Wednesday, May 2, 2012

Mamoruku Murukuku episod 25 : Adekku Punya Pacar 2 :Love Is Cinta

Mamoruku Murukuku episod 25 : Adekku Punya Pacar 2 :Love Is Cinta

Erm..Yeah Love Is Cinta..Ada apa dengan Cinta?? Perlukah aku melaung Eiffeil im in Love?? What?? Uh! no no no..perlukah saat ini aku sentiasa ingat tentang dia?? Perlukah selalu kuucapkan ayat-ayat cinta kepadanya??? Erm ..ketika cinta bertasbih?? Adakah dapat kurasakan sucinya cinta?? Hah hari ini aku dilanda perasaan jiwang yang melampau..Gara-gara kamu Nuroll Atiqah Daud...Bisa aja aku jadi angau..Huh siapa bilang gadis melayu tak menawan..uhu benar kata Jamal Abdilah...Gadis melayu memang menawan ..sehingga mampu menawan hati keras jejaka kacak sepertiku..Heheh..perasan pulak..

Erm kenapa aku lihat Kak Syana lain? Ada sesuatu bermain difikiran kakakku itu.Erm..dia tak suka Nuroll Atiqah ke?? Mustahil..tadi mereka mesra bangat?? aH! Apa ya???Pasti pasal Aiman..kalau tidak..Pasti Erwanshah punya angkara.Yah! Masa untuk sesi soal jawab. Siap Kak Syana kata aku busuk ye?? Padahal dia yang suka membusuk .

“ Haih kakak yang kuat tido..baru nak jadi wartawan tadi..takpe..esok masih ada...” Syafezrul Iman keluar daripada bilik kakaknya. Syana kelihatan penat. Tidur dengan wajah yang cukup stress. Entah apa yang mengisi tidurnya.Mungkin mimpi ngeri atau?? Huh..enggak mahu menebak ..

“ Salam Sweet -Heart! Syaf dah nak masuk tidur ni..Ingat tiqah..saje mesej”
“ Salam kembali Heart -Attact!..Kim salam dekat Kak Syana seronok jumpa dia tadi..comel ye kak Syana tu..”
Tersenyum Syafezrul..ada ke patut dia panggil aku Heart Attact..ADush!! Bisa diserang sakit jantung gini deh!! Ada-ada aja kamu ni Nuroll Atiqah!..
“ Hai..kita ingat dia..dia ingat Kak Syana plak..ok nanti Heart Attact ni kasi tau Kak Syana yang tiqah kim salam”
“Mestilah..buat apa ingat Syaf..kalau kamu sememangnya dihati .”
yEss!! YeSS!! kAmu memang membuatkan aku bahagia Nuroll Atiqah Daud..Rasa macam tak boleh tido ..nak pitam pun ada.. Syaf cover..kamu tu lelaki macho..eehe..

…...........

Puas dirisik-risik teman rapat Erwanshah.Ternyata semua tidak ketahui kemana menghilangnya Mamoru Syana itu. Wajah Syana sudah seperti cekodok. Monyok memanjang. Kehilangan Erwanshah menyumbang kepada kemuramannya.Menawarkan senyumannya..Siapa sangka pengaruh lelaki itu cukup hebat dalam hidup Syana. AH! Abang Syafiq.Ezwansyafiq..mungkin tahu kemana Abang Shah.Minta pertolongan Syaf.Yeah!! Good Idea Syana!.

“Kenapa Enggak bilang awal sih?? Kapan Abang Shahnya hilang?? Oh patut lah akak semacam je..Pasal dia rupenya..”..
“ Masuk hari ini dah 6 hari..akak bingung tak tahu dia kemana.. risau bangat sih?Plizz contact Abang Syafiq tanya..”Syana membuat muka teduh.Meminta Syaf segera menghubungi Abang Syafiq...
“ Baiklah ..”
“ Toche sayang apa-apa nanti roger akak k”

…........

