Wednesday, May 2, 2012

Mamoruku Murukuku episod 27 : Sayang Azilah : Perginya Seorang Sahabat


Mamoruku Murukuku episod 27 : Sayang Azilah : Perginya Seorang Sahabat

Satu persatu badai menghempas Syana.Ombak hati terasa pedih. Ujian demi ujian menjadikan Syana seorang yang lebih tabah. Seorang Syana masih lagi mampu senyum dalam deraian air mata. Janjinya pada diri. Akan tetap senyum walau Erwanshah tidak berada disisi. Dia masih benci Erwanshah. Sangat membenci. Sehingga beban perasaan ini terasa mencenggam hati. Sangat sakit.Syana manusia pembenci sekarang.Benar kata orang perbezaan antara sayang dan benci tipis bangat.Senipis kulit bawang. Sehingga kadangkala tidak dapat dibezakan. Begitu mudah sayang merubah benci. Nilai detektif dalam diri sudah kosong. Syana tidak mahu menyelidiki apa lagi.Apa luahan Erwanshah itulah fakta yang akan dia terima. Dia percaya diksi indah yang keluar daripada bibir seorang Erwanshah.

Bosan?? Ya. Hubungan kita memang membosankan. Aku manusia yang membosan dan menyusahkan kamu.Namun aku tidak pernah kesal kenal sama kamu. Kamu membuatkan aku lebih berhati-hati untuk bermain-main dengan hati. Kamu pencuri hatiku yang telah menghumban hatiku ke belukar. Hatiku sudah tercalar duri. Lukanya amat. Kamu kejam Erwanshah!!! Kejam!!!” Syana menumbuk-numbuk tangan halusnya ke meja. Meja tulis menjadi mangsa amarah Syana. Tebayang wajah Erwanshah di meja itu.Tasik air mata sudah kontang. Tiada air mampu mengalir deras lagi. Matanya bengkak. Sudah tidak enak untuk ditatap. Merah menyala. Sedih bercampur marah ternyata warna merah matanya amat membelah nurani insan lain yang tatapinya.

Syana dah balik??”

Dia merenung katil sahabatnya . Kelihatan Azilah sudah terjaga. Ah mungkin hentakan pada meja menjadi alarm sehingga azilah terjaga..mAAF..Erm.baru teringat.... Azilah demam..sudah hampir 2 minggu. Aku pula terlalu sibuk dengan kuliah dan projek. Semester ini waktu bersama Azilah agak terhad.

Azi..bangun....Azi demam lagi ni..Jom la pergi klinik..Syana dah tak ada kelas dah ni..”Azilah masih mengkakukan diri.Syana mendekati Azilah..

Tangan Syana menjamah wajah Azilah. Panas. Wajah sahabatnya kelihatan tidak bermaya.Tubuhnya juga panas.Risau melingkari diri. Ya! Allah ..Ada apa dengan sahabatku ini???

Azi..makan ye..”..Azilah menggelengkan kepala lemah. Dalam keadaan tidak bertenaga begitu dia masih degil. Enggan makan.

Azi tak ade selera”
Tapi Azi kena makan juga..jangan macam tu ye..Syana dah tapau makanan untuk azi...”Syana cuba memujuk lembut. Kesedihan dia terhadap mamoru sudah bisa diketepikan seketika. Sahabatnya penting saat ini.

Azilah tetap berdegil.Dia juga enggan turun daripada katil dua tingkat itu. Hanya terbaring.Terbaring hampir dua minggu..hanya sesekali boleh dilihat Azilah bangkit membersihkan diri. Dengan kudrat terhad digagahkan. Ya ! Allah. Amat risau melihat sahabatku ini..

Azi kena lawan ye??..kalau tak bila Azi nak sihat”
Azilah membuka mata.Lalu pinta Syana mengambilnya air.
Ambik air untuk Azi..”
Air?? Itu sahaja makanan Azilah dalam tempoh terbaring begitu. Maaf Azi Syana bukan sahabat yang baik. Tidak mampu menjaga Azi ..Maaf”..
...........

