Wednesday, May 2, 2012

Mamoruku Murukuku episod 24 : Adekku Punya Pacar!!



Mamoruku Murukuku episod 24 : Adekku Punya Pacar!!

Miaooo..Miaooooo...

Alamak ..hantu kucing ka??? Mama tolong!!!!!!!

Haih...akak ni..dengan kucing pon takut..ni Syaf la..

“hey bila balik Malaysia..adek ni suka suki je nak balik bila-bila..papa mama tau x?? Huh sah tak tau kan??”Syana melihat wajah adiknya yang selamba..haihh rasa nak cubit-cubit je pipi budak ni..
“Syaf ..sila letak kucing kamu dekat tempat lain..kamu tau akak TAK takut kucingkan..hehe”
“Hehe ni bukan kucing Syaf..kucing Tiqah..comel sangat Syaf pinjam bawa balik..”
“ Tiqah?? Sape tu??? haaaa...cepat citer..hey nak pergi mane tu?” Geram Syana dengan sikap adiknya yang buat tidak endah dengannya..Sudahlah balik tidak beritahu
“ Tadi suruh letak kucing ni dekat tempat lain..mana satu nak buat ni..”rungut Syafezrul Iman..

Sejuk hati Syana menatap wajah adiknya. Mengalir rasa kasih yang tidak terhingga.Hubungan mereka cukup unik. Bagai air yang mengalir setiap hari begitulah kasih sayang antara mereka.Biar terpisah seorang di Malaysia dan seorang di Indonesia. Mereka masih di benua yang sama.Walau berjauhan dimata tapi tetap dekat dihati.Sudah besar panjang adik dia kini. Seingatnya zaman kanak-kanak amsih segar bermain mesra diingatannya..Baru semalam dirasa mendengar tangisan Syafezrul akibat dicubit oleh kakaknya yang nakal...Ah! Zaman kecil bisa aja aku membulinya..kini masing-masing sudah besar....

“Akak..kenapa tengok Syaf macam tu??”
“ Erm..rindu la sayang..lama tak jumpa..”

Mereka berbual agak lama..mungkin melepaskan rindu dendam yang lama tersimpan.Sehingga jam 2 pagi masih terdengar deraian ketawa dua beradik itu.Lama rumah Hakem Mokhtar tidak bersinar dengan kehadiran anak-anaknya..Kalaulah mereka sekeluarga berada bersama.Pasti lebih gamat suasana.

“ Aha!! Adek akak sudah punya pacar..akak ingat cewek indonesia..rupa-rupanya..orang Malaysia juga ya selera kamu??”
“ Patriotik ni kak..semangat cintakan tanah air..Aha..nak buat macam mana..gadis Malaysia lebih menarik bagiku..Nuroll Atiqah Daud namanya..namanya semanis orangnya”
“ Cewah..ulat bulu dah naik daun..Syaf dah gatal sekarang ni..silap-silap kamu kawen dulu baru akak”
“ Eh apasal plak..bukan akak ni dah bertunang ke??”