Salam diari..

sudah lama aku tidak menulis.Sudah banyak isi hati aku menjadi abu begitu sahaja.Aku lepas segalanya.Syana Safiyyah fikirannya hanya Erwanshah. 7 hari lepas aku masih menatap wajahnya.Masih mampu melihat senyumnya. Dia lelaki yang bisa mewujudkan senyumku tapi kini dia rampas senyumku.Aku yang tanpa segaris senyum pun. Hari itu berlalu dengan begitu pantas sekali.Belum puas kutatap wajahnya.Mampukah aku bertahan ?Ah! tidak.Aku tidak sanggup berjauhan dengannya walaupun senafas.Hati terlalu pekat dengan kerinduan.Mamoru kemana kamu sih?? Kangen bangat sama kamu!!

Mengalir deras air mata Syana. Dia tidak pernah merasa seperti ini. Kalau dulu Erwanshah menjauh Syana yakin lelaki itu pasti pulang ke sisi.Erwanshah tidak mungkin tegar biarkan aku sendiri.Syana masih ingat kata-kata Erwanshah dan akan sentiasa diletak dalam hati.

“Andai diberi duit berjuta.Emas menggunung dan Syana sebagai cagaran abang rela kehilangan semua itu ..tapi tidak Syana..Ingat walau apapun terjadi..selagi ada nafas..InsyaAllah abang akan jaga Syana.Tidak akan tinggalkan Syana..”
“ Promise?”
“ yUP !! pROMISE dek!”
“Uhu suka!!!Horaayy..” Syana menjerit lagak anak kecil..
“ Syana ni..macam budak kecik..baru nak jadi romantik..tetiba Horay plak..nakal..”
Syana lorh..terima ajalah..ahahahaha..

…...........

Lepas!! Lepas!! Erwanshah menjerit. Dirinya diikat berkali-kali dengan tali. Peluh dan darah mengalir sama banyak. Kejam! Angkara siapa menyakiti lelaki tidak berdosa itu.Erwanshah cuba mengingati.Menyelak satu persatu kotak memori. Siapa musuhnya? Erm..teringat dah!!!!!!Surat sampul Ungu...notice ancaman!!! Bagaimana aku boleh terlupa!

JANGAN GANGGU SYANA..AMARAN!!!!

=namia=

Ah!!! Siapa Namia??? aku tidak kenal. Apa kaitannya dengan Syana?? Huh!! Aku tidak faham.

Sekarang ini pasti Syana sedang risau dengan aku. Aku cukup kenal dengan gadis itu.Pasti dia dapat rasa aku dalam kesusahan.Pasti sekarang dia sedang menangis!! Ah! Janjiku..Syana maaf. rwanshah memejamkan mata. Dia tidak dapat meneka dengan lebih jelas keadaan Syana..sihat ke?? Sudah makan ke?? Jangan-jangan Syana makan muruku lagi.. Kalau dia pengsan lagi..siapa akan selamatkan? Mohonku dia sentiasa sihat..Ya TuHAN..kuatkan semangatku..berilah bertolongan pada hambaMu ini..

Fikiran masih dihurung oleh surat ugutan itu.Pasti datangnya daripada Aiman.Pertama kali melihatnya aku sudah bisa mengagak dia punya muslihat! Ada agenda tersembunyi. Tunang Syana yang menjadi bayang hitam yang mencengkam.Bayang yang sentiasa mengekori.Mendekati tika aku lemah!! Cis!! Lelaki itu tidak pantas buat Syana..Tidak layak walau sezarah untuk menjadi tunangan Syana. Namia?? Aiman? Pasti! Gerak hatiku begitu.

Erwanshah memandang keliling.Gelap. Huh ! Tempat apakah ini?? Huh Lapa!!! perot tolong tahan ok??
Erwanshah cuba mencari akal. Dia mesti segera bebas. Tidak sanggup berlama disini. Marah ..Erwanshah semakin marah. Angkara siapa ini?? Aiman jika benar tekaanku.Akanku persiapkan diri ini untuk menentang kamu habis-habisan. Duniaku bukan dunia superhero seperti kartun atau komik. Tapi realiti. Yang pasti aku akan jadi superhero dalam kesahku ini.Percaya atau enggak aku semakin yakin diri. Ini Erwanshah..jangan main-main sama aku!

