Wednesday, May 2, 2012

Mamoruku murukuku episode 16: Menatap wajahnya yang “Kembali Senyum”


Mamoruku murukuku episode 17: Menatap wajahnya yang “Kembali Senyum”
Geram masih berbisa di hati Erwanshah.Sikap Syana yang berubah mendadak menyebabkan lelaki itu keliru.Dia mengalami kebuntuan.Mindanya tidak bisa mencerna situasi ini.Tidak dapat mengesan andai ada masalah yang menapak dalam diri Syana.Ditanya diam.Mahu dibuat apa lagi? Mahu aku menyiasat? Menjadi detektif seperti yang Syana lakukan dulu.Ah! Itu terlalu keanakan.Aku harus matang menangani situasi ini.
Kalau diikutkan hati yang marah mahu saja dibiarkan Syana begitu.Biar dia redha sendiri.Biar dia sendiri yang mencari aku.Namun kerana sayang, aku tidak bisa meninggalkan Syana dalam situasi yang tidak keruan ini…Syana…Syana…selalu sahaja menganggugugat keharmonian hidup Erwanshah.Tapi kehadiran Syana juga bisa buat Erwanshah bahagia..Ah! Diri makin rindu mahu melihat senyuman gadis itu.Bisakah??
XXxxxx
Syana memusing kepala ke kanan dan ke kiri.Matanya cuba ditutup.Namun tidak mampu tidur.Gelisah hadir.Rasa bersalah menerpa bertubi-tubi.Wajah Erwanshah datang menghampiri saban hari.Sudah 2 hari Syana mengalami keadaan ini.Pertemuannya dengan Erwanshah tempohari telah meninggalkan kesan kepada dirinya.Rasa diri terlalu kejam.Biarkan lelaki itu begitu.Soalan yang dilempar tidak basah dengan jawapan.Huh..Syana..Syana..
18 sept 2009
Aku sebenarnya masih lagi tidak memahami apa sebenarnya yang aku mahukan dalam kehidupan ini.Seringkali aku memikirkannya tapi aku masih tidak memperoleh jawapannya.Setiap kali aku memikirkannya sebenarnya aku hanya membuang masa. Matang atau tidak fikiran aku ,itu bergantung kepada bagaimana aku menyelesaikan masalah yang sedang aku hadapi.Sabar atau tidak aku bergantung kepada tahap kewarasan mindaku dalam meluahkan antipati pada perkara yang benar.Kalau aku fikirkan terlalu dalam mungkin akan merosakkan hatiku sendiri.Oleh yang demikian lebih baik aku hanya mengingati apa yang bermakna dalam hidupku tanpa menoleh kebelakang untuk melihat kegelapan hati yang penuh dengan kecurigaan .Aku hanya manusia yang lemah .Aku tidak mampu untuk mengelak daripada mengalami perasaan ini.Ah! Mengapa begitu sukar untuk aku memahami hati sendiri.Cerita aku bukan cerita rekaan.Bukan juga filem Heart versi malaysia.Tidak! Tidak sama sekali! Rasa benci ini terlalu asing pada diri kerana aku terlalu menyayangi mamoruku.Haruskah aku bertemunya ? Bertanya situasi sebenar.Gila apa??? Huh..Enggak mahu..biarlah…Biar tuhan yang tentukan segalanya..
Begitulah Syana.Dirinya terlalu degil.Keras hatinya sama seperti ayahnya.Bak kata orang kemana tidak tumpah kuah kalau tidak ke nasi..Mujur dia tidak mewarisi kekejaman ayahnya.Mungkin Syana kelihatan sedikit kejam terhadap Erwanshah namun situasi ini berbeza.Syana sendiri berkonflik dengan diri.Masih tidak mampu mengawal perasaan.Syana yang cemburu buta.Menuduh tanpa soal periksa.Dirinya juga merana…tidak..bukan dirinya sahaja..dia turut menarik orang lain juga..Mungkin Erwanshah juga turut terluka..