Syana bangun! Bangun! Tengok Azie dia menggeletar tu...”
Astaffirullahhal'azim...Lina...Syana tertidur tadi..” Syana bangkit dalam keadaan mengejut.Tubuh Azilah menggeletar.kelihatan dia baru usai solat Asar. Dia terbaring lemah atas sejadah. Ya Allah. ..Mereka berdua berada disisi teman rumate mereka.
Azi..kita pergi ppum ye??? Jom la Azi..badan Azi dah menggigil ni”
Azilah yang masih menyarungkan kain telekung bersuara dalam nada lemah..
A..zi sejuk..se..juk..dalam...tak..pa..tak pa..yah per..gi..ubat A..zi ada lagi..”
Lina.. menyentuh tubuh Azilah. Ya Allah panas! Tapi dia kata dia sejuk dalam tadi..seram sejuk dibuatnya. Belum pernah mereka melihat Azilah dalam keadaan sebegini. Masing-masing cemas dan tidak dapat mengawal perasaan.
Syana!! Macam mana ni..”Lina kelam kabut. Situasi itu sangat sukara baginy. Lina mengambil selimut untuk memanaskan tubuh Azilah.
Kejap..Syana buntu juga ni..kol Zuhra..Mida....Kita berdua tak mampu hadapinya..”
Ok! try kol penyelia mintak tolong hantar ke PPUM..Lina kol dorang semua.”

Dalam sekelip mata semua berada di depan mata..Azilah masih lagi cuba dipujuk oleh Zuhra dan Mida untuk ke hospital.Akan tetapi Azilah masih enggan.

Syana segera menelefon Abang Hariz .Penyelia kolej untuk segera menghantar Azilah ke Pusat Perubatan Universiti Malaya

Korang siapkan Azi..15 minit lagi abang Hariz sampai.Dia pergi amik kete master ..cepat.. Azi dah teruk ni..”

Ya Allah murahnya aku dengan air mata. Aku kira tasik air mataku sudah kontang.Ternyata butir jernih ini mengalir lagi. Syana tabah!! Kena kuat...Jangan menangis depan Azi..Azi... Syana Sayang Azi..

Azilah segera dipapah ke lobi menunggu kedatangan Abang Hariz..Dalam detik itu debar hati masing-masing sudah sampai ke kepala. Naluri seorang sahabat diambang kerisauan.

Ya Allah selamatkanlah sahabat kami.c

3 bulan kemudian...

Salam. Nak bagitahu harap jangan sedih. Azi dah takde..Azi dah takde..Dia baru je pg.Doakan moga rohnya dicucuri rahmat.”

Innalillah....”

Terjatuh duduk Syana di hadapan pintu biliknya.Hal ini tamparan hebat baginya. Seorang insan yang disayangi akhirnya pergi menghadap Ilahi. Semalam masih segar. Dia baru sahaja melawat Azilah semalam.Wajah Azi masih harum dalam ingatannya. Dia masih dapat rasa kehangatan tangan Azilah semasa menggenggamnya semalam. Hari ini Azilah telah pergi.Pergi menghadap tuhan yang maha besar.Pergi buat selama-lamanya.Pergi tinggalkan semua..Tinggalkan Syana... Azi Syana sayang Azi..

........

Assalamualaikum..Azi Syana datang ni...Maaf hampir seminggu tak lawat Azi..dah nak 3 bulan Azi dekat sini..Azi bila nak sembuh ?? Kami semua rindu Azi.. Rindu sangat.. Lina, Zuhra..Mida..rindu sangat Azi...dorang semua tak dapat lawat Azi..mereka duk jauh..Syana mujur duduk KL bolehlah lawat..

Esok pagi Azi akan di transfer ke kedah..Lepas ni Syana tak boleh lawat Azi lagi..Tapi tak apa..InsyaALLAH ada rezeki..kita masih boleh jumpakan?? Aminn..”