“ Woi!! pengecut ..keluar kau sekarang. Pengecut!!!! Keluar kau!!!”
Hampir kehabisan suara Erwanshah.Dia cuba memanggil-manggil tapi tiada susuk yang keluar. Dis sendiri.Di kawasan sunyi. Sepi. Seram. HUH!
…..................

“Biarin gue milih..baju biru itu lebih cocok buat kamu!!”
“ Tapi tiqah suka pink..pink cantik kan??” gadis itu menegrut kan wajah
“ Biru....pink enggak cantek buat kamu..serius sih!”
“ Huh!Kak Syana biru ke pink sesuai untuk tiqah??”
Syana menoleh..lalu menjawab..
“Erm..hijau kot..”

“Adeh kak Syana ni..orang tanya pink ke biru..tiba-tiba hijau..aiseh...rosak rosak...sudahlah adik mahu dating dia datang sekali..Kacau daun betol.. “getus hati Syafezrul.

“ Syaf jangan ingat akak tak tahu kamu kutuk akak ..hijau memang cantek..lembut je..warna alam tu”
“ uhUK..Uhuk mana ada..akak ni.Ha..akak Abang Syafiq kata dia pun tak tahu..Abang Shah dah lama tak menghubunginya..”
Syana hampa..kemana arah dan jalan harus dituju lagi..aku mahu kamu!!!
…....................


Prittttt Prottttt...adeh perot lapar lagi deh..haiyahhh mane muruku ni...erm..Yosh!! jumpe pun uhuuuu..

Ngap!! Murukuku enak hingga menjilat jari..Mamoruku Murukuku kemana kamu sih!!!.. Syana ada dapat getaran kurang enak..Pasti ada sesuatu terjadi pada kamu. Mahu repot sama polisi..AH! Aku ini siapa?? Erm..pusing..pusing bangat ..1,2,3..yes!! telefon berbunyi pasti Erwanshah!!..Syana tau tu......

“ Mamoruu kangen sama kamu!!”
“ Ha?? Syana kangen sama Aiman..ye ke ?? Macam tak percaya.”
Ceh perasan pulak mamat ni..Mamoru ok bukan kamu..jangan nak perasan tahap gaban tak ade sape rindu kamu yerk!!
“ Aha maaf ingat kawan Syana tadi..”
“ Erm kalau rindu cakap je..jangan malu..lagipun kita kan tunang..apa salahnya kalau rindu”
Uwekk!! aha!!!!!!!!!!!bertambah loya tekakku le...udah—udahh..baik matikan …
off hanset kan senang..
oh no no no..on blik..nanti mamoru call macam mana???
cis 12 miskol daripada Aiman ...huh..sorry Syana memang bukan tunang or gadis yang pantas untuk berada disisi kamu Aiman.Kita jauh berbeza...Maaf Syana bukan sengaja mahu begitu kejam dengan Aiman.Tapi Syana tak mahu Aiman menaruh hati pada Syana.Biar Syana layan kejam sekarang. Biar Aiman faham.Aiman sememangnya perlu faham.Aiman terlalu baik..Syana tak layak ...sebelum kita lebih jauh baik putus sekarang...soal hati dan perasaan bukan mainan.Bukan seperti bola yang boleh disepak-sepak.Huh sentimental pulak aku malam ni..rasa mahu menulis puisi...ya puisi untuk Erwanshah.

tika tiada kamu
kosong..
segenap hidupku ini bagai tiada erti..
waktu terhenti.menanti kamu pulang ke sisi
lalu aku letih..
aku tidur.....

Ternyata gadis itu tidur.Ditemani puisi buat orang yang diingati Mudah benar gadis itu tidur.Berbantal lengan.Pasti bila bangun..kebas..Syana..Syana...

No comments:

Post a Comment