Mamoruku Murukuku Episod 21: tunang kot..
Cuti semester telah tamat.Timbul cerita baru yang menyesakkan hidup Syana.Dia sebenarnya tidak tahu bagaimana mahu menghadapi cerita baru ini. Diri diburu sengsara tidak sudah-sudah.Jiwa kacau sekarang ini.Sukar situasi Syana sekarang.Hidup dia terkongkong.Tidak bebas.Bagai dipenjara.Merana kot..Hidup sebagai tunangan orang bukan mudah.Lebih-lebih lagi jika diri tidak rela.Ayahnya Hakeem Mokhtar memaksa Syana bertunang dengan anak kawan baiknya Uncle Arman.Arghhh...kenapalah papa paksa Syana?Syana masih ingat perbalahannya dengan papa.Sehingga papa dimasukkan ke hospital kerana tekanan darah tinggi.Anak apalah aku ni..
Papa..Syana nak study lagi..Syana tak mahu bertunang..
Syana..papa tak halang Syana belajar pon..tak suruh Syana berhenti juga..Aiman tu budak baik..
Papa harap..sangat dia jadi menantu papa..
Papa..Syana tak suka paksa-paksa ..daripada bertunang dengan dia baik Syana mati..
Syana!!!!!! Hakeem Mokhtar menampar wajah gadis manis itu dan tiba-tiba Hakeem Mokhtar jatuh terlupuk ke lantai.Syana Kaget.Pipinya masih merah.Masih sakit.Tamparan papanya tertusuk sampai ke ruang hati.Tiba-tiba dilihat papanya jatuh..
Papa!!!
xxxxxx
Papa..kalau benarlah semua ni boleh gembirakan papa..Syana setuju bertunang dengan Aiman.
Hakeem Mokhtar gembira mendengar jawapan daripada anak gadisnya.Dia sangat gembira.Akhirnya Syana setuju.Lega.Hakeem pasti Syana akan bahagia.Syana juga akan selamat jika berada disamping Aiman.
Aiman Aisy anak kawan baik Hakeem Mokhtar iaitu Arman Ahmad. Lelaki bakal tunangan anaknya berumur 27 tahun . Seorang jurutera dan baru pulang daripada Shang Hai.Aiman pilihan tepat Hakeem buat anaknya.Biar sekarang Syana rasa sakit. Suatu hari dia pasti akan gembira mengenali lelaki bernama Aiman Aisy.
Xxxxxxxxx
Telefon bimbit berdering..Syana segera menyambut panggilan entah daripada siapa..Hish...kenapa dia telefon..sebelum ni tak pernah pulak..
“ ye..ada ape” cis sungguh biadapnya aku..lupa bagi salam pulak.
“Assalamualaikum..Syana.. Aiman ada dekat depan kolej Syana ni..jom dinner..”
“Uhuk..waalaikumsalam..What?? Dinner?? huh??”hampir terbatuk Syana dibuatnya
“Ye la..takkan Lunch kot”...ceh loyar buruk plak mamat ni bikin panas je..
“Sorry Syana dah makan..lain kali ok..”..uhu lapar kot..tapi takmo makan ngan dia..hish..hish..
“Aiman tak makan lagi..baru balik kerja n terus datang sini..nak jumpa Syana..Please teman makan..”
“Sorry..hari ni ada meeting..k da..” kejam. Syana terus offkan hansetnya..
“Hishh..benci betol..rasa nak sepak laju-laju je..”Syana menghempaskan diri ke katil bujangnya.“Kenapa ??Syana benci sape??” Lina datang lalu duduk di atas katil Syana
“Aiman la..Eee...bencinya”Syana menghentak kepala bertubi-tubi ke bantal.“Apa?? Kau ada masalah ke dengan Mr Presiden tu??” Lina berbicara sedikit berbisik takut jiran sebelah terdengar bicara mereka..“Haiyaa..bukan Aiman tu..Aiman lain..kalau Aiman tu Syana tak kesah..”
“Kenapa?? Cuba story siket kasi aku yang tak berapa faham ni faham..”
Syana bangun..dia berjalan ke kiri dan ke kanan sebelum meneruskan bicara. Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu memberitahu Lina.Rumit hidupnya sekarang.Adeh...Lina hanya sabar menanti cerita “Hot” yang bakal diceritakan oleh Syana.
“Kau tahu??”Syana masih berteka -teki dengan Lina”Confirm la tak tahu cepat citer..” Lina kelihatan sudah tidak sabar.“Aku... dah bertunang..” Syana teragak-agak.Tidak selesa menyebut word tunang “What??Syana..kau jangan main..main..Ngan sape?? Mamoru??” Lina menggoncang-goncang tubuh sahabatnya sambil meluahkan persoalan satu demi satu..“Hishh bukannlah..Ngan Aiman Aisy ..masa cuti sem aritu..”“Serius sih??” Mata Lina hampir terjengkil keluar.Dia terkejut sebenarnya.Wajah Syana ditatap lama-lama mahukan kepastian.
“Yup! Dia ngah tunggu aku kat bawah ..ajak makan..camne ni??”
“Kalau aku keluar je..lapar beb..makan je kot..”
“ Sorry..Syana rela lapar..”
“Tapi diakan bakal suami kau??”
“ Hello..tunang kot..”
xxxxxx
2 bulan kemudian
Wanita dicipta bukan daripada kaki tahu kenapa??
erm entah xpernah fikirpun ..
erm sebab wanita bukannya mahu dijadikan sebagai alas kaki
ow ic??
wanita dicipta bukan daripada kepala tahu kenapa??
erm..sebab xmahu pompuan jadi cam lelaki..uhuhu
salah..sebab wanita bukannya mahu diangkat dan disanjung sedemikian rupe sehingga boleh memijak kepala
aiseh...( macam aku pijak kepala dia je..nak perli la tu..)
wanita dicipta daripada tulang rusuk..tahu kenapa??
malas..cakap je la jawapannya
sebab wanita dijadikan untuk dilindungi dan disayangi..aha...cam aiman lindungi syana..
ceh..podaahh...syana pandai jaga diri sendiri kot..
pandai tak semestinya mampu..
Syana tidak bisa lena.Malam seperti siang baginya.Siang pula seperti malam.Semua menjadi tidak stabil. Hidup Syana berubah sekelip mata. . Huru-hara. Haru Biru. Bagai planet bumi ini sudah diterbalikkan raksasa.. Macam magik pun ada...Ah! Masih adakah cerita Mamoru dan Sailormoon.??? Atau hidup aku hanya akan ditemani oleh murukuku ini..Wa.... tak mahu..Syana mahu Mamoru..macam mana ni???
“ Kalau rindu ..lihatlah bulan diatas sana..”
Teringat Syana pada kata-kata Erwanshah padanya. Disimpan teguh dalam ingatan. Syana menatap langit yang sempurna. Cantik. Namun sayang tiada bulan kelihatan.Awan gelap meliputi. Syana tidak putus asa..cuba lagi mencari bulan namun tetap hampa ..hanya kelihatan lampu di jalan raya..Suasana langit tidak mengundang suka di hati Syana. Bintang juga hilang.Hanya desiran angin malam yang menemaninya. Syana keseorangan. Sepi tanpa teman.tingkap ditutup. Mata dicuba tutup juga berlahan-lahan. Bimbang jika tidak terus tidur . Badan Syana akan letih. Lemah.Tidak mahu menyusahkan orang jika sakit nanti. Cukup sudah beberapa kali menyusahkan orang.
Xxxxxxx
Eee.. apa lagi dia buat dekat sini..?? Rasa nak marah ni..wajah gadis itu saat ini seperti singa betina.Garangnya semacam. Angin dah naik sampai kepala agaknya..
