Wednesday, May 2, 2012

Mamoruku Murukuku episod 28: Saat Terakhir

Mamoruku Murukuku episod 28 : Saat Terakhir

“Matahari berkata alangkah mulianya dirimu jika kau masih bisa melihat cahayaku pagi nanti..andai sudah tiada lagi cahayaku matamu pasti berbohong kerna jasadmu sudah siap-siap dibawa pulang”

Berulang kali Syana membaca mesej terakhir daripada Azilah. Sukar mahu mentafsirkan kata-kata Azilah itu . Terlalu tersirat maksudnya. Ya Allah pesanan apakah ingin dia sampaikan? Seakan sesuatu tetapi tidak kutahu.

Sudah 5 hari sahabatnya itu kembali ke sisi Allah. Namun kehadiran sahabatnya masih dirasa dalam hati. Ya Azi tetap ada dalam hati kami. Selamanya.

….............

“ Betul ke Azi rumate Syana dah xde??. Tabah ye Syana..tenangkan fikiran.pasti tamparan yang hebat buat Syana..nak Aiman call??”

“Terima kasih. Sokongan Aiman sudah cukup. Maaf Syana tak mampu nak bercakap telefon dengan sesiapa sekarang ni.Doakan Syana. Salam”
Syana mematikan telefon bimbitnya.Tidak sanggup menerima mesej atau telefon daripada siapa-siapa buat masa ini.Maaf...

Seperti wayang gambar . Bertalu-talu kenangan bersama Azilah hadir menjengah benak Syana. Benar kata orang. Bila kita kehilangan seseorang itu baru kita tahu menghargainya.Baru kita sedar betapa pentingnya dia dalam kehidupan kita.Manusia memang begitu.Alpa bila dilihat ada didepan mata.Tapi bila sudah tiada di alam nyata baru mahu menyesal.Sudah telat.

“ Syana ok jangan risau..” Itulah kata-kata Syana kepada kawan-kawan yang bertanya. Tiada jawapan yang lebih baik daripada

Perasaam Syana lebih kepada kehilangan..sekarang semua petunjuk dah tak ada hanya sebab satu yang kita terlalu puja sehingga ianya tumbuh mekar namun kini telah mati. Saat yang terlalu dicinta angirmya pergi selamanya meninggalkan diri.Pedih. Namun itu hakikat yang perlu ditempuh. Harus redha. Ketentuan itu pasti ada hikmahnya.



Perasaan Syana terhadap Erwanshah seakan mati. Lelaki itu bagai tidak wujud lagi dalam diri seorang Syana.Diri Syana berubah mendadak sejak pemergian Azilah. Syana banyak berdiam.Tiada lagi gelak tawa.Senda guraunya sudah tidak dapat diamati. Suara jarang dapat didengari. Senyumnya sukar mahu diperhati.Segala tentang Syana sudah berubah. Ah!! Syana pasti ramai dengan rindu dengan dirimu yang dulu.

Erwanshah ...hatinya amat pedih. Menahan perasaan daripada mendekati Syana ternyata sukar. Dia tahu Syana dalam keadaan sulit sekarang. Maaf Syana aku tak bisa berada dekat denganmu..Dia dapat rasakan Syana amat memerlukannya. Namun sayang..dia hanya dapat mencuri lihat Syana. Dia nampak mata Syana merah. Basah dengan air mata. Gadis itu kelihatan sahaja kuat ternyata dia lemah.Syana... Aku tahu kamu butuh aku..tapi maaf.. saat ini tak bisa..


Jauh termenung lelaki itu.Kosong jiwa dirasakan. Dapatkah dia bertahan ? Huh satu ujian yang cukup kuat.Doanya dia tabah.

Buat apakah Syana tika ini?? Masih bersedihkah dia? Harap-harap dia ok.Ya! Dia pasti ok!.Erwanshah selalu mengharapkan senyuman Syana masih seperti pertama kali dia bertemu Syana. Senyum semekar sakura. Senyuman itu membunga dihatinya.Syana! Hariku tanpa senyumanmu bagaikan kurma tanpa manisnya. Bagaikan lebah tanpa madunya. Bagaimana hariku kelak tanpamu?? Ah! Tuhan sudah pasti tentukan yang terbaik untuk ku..Hanya doa..benar kata orang..jika kita sayangkan seseorang itu adakalanya lebih baik kita lepaskan ia pergi. Jika kita memang ditakdirkan untuknya maka dia akan kembali. Seperti burung yang pulang ke sarang.Sejauh mana dia terbang .Dia pasti akan pulang. Syana aku lepaskan kau kini bukan kerna tiada sayang tapi ..kerana terlalu sayang. Biar masa yang menentukan.Kita berhak memilih jalan.Tapi tuhan menentukan.aku hanya mengharapkan yang terbaik untukmu.

Satu jam saja...kutelah bisa cintai kamu kamu dihatiku..
namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup..

Hati sayu diulit lagu Saat Terakhir nyanyian ST12..terlalu hampir liriknya dengan hiduku..Erwanshah terus dan masih termenung. ..menunggu siang menjengah menunggu sinar mentari mengharapkan redha ilahi.
…...........