Syana memegang tangan Azilah. Tangan itu sudah kurus. Kulitnya sudah kesat. Kasar. Tidak lembut seperti sebelumnya. Wajah sahabatnya juga sudah berubah. Tubuhnya apatah lagi. Azi benar-benar kurus! Sangat kurus. Wajahnya sudah seperti orang lain..

lama berdiam Syana menyambung bicara. Dia mahu menghabiskan masa lawatan yang ada. Esok entah dia mampu menatap wajah Azilah. Mampukah menggenggam tangannya seperti ini lagi??

Azi..dengar Syana tak?? Kalau dengar plizz Azi..kelip mata..Syana nak tengok sangat Azi kelip..”

Ternyata Azilah mengelipkan matanya. Tumpah lagi Air mata Syana..Hatinya begitu lembut. Tidak dapat bertahan depan sahabatnya..

Azi terima kasih..Maaf Syana taknak nangis depan Azi..Syana tak nak..tapi Air mata ni keluar juga.Azi kena sembuh ye kalau taknak tengok Syana nangis lagi...”
Air mata dikesat pada tudung.Basah tudung gadis itu dengan air mata...

Syana mendekatkan diri kepada Azilah. Sahabatnya seperti mahu berbicara sesuatu. Tetapi tidak dapat didengar. Tidak dapat difahami.Apa yang ingin kau katakan wahai sahabat??

Azi nak cakap apa.?? Azi nak bercakap ya..maaf..Syana tak dapat faham..erm.....nanti dekat kedah.. Azi dekat dengan family.. Azi mesti sembuh tau..Syana nak Azi yang dulu. Azilah yang ceria.Azi yang suka senyum..selalu bebel kalau Syana tak mau makan..ehehe..Senyum...erm..Ingat tau..Syana Sayang Azi. Sayang sampai bila-bila. Ingat ya..kita sahabat sampai bila-bila. Sabahat dunia akhirat. Sahabat sampai mati..Janji! Azi sembuh ye..”

Azi...Syana nak kena pergi ni..Jaga diri jaga hati jaga iman....Syana pergi ni...Assalamualaikum..”

Syana cuba meleraikan genggaman. Walau berat. Dia perlu pergi juga...Azilah seolah enggan melepaskan genggaman tangan..Ya, Allah..sembuhkanlah sahabatku ini..berikanlah dia kesihatan yang baik... Ya..Allah...Moga disisi keluarga dia akan lebih bersemangat untuk sembuh amin...

Gadis itu melangkah meninggalkan katil 33 wad neuro sains Pusat Perubatan Universiti Malaya dengan hati yang sangat berat. Sangat berat. Esok Azilah akan ditukarkan ke Hospital Sungai Petani Kedah. Maka itu bermaksud hari ini adalah hari terakhir Syana melihatnya.Pertemuan terakhir .Azilah mengapakah hatiku seperti enggan melepaskan dirimu pergi..Engkau mahu berubat di kampung halamanmu. Negeri Jelapang padi itu tempat lahirmu.. Aku harus rela demi melihat kau sembuh..Ah! Mungkin aku enggan engkau pergi kerana itu bermakna selepas ini aku sukar mahu melawatmu.. Ya..tuhan tenangkanlah hati hambamu ini..

......

Kring!!!!!!!!!!!!!!!
Kring!!!!!!!!!!!!!!!
Kring!!!!!!!!!!!!!!

Satu persatu panggilan telefon . Tertera semua adalah teman satu kolej. Perkabaran tentang pemergian Azilah sudah tersebar hampir ke seluruh pengetahuan warga kolej termasuk pihak pengurusan. Semua mengirimkan salam takziah buat keluarga arwah..Bertalu-talu mesej daripada teman juga diperolehi. Ah!! Syana tidak kuat. Ya.. Allah tabahkanlah hambamu ini..

Syana masih belum boleh percaya..baru semalam kita bertemu..hari ini..Azi sudah pergi ..

Syana tabah ye..Allah lebih sayangkan Azi..sedekah al-fatihah buat azi..semoga dia ditempat dalam kalangan orang yang soleh..”
Syana baru jumpe dia semalam..tak sangka cepatnya..tak sangka.Syana rasa lost sangt...”Gadis itu mengesat air mata. Dia bercakap telefon dengan rumatenya yang lagