan melencong tempat lain dan dah sampai kolej mesej ok?” “ Baik!”
Dupdapdupdapdupdapdupdap!! Cis jantung ini berbunyi pelik! Pasti ada sesuatu ni..uhuuuuuu apalah ni…hish hish..
Memang!!!!!!!!!!!!!! Wah ujian memang ujian.baru semalam terkenang hari ini sudah bertandang.Kamu memang. Kegawatan jantungku kerana kamu deh!( maaf Aiman – situasi luar jangkaan- jantung ini tidak mendengar kata tuannya..ish ish ishhh..)
Syana sila abaikan. Buat-buat tak Nampak dan paling penting JANGAN TEGUR.. ingat tuuu…..Dia yang tak nak kau..ingat tuuuu..Jangan biar hati terluka sekali lagi.
Gadis itu sebenarnya tidak sedar. Bukan Erwanshah tak mahukan Syana. Situasi terlalu mendesak lelaki itu membuat keputusan. Kasih dan sayang terhadap Syana menyebabkan gadis itu Erwanshah lepaskan.
Bukan mudah! Hanya bisa menghidu berita gadis itu dari informer tak rasminya. Tq Syaf!.
Rupanya Erwanshah berhubung dengan Syafezrul Iman. Adik Syana. Mereka akrab sebagai teman. Walau hanya berhubung melalui laman maya.Cukup untuk Erwanshah tahu tentang Syana.
“ Abang Shah. Kak Syana sihat walafiat. Syaf tengok keadaan dia beransur pulih.Dia dan ceria seperti biasa. Cuma Syaf dapat rasa..walau dia nampak ok luarnya.Dalam hatinya Syaf tak mampu nak meneka. Syaf tahu dia kuat.Tapi dia juga sukar diduga. Sikap Kak Syana agak luar biasa. Minggu lepas Syaf balik..lihat biliknya penuh burung jinjang. Entahlah..sebelum ni tak pernah begitu ( maaf Syaf bukan nak cerita bukan-bukan tapi Syaf Cuma risau.Dia tak pulih sepenuhnya. Elok Abang jangan biar dia nampak abang lagi buat masa ni”
Burung jInjang? Ah ! Syana pasti terkenangkan aku!
Ya Erwanshah! Kenapa kau degil! Mengapa muncul dihadapan Syana . Kau sengaja bukan?
Lelaki itu resah bagaimana mahu membetulkan keadaan. Dia harus segera jauh daripada Syana. Ya Allah..bantulah hambamu ini ..tunjukkanlah jalan yang sebenarnya.
………
What?? Syana buat bodo je?? Nape dia tak senyum or tegur aku langsung? Mungkin dia benar-benar sudah lupakan aku? Lelaki itu menebak.
Syana nampak Erwanshah di hadapannya. Namun lidahnya keras. Tidak mampu menyapa lelaki yang pernah bertahta di hatinya itu. Walau ingin benar dia berbicara dengan lelaki itu. Wajah juga dibekukan. Tidak mahu biarkan perasaaan gementar mengalir deras diwajah.Tak mahu Erwanshah dapat menghidu akan perasaannya.
…….
“ Tq Abang Shah..Syana happy sangat”
“ Ye..sama-sama. Abang pon happy.”
“Abang selalu buat Syana happy”
“ Ye ke?? Takot”
“ Takot?? Y?”
“Mungkin sekarang abang selalu buat Syana happy takot plak nanti kalau buat Syana sedih..sedih sangat-sangat pulak… Tp ingat ye..abang manusia yang lemah..tak sempurna..yang baik itu datang dari Allah..yang buruk tu kelemahan diri Abang sendiri.
Mamoru benar kata kamu..kamu lah orang yang boleh buat Syana bahagia sangat-sangat dan kamu juga orang yang biasa buat Syana sedih sangat-sangat..Ah dugaan tuhan terlalu banyak hikmah.
….
Syana hanya berjalan melepasi Erwanshah begitu. Seakan tidak kenal. Seperti orang asing.Huh?Janggal.
Tiba-tiba Syana menoleh..
“ Abang Shah sihat???” sapa gadis itu sambil mengukir senyum semanis kurma.
Dupdapdupdapdupdap…
What nape Syana tegur aku tetiba? Pelik ma… Bagai nak pitam Erwanshah ketika itu.Dirinya tidak keruan. Nafas bagai nak terhenti.Denyut nadi berlari-lari..Jangtung nak gugur tahu? Huh..
Syana Safiyyah Hakeem Mokhtar kamu memang menghuru-harakan hidupku

No comments:

Post a Comment