Wajah Syana yang ceria tadi bertukar muram.Syafezrul merasa bersalah kerana kata-katanya tadi.
“ Tunang??Huh..”
“ Maaf...Syaf tau...akak masih tak dapat terima Abang Aiman kan...”
“ Entah Syaf..yang akak tahu..akak dah nekad..akak tak nak ikut telunjuk papa..masa depan akak biar akak yang tentukan..”
“ Maksud akak?”
“ Akak ada rancangan tapi buat masa sekarang biar semua reda dulu..akak tak mahu mencurah minyak ke dalam api..”
“ Syaf cuma harap semua keputusan yang akak buat..minta petunjuk Allah..pasti akak temui jalan yang terbaik..Takdir itu ditangan Allah..kita sebagai manusia perlu sentiasa berdoa agar takdir yang ditentukan untuk kita..adalah sesuatu yang mampu kita hadapi..”
“ Baiklah tuan Ustaz..Syaf juga kena bantu akak..tegur andai ada silap..jangan biar akak terkeluar daripada landasan yang sepatutnya..ialah manusia sering khilaf..terutama saat tertekan..akak takut akak macam tu..”
“ InsyaALLAH..kita akan saling menjaga antara kita..Syaf doakan akak memperoleh kebahagian..amin”
“ Ok tukar mood..tak mau sad story ok??”
“ Bukan Cik Syana yang mula dulu?”
“ Whatever..yang penting esok bawa akak jumpe Nuroll Atiqah Daud tu..nak interview dulu..bru boleh jadi pacar kamu sih!”
“ Eh lelebih plak..”
“ Ok Good Nite!..dah pegi tido..”
…..............
Erwanshah mengambil kunci motornya.Motor dibawa penuh berhati-hati. Susur ke kolej dua belas..Dalam perjalana dirasa tidak enak ..Ada kereta mengekorinya..

ish..apa lagi ini??

Kereta itu memecut..Erwanshah juga memecut.Dalam halaju yang berbeza akhir Erwanshah kalah.Kereta warna merah itu menghalang perjalanannya..dia terjatuh..Sedikit luka..dia men cuba selamatkan motor kesayangan ..namun hampa..dirinya ditarik kejam oleh empat lelaki yang tidak dikenali.Erwanshah ditumbuk bertubi-tubi diperut.Dimuka..Satu pertarungan yang tidak adil..empat melawan satu..

“ kamu sape hah??”
“ Hoi budak hingusan!! Kau jangan kacau Syana lagi..kalau tak lebih teruk daripada ini yang kami mampu lakukan..” Mereka terus membelasah Erwanshah dengan teruk. Sambil mengacukan pistol.
“ Jangan harap !! kamu sape nak halang aku dengan Syana??”Pistol bukan senjata yang boleh melemahkan semangatnya. Erwanshah cukup kuat untuk berhadapan dengan musuh tanpa diundang. Datang hanya mengundang malang.Tidak kenal kah aku?? Jaguh silat seantero dunia..ehehe..belagak plak..
“ Banyak mulut pulak”
Bedebush!!! Satu sepakan hinggap diwajah malang Erwanshah.. Terpancut darah merah daripada mulut .Wajah lelaki itu sudah bermandikan darah sendiri. .

Erwanshah yang tersungkur bangkit walau diri ternyata lemah. Syana.. “ Aku pasti berjuang!!”

Dia menarik nafas dalam-dalam.Cuba mengumpul tenaga melawan lelaki-lelaki kejam dihadapannya. 4 orang? InsyaALLAH berkat pertolongan tuhan pasti akan aku tewaskan..

“ Bismillahirrahmanirahim..iyahhhhhhh...”

Gerakan pertama tumbuk kanan dan kiri ....Kaki dibuka menumpukan kekuatan pada tangan. Tumbukan hikmah pasti melayang mesra ditubuh tegak hadapannya. Kesakitan tadi bagai sudah hilang. Percikan darah yang sudah sebati ditanah dibiar. Sakit tubuh dia rela..namun tidak sanggup hati tercalar disuruh menjauh dari Syana.. Maaf aku tidak tegar melepaskan Syana..Kalau aku boleh berjuang deminya itu pilihanku.Tuhan bantu pasti bantuku!! Keyakinanku tidak akan runtuh.!! Dunia tidak akan maafkan aku jika aku lemah . Lelaki itu aku! Maka aku perlu !!..

Seterusnya dihayun tumbuk tapak harimau bertubi-tubi ke arah penjahat yang mengelilinginya.Tubuh mereka tertujah sedikit belakang. Namun mereka masih tidak goyah.Masih cuba bertahan .Senjata masih ditangan. Mereka masih berani. Masih dan masih!