Hari-hari hidup Syana berlalu begitu sahaja.Tidak ada warna ceria yan mewarnai hidupnya.Dia lakaran indah yang bisa menenangkan hatinya.Salah dia juga.Jauh hati tanpa sebab yang pasti.Menjauhkan diri akhirnya derita begini.
Syana tekad.Dia perlu lakukan sesuatu.Setelah dikaji dalam-dalam baru disedari dan dia punya nafas baru.Mengelak bukan jalan terbaik.Berdepan biarpun sakit itulah yang sebaiknya.Mungkin dia harus seperti biasa sahaja dengan Erwanshah.Menjadi seperti dahulu.Tidak perlu dingin kepala angin.Ya..itulah jalan penyelesaiannya.Tidak perlu menyimbah minyak tanahl ke dalam api.
Ternyata petang itu Erwanshah dan Syana punya jodoh.Kedua-duanya kebetulan berada di dalam bilik VIP dalam jarak yang tidak jauh.Hanya dipisahkan oleh 3 buah kerusi.Masing-masing khusyuk melakukan tugasan masing-masing.Tekun.Masih dengan projek pantun.
Erwanshah sedar akan kehadiran Syana disitu.Ada getar yang mengalir saat itu.Dia mengharapkan Syana menoleh ke arahnya.Namun hampa.Syana langsung tidak menoleh.
“Syana..pliz…pandang sini..pliz…pliz..”Kata Erwanshah dalam hati dan serentak itu tiba-tiba Syana menoleh sambil menghadiahkan senyuman.Erwanshah kaget.Ops..Syana senyum??..Adakah aku bermimpi??Dia senyum pada aku..Rasa saat itu dia berada diawangan diapungan..
“Syana..jom makan..dari tadi tunggu saya kan?Jom..”
Erwanshah pelik terasa suara itu dekat dengannya…Huish..rupanya Aini ada dibelakangnnya.Huh! rupanya Syana senyum dekat Aini..Erwanshah kembali hampa..namun begitu dia sedikit gembira..Sudah lama tidak melihat Syana senyum dan hari itu dia bisa melihatnya..akhirnya Syana senyum..dan senyumannya itu nampak ikhlas..moga dia sentiasa tersenyum begitu selalu..
“ Abang Shah tak mahu makan sekali??”Aini mempelawa Erwanshah sekali.Ah! Alangkah bagusnya kalau yang mempelawa itu Syana.Kalau Syana yang ajak sudah pasti Erwanshah pergi.Walau pada hakikatnya Erwanshah sudah kekenyangan.Erwanshah pasti makan lagi kalau Syana yang mengajaknya.Kalau lah…Namun malangnya pelawaan itu daripada Aini dan bukan daripada Syana.
“Tak apalah abang dah makan.Kenyang lagi.Nanti Syana segan pulak kalau abang ikot.Aini pergi je la dengan Syana.Kesian Syana lapar…”Sengaja Erwanshah menjawab begitu.Sengaja mahu menarik perhatian Syana.
“Kalau Abang Shah ikot pun Syana tak kesah..kan Syana ..kan??” balas Aini.
“Ha?Abang Shah ? Kenapa dengan dia?”Syana tiba-tiba blurr.
“Le..Syana ni…Syana ok je kan ? Kalau Abang Shah join kita?”
“Ha??erm…yep ok je..”Jawab Syana.
“Erm..tak ape la…abg kenyang lagi lain kali ye dek..”ujar Erwanshah..Sebenarnya dia ingin sekali makan semeja dengan Syana tapi mengenangkan wajah Syana seperti tidak ikhlas mempelawanya..jadi tak ape la lain kali je…
Syana dan Aini berlalu ..Namun Syana kembali menoleh ke arah Erwanshah.
“ Abang Shah nak kirim apa-apa tak?? Syana belikan nanti.Air ke??Erm..”