Warna itu terlalu pucat untuk wajah Syana. Syana menatap wajahnya sendiri.Kusam. Muram! Ya Allah betapa aku lalai dalam menguruskan diriku. Betapa aku terlalu menghayati dukaku. UjianMu kujadikan alasan menyekat hidupku.Dimanakah semangat seorang Syana yang selalu mengalir deras? Pasti Azilah sedih jika melihat aku sebegini.

Cermin ditatap lama. Yess!! Syana pliss kamu kena jadi lebih ceria.Lebih bersemangat! Lebih segala-galanya.Azi pergi dengan kehendak Allah ingat tuuu..Syana senyum..senyum semekar sakura!! Ah tidak!! aku teringat dekat dia. Mamoru!!! Syana sedey..opsss..senyum balik..Syana kuat ok!! Kau ada Aiman ingat tu.. Aiman Aiman Aiman....

time to mekap!!!! aha kasi tak pucat sangat. Natural sudah kan kan kan..

Bedak dicalit lembut.sedikit pelembab bibir digilap halus.Celak diukir perlahan menyerlahkan sedikit matanya yang sepet. Ha! Nice..baru chantek! Macam Song Hye Kyo je ahaha..heroin full house aha..sape la Rain kan?? Ceh perasan pulak! Aha takpe..bukan orang lain tahu..aku jerk kan kan..uhuuuu...sama-sama mengejar mimpi...sama-sama.....Bedebush!!

La sape jatuh bilik air tu?? Syana berlari keluar. Ya Allah Juniornya. Naridah!!! macam mana boleh jatuh??
“ Haha licin kak ngah basuh baju ni..”
“ Lain kali hati-hati..”
Bedebush!!..

“ Eh kak Syana apa pulak yang jatuh tu..??”
“ Jangan risau sayang..cawan je..akak selamat!! ehe..”


Aha..melihat gadis itu teringat saat dia tahun satu dahulu..dia sudah berkali-kali jatuh. Jatuh di Universiti Malaya ini sudah sebati dalam hidupnya. Jatuh! Jatuh! Kau buat kuterjatuh dan terjatuh lagi..
Uhu...saat untuk menjadi Syana yang dulu..yezz Yosh! Yosh! Yosh!

Perjalanan ke kelas.Hati gadis itu berbunga-bunga. Cuba memekarkan kegembiraan dihati. Mencambahkan gelora bahagia.Dia harus dan amat perlu. Walau ternyata payah. Tapi Syana perlu gembira. Ingat! Bahagialah..Azi pasti sedih jika Syana terus berduka.

Tet tet tet..hansetnya berbunyi.Seorang Aiman melayangkan mesej.

“ Salam Syana sihat?”
“ Salam , Syana sihat .Aiman??”
“ betol ok?? Aiman sihat je”
“ Kenapa ujian seberat ini??”
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya”
“ Syana rasa sangat lemah..rasa kehilangan sangat..sedih”
“janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang2 yang beriman”

Dupdapdupdap..Aiman benarkah?? Kata-katamu itu begitu menyentuh. Ayat mana yang kamu petik?? Ah! Aku begitu terharu sih..

“ Terima kasih!: Semangat Syana semakin pulih.”
“ Alhamdulillah”
Ops...Encik Monk ...erm Cik Nyet?? lama tak jumpe...buat apa kat situ?? Tunggu Syana ke?? uhu Syana nak pergi kelas kot..kelas tesis...wah!! dugaan memang dugaan.Syana hanya terjegat di depan pakar kolej.Kelemahannya! Dia amat takut dengan haiwan itu..Kalau dulu dia pernah diganggu..dan mujur ada Abang Hafiz..Tapi sekarang dia sendirian.Menoleh kiri dan kanan tiada orang..
aISEH..macam mana ni???Syana dah lambat kelas jam 9 kot..sekarang 8.55 waa.....
Dalam detik 9 tepat muncul seorang lelaki. Junior agaknya.Tanpa ada perasaan segan . Syana mohon bantuan.
" Dek..tolong akak boleh??"
Budak yang sedang Blurr tu pun menjawab dengan wajah penuh tanda tanya.
" Erm boleh tolong apa?"
" Ehe..teman akak jalan jap..akak takut monyet..ehe.. sorry menyusahkan.." Syana tersenyum..sebenarnya dia amat malu saat itu. Sudahlah lelaki itu tidak dikenali tetiba je minta tolong..wahahaha...segan kot..tapi demi kelas yang terchenta..uhu...
Maka berjalanlah Syana mengekori budak lelaki itu..Huh memang monyet jantan agaknya..kedua-dua ekor monyet menunjukkan wajah yang garang..mulut dinganga seakan ingin menggigit..
aaaa!!!!!!! Syana terjerit kecil.Tanpa sedar dia memegang erat beg galas budak lelaki itu.
"Sorry.."
" Takpe akak pergilah kelas...saya tengok dari sini.."
" Terima kasih..erm fakulti mana?"
" Oh..sains"
" Ok tq again.."
Malulah malu..malu..Alamak..lupe tanya nama dia..siapakah gerangan budak babyface tu?? uhu takpe Syana gelarkannya "Baby Comel"

Gadis itu tiba dikelas..uhu...masa untuk mengSILENTkan hanset..Syana fokus..Hargai masa yang ada. Masa tidak menunggu kita. Kita yang perlu mengejar masa.Menggadaikan masa untuk termenung begitu sahaja hanya membuang masa. Gunakan masa dengan hemah.Itu yang perlu.

No comments:

Post a Comment