Iyah!!!!!!!! Kaki dihayun! Sambil badan dilayangkan sedikit keudara. Keempat-empat manusia kejam tadi tersungkur.Jatuh serentak.Pistol dan pisau ditangan tercampak jauh.

Erwanshah menyeka peluh yang memenuhi wajah.

Erwanshah ..tenaganya makin kurang sudah banyak dihabiskan untuk menumpaskan musuh yang datang bertandang..Saat untuk berehat..Tapi sayang matanya lelap..dia jatuh..

Xxxx

Syana seronok mengenakan Syaf dengan Tiqah..Pasangan cocok bangat tapi terlalu muda.Masih belum boleh dilepas tanpa kawal. Anak-anak muda zaman sekarang bukan boleh percaya. Diberi bebas lain pula yang jadi. Sudah lah kes di dada akhbar macam-macam mengaitkan anak muda generasi harapan ini.Cerita negatif pula.Ngeri membacanya. Ah! Mohon jauh daripada keluargaku. Syana yakin Syaf anak dan adik yang baik.. Haha.. aku membebel mengalahkan orang tua..bukankah aku anak-anak muda jugak! Aha..Syana kamu pon sama..jaga diri ye..Haih...

“ Ha..nama Nuroll Atiqahkan??? Macam mana boleh kenal dengan budak busuk ni?”
Syafezrul menjeling kakaknya..Siap kamu balik umah..abis la..busuk ye..cam dia wangi je..wek.
“ Ye..Nuroll Atiqah Daud..erm aritu tiqah sesat dekat Masjed Jamek. Terjumpa Syaf ..dia yang hantar tiqah balik ke rumah kakak dekat Shah Alam”
“ Kamu percaya lelaki yang baru kenal??”
“ Erm tak..mula-mula Tiqah takut tapi dari air muka syaf dia nampak baik”
“ Aha..muka je baik..sebenarnya memang baik pon..dah tiqah..jangan la macam takut-takut ngan akak..akak sporting lorh..nak pergi jalan-jalan sama-sama pon boley..xyah ajak Syaf..ajak akak je..xelok keluar ngan lelaki..”
“ Ek..eleh...dia keluar ngan ehem tu takpe plak....kami tak boleh”
“ Ello ustaz..bukan keluar..Terkeluar..aha..ehem sangat kan...”

Di sisi lain Syana berasa hatinya sakit.Bagai ditoreh-toreh.Perit.Sengaja berpura-pura ceria depan Syaf dan tiqah.Tidak mahu pertemuan pertama dengan bakal adek ipar menjadi pertemuan yang tidak indah.
Jantungnya berdenyut tidak seimbang. Petanda kurang baik barangkali.Haihhhhh kenapa ni wahai tubuh..pergerakan darah bagai tidak lancar. Nafas tidak sempurna.Petanda apakah ini???..Saat ini Syana tidak sedar.. Erwanshah diambang bahaya gara-gara dirinya Erwanshah mungkin kehilangan nyawa.

…..

Sudah 4 hari Erwanshah tidak menghubungi Syana.Puas ditelefon tapi tidak diangkat. Syana tidak senang Erwanshah hilang tanpa khabar. Janji mereka mahu berdepan papa dan mama..nekad mahu berjuang. Tapi semua itu hanya omong kosong.. Syana benci Erwanshah..Benci..saat genting menghilangkan diri.. Ah! Pengecut apa??? Mamoru!! Kenapa buat Syana macam ni..sedih tau...nampaknya mungkin takdir Syana dengan Aiman..tapi Syana nak kamu!! Mamoru..

Huh! Macam mana kalau terjadi apa-apa dekat Mamoru?? Syana plizz jangan salah sangka..Selidik dulu..Mungkin dia ada probs..tapi tak boleh bagi tahu Syana..Percaya pada Mamorumu.. “Love Is Trust!” Yeah Love Is Trust!! Hahhahah bukanlah LOVE IS CINTA.. uhu macam tajuk citer plak..




No comments:

Post a Comment