“apa-apa je la Syana..”
“Ok.”Syana senyum.
Erwanshah sangat gembira .Syana tidak lagi dingin terhadapnya.Dia sudah melayan Erwanshah seperti sediakala.Tiada lagi masam mencuka.Huissh..perubahan mendadak juga ni..Kenapa ya Syana begitu?Dibiarkan persoalan itu bermain dikalbu.Erwanshah meneruskan kerja yang masih belum siap.
“Ainiiiiiiiii…tadi Syana senyum dekat dia..”
“What dia?? Maksud awak..awak senyum kat abg Shah? Le bukan saya ke??? Cehh…terperasan plak saya tadi”
“ Ye la..huhu dah lama Syana tak senyum..hehe..ni kes cemburu punya pasal..tapi sekarang dah ok..Syana tak kesah sape gadis baju ungu….Syana nak happy je sekarang ni”
“ Gadis baju Ungu?siapa dia?”
“Mana tahu..”
“Tak tanya??”
“Hello..Syana takkan tanya..sorry siket”
“Tak ape aini tanyakan…”
“Aini….”Syana mencubit lengan Aini..Padan muka! Hehe
Xxxxxxx
“Syana membelikan milo panas dan muruku untuk abang Shah. Syana tak beli makanan berat sebab abang kan kenyang lagi..tak ape kan”
Kata Syana sambil menghulurkan bungkusan minuman kepada Erwanshah.
"Muruku?" Huhu teringat Erwanshah peristiwa di Tasik Varsiti kenangan yang lucu dan cukup manis.Peristiwa itu tidak mungkin akan dilupakan.
“Cuci kain sampai bersih…hehe terima kasih”
“Cantik sungguh si rama-rama..huhu sama-sama”
“ Berhenti langkah di Abdullah Hukum,Syana sudah kembali senyum. Bagus la dah senyum.Lama bermuram.Kalau boleh Abang tak nak Syana masam-masam.Muncung panjang je ..tarek muncung baru tau..
“Yew..tak masam dah lepas ni”Syana tunduk malu.What?? Dia kate muncung aku panjang..Haih nak kena ni..watchaa kan..
“kalau nampak lagi muncung-muncung abang tumpang sangkut baju nak?.”
“Hehe..berani la sangkut Syana Watchaa kan”
Dalam fikiran Erwanshah dia sedang bayangkan Syana terbang dengan tendangan sisi..Haih…agak tidak manis kalau gadis seperti Syana berkungfu ala Jackie Chan..
“Hehe..jangan watchaa.. babap sudah..”


ikhlas nukilan,

2 comments:

  1. Salam

    episod kali ni memang menarik bagi orang yg berkaitan. huhu~~

    tak sangka isi kali ni yu banyak gunakan daripada apa yg berlaku realiti walaupun tak semua... ;p
    best best!

    jangan muncung-muncung lagi....
    ade yg nak sangkut baju free2 je nnt

    thanks utk episod kali ni, at least ade sambungan bagi konflik syana tu

    tapi...hehe...
    siapakah gadis berbaju unggu itu?

    episod seterusnya pasti jawapan utk kecemburuan syana tu...
    huhu...mcam la shah ni yg buat cite ni, harap penulis sudi bagi tahu in next epsode... :)

    all the best!
    ganbatte!

    ReplyDelete
  2. salam
    huhu menarik ke..sebenarnya episod kali ini yu dah banyak ubah..sebelum ni yu tulis syana still mengada ngan konflik dia sendiri tu..tetiba bile edit yu dpt idea bru..wewewe...so wat bru..wawawawa...mlas la episod yang cam sedey2 yu plak ikut sedih kang hahahaha

    sama2..thanks juga sebab sudi baca..hehe
    gadis baju ungu?? huhu ade le..wekwek..aritukan yu bg tau..

    ReplyDelete