Mamoruku Murukuku episode 31 : Something About 1 %
Yess!! Believe Mamoru! Sehingga sekarang
satu-satunya lelakinya yang dia percaya selain ayah dan adiknya adalah
Erwanshah. Entah, setiap apa yang diucapkan lelaki itu dirasakan tulus. Wajah
lelaki itu terlalu baik untuk dicurigai.
Syana mahu ke bank Cimb dia melalui depan dewan
peperiksaan lalu singgah di Rumah Universiti. Ah ..kenangan lagi!! Dush dush..
XXXXXXXxxxxxxxxxxxxxx
Tengahari itu , Syana dan Mamoru makan bersama di
Rumah Universiti.Tanpa dijangka mereka terserempak dengan pensyarah yang
mengajar Syana iaitu Dr Nas. Jantung Syana berdetak tidak keruan. Tidak enak
iramanya. “ Alamakk..awat le..terjumpe Dr Nas waktu-waktu cenggini..dengan
mamoru plak..dush dush”Sempat dilayangkan “ Peace “ dan senyuman kepada Dr Nas
sebagai tanda sapaan. Tempat duduk di Rumah Universiti penuh . Meliar Syana
mencari tempat kosong dan memang ditakdirkan mereka duduk semeja dengan Dr Nas.
“ AHA.. sini je kosong ..nak wat camne..” Syana mengeluh dalam hati.
Tengahari itu, Syana, Erwanshah dan Dr Nas makan
bersama satu meja. Pelbagai topik perbualan keluar. Alhamdulillah Dr Nas
sememangnya seorang yang seronok untuk diajak berbual.
“ Aha tak sangka jumpa Dr Nas..baru je cakap
pasal dia tadi. Cuak gila Syana”
“ Cuak kenapa pulak???”
“ Ye la segan dia nampak kita..aha..jantung Syana
ni dupdapdupdap..xsedap je rasa..ahaha” gadis itu ketawa kecil.
Erwanshah tersenyum sahaja melihat gelagat Syana
yang gelabah bukan main bila terserempak dengan pensyarahnya.
“ Masa jumpa Abang 1st time dulu…Syana
rasa apa??”
“ Erm… tak ingat la..masa tu kan Syana
pengsan..aha..dah..dah jangan cakap mende tu …cam malu je ingat balik” Syana
tertunduk malu tidak berani mengangkat muka..aha!!
“ Ala tak jawab soalan”
“ ok fine..ade la rasa,..something about 1%”
“ Asyik something about 1% je..Aha ada tak rasa
tu macam jumpe Dr Nas tadi??”
“ no komen…” Syana melarikan diri ke tandas.. Aha
ada ke patut tanya soalan-soalan macam tu dekat Syana?? Bukan Syana ke patut
tanya soalan tuh?? Mamoru nakal….dush2
Syana menilik wajahnya di cermin.. Alamak
kelihatan kemerahan. Perasaan malu masih menguasai wajahnya. Arrhhhh..segan la
nak keluar macam ni…
xxx.xxxxxxxxxxxxxxxxx
“ Hello..Hello..”
Telefon Syana berdering lalu menghentikan
lamunannya iaitu kenangan bersama Erwanshah.Erwanshah
telefon…arghhh…lihat…jantungmya sudah tidak keruan.Nafas tidak tenang. Darah
turun naik. Segala perkara aneh berlaku. Begitulah keadaan Syana bila munculnya
Mamoru. Walaupun melalui telefon..Kehadiran Erwanshah seakan begitu dekat
sehingga menimbulkan situasi begitu kepada Syana. 3 kalI Erwanshah menelefon
tetapi satu panggilan pun tidak diangkat oleh Syana. Dia tidak berani.Tangan
dia tidak kuat dan masih bergetar sehingga sekarang.
Kenapa Mamoru telefon?? Setelah lama menyepi
sekarang baru ada reaksi?? Ah!!! Sesuka je nak telefon bila-bila masa…jap..jap
betul ke dia?? Nombor telefon ni memang betul…Aduh! Pusing bangat. Syana tidak
tahu harus bagaimana . Dia tidak tahu patutkah dia mengangkat panggilan itu.
Jauh disudut hati dia teringin benar mengangkatnya. Rindu pada suara
Erwanshah..tapi apakan daya dia juga punya ego seorang gadis yang tinggi.
Lagipun dia benar-benar perlu menjauh daripada lelaki itu. Maafkan Syana…
Syana mematikan telefon bimbitnya, lalu
disorokkan dalam beg. Dia takut. Dia akan lemah lalu mengangkat panggilan itu.
Ya, Aku harus kuat. Selesai urusan di Cimb Syana mengatur langkah ke
Perpustakaan Utama memulangkan buku yang
dipinjam beberapa hari lalu.
“ Syana!”
Farah sahabatnya memanggil, lalu Syana berjalan
ke arah Farah.
“ Awak dah jumpa Sensei??”
“ Ada apa ? Sensei nak jumpa Syana ke?”
“ Awak tak tahu lagi ke yang?” Farah meletakkan
tangan di bahu Syana.
Syana mengangkat kening. Tanda tidak mengerti .
“ Awak , saya dan Dhomir dapat pergi Japan.
Sambung study!!”
“ betulkah?? Ya Allah Alhamdulillah… Jom makan?
Syana lapar..ehe..Ops..jap..nak call papa dan mama dulu..”
Kedua-dua gadis itu jalan beriringan ke café
Fakulti Pendidikan. Ternyata Allah sudah mengaturkan sesuatu yang lebih baik
buat Syana. Peluang melanjutkan pelajaran di negara matahari terbit itu
benar-benar diluar jangkaannya.Namun dia bersyukur sangat kerana dia antara insan
bertuah yang terpilih . Terima kasih
Allah. Gadis itu mendongak ke langit.
Dia tersenyum bahagia. Air mata mengalir tiba-tiba.Segere dilap..bimbang dilihat oleh Farah. Sekarang dia sedar, jika
satu pintu tertutup pasti ada pintu lain yang akan terbuka ..ya..dalam hidup
kita memang macam tu yang penting kita tidak boleh putus asa. Ya Syana.gambaru!
gambaru!..Tiada perkataan kalah dalam hidup Syana. Rebah? Apatah lagi. Sebagai
gadis dia perlu tabah! Segalanya berserah pada Allah.
Di café mereka berdua mencari tempat duduk yang
agak jauh. Privacy!
“ Eh, awak ada ajak Dhomir tak?”
“ Mestilah ajak.Gila tak ajak budak tu..nanti
muncung 3 suku pulak”
“uh?? Muncung macam itu pun adakah?”
“mestilah..awak ingat muncung cik Syana yang
boleh sangkut hanger tu je?”
“ Amboi..pandai kenakan orang….eh jap jap awak
ngan Damir tu ada apa-apa ke??”
“Ada..erm…something about 1%..” Farah memandang
Syana nakal.
“Cis!” tangan Syana singgah di peha Farah.
Temannya itu telah membuat dia senyum sekarang. Senyum tanpa henti.Hampir
ketawa terbahak-bahak..(tapi ditahan) kata perempuan melayu terakhir kenalah
sopan kan..kahkahkahkahkah( boleh tak ketawa macam ni dalam hati??)..
No comments:
Post a Comment