“ Syana nak keluar. Jangan kacau”
“ Aiman hantar. Naik la...lama tunggu sini tau”..( lama tunggu sini tau...ceh..sape suruh tunggu..ada aku kesah?? ) Syana mengejek dalam hati.Makin nakal anak gadis Hakeem Mokhtar ini. Aiman masih setia menunggu Syana dalam kereta. Entah mengapa dia begitu sabar dengan telatah gadis ini. Kalau orang lain sudah lama dia tinggalkan Tapi kerana orang itu Syana Safiyyah dia rela menunggu...Rasa kasih dia terhadap Syana masih lagi tidak bisa terpadam.Walau Syana agak kasar melayannya tapi dia tahu Syana sebenarnya tidak begitu.Hati gadis itu lembut. Selembut tingkah lakunya.Walau bicara agak keras Aiman tahu.. Syana sengaja buat begitu..tapi kenapa?? Akukan tunangannya?
Syana terus berjalan.Keluar daripada kolej.Kebetulan kelihatan teksi disitu.Ditahan.Aiman ditinggalkan..haih...
Huh! Padan muka. Sape suruh tunggu..
( Ya...Allah kenapa aku kebelakangan ini. Kejam. Kesian Aiman. Dia baik tapi..ah..sayang dapat tunang macam aku...Maaf..Syana masih belum boleh terima Aiman...hati Syana pada orang lain..)
“Pak Cik berhenti dekat sini.terima kasih”Kaki Syana dihayun perlahan berjanji dengan Lina di Mid Valley..Jam menunjukkan tepat jam 2 petang.Mata gadis itu ligat mencari Lina.
“ Syana!!!! sini aku sini lorh..” Syana berpaling dan dia terkejut Lina bawa teman..OMG!!
“ Lina dia ni junior Syana masa sekolah.. Fahmi Adli rite??”“Yezza..erm takpe kan???”
“ Ermm..takpe sangat..” Syana senyum sinis.
Dalam hati Syana punyalah mahu mendidih tapi ditahan. Sudah berjanji mahu keluar berdua.Ladies je kot Tetiba ada Boy..hati mana tak baran..ni rasa nak baling botol ni wargggghhhhh...sabar Syana sabar ..baik baling bola bowling..ada hasilnya jugakkan..
“ Lina ..jalan la ngan Fahmi..Syana nak cari barang..k..enjoy.. ye..”
Syana segera berlalu tidak betah untuk terus berada disitu. Boleh masak hatinya.Mati.
Tempat itu terlalu sesak.Penuh dengan manusia. Tidak selesa untuk terus berada disitu.Dia mahu pulang. Hajat mahu tenangkan fikiran. Rancangan awal mahu menonton wayang ….tapi..ah..lupakan..
Petang itu ,laptop Syana hidupkan.Jarinya pantas bemain-main dipapan kekunci.Seolah menarikan tarian tango lewat petang. Ada nada riang dihatinya. Apakah??
Hah! Rupanya terima emel daripada orang jauh..Emel daripada insan tersayang Syafezrul Iman adiknya di Indonesia.
Salam Kak Syana,
Syaf sihat disini. Akak? Papa? Mama ?? semua sihat??. Erm maaf tak dapat balik pada hari pertunangan akak. Tapi tahniah ye?? Moga akak bahagia disamping tunang. Syaf sentiasa doakan. Pasti dia orang yang baik.Kalau tak ..mustahil papa nak sangat akak bertunang dengan dia kan..Akak redha ya?? Setiap yang berlaku..semua dah ditentukan. Ilahi .pasti ada kesudahan yang baik..erm..Syaf baru selesai menonton Ketika Cinta Bertasbih..filem indonesia.Dekat sini cerita ni famous jugak..Akak try la tengok...moga dapat motivasi..
Akhirulkalam..jaga diri jaga hati jaga iman..setiasalah memohon petunjuk Allah..jangan jauh sedikitpun daripada tuhanmu..
benar ikhlas,
Syaf
Mengalir deras airmata Syana usai membaca emel daripada Syafezrul. Hatinya benar-benar tersentuh. InsyaAllah Syaf..akak redha..Ya..Allah tabahkanlah hatiku..
Syana menerokai laptopnya..Ketika Cinta bertasbih bukankah cerita yang diambil dari Azilah tempohari namun belum sempat ditonton..
Yes!! ni cerita dia..huh tadi dah la tak dapat tengok wayang..tengok movie ni pun jadilah ..
No comments:
Post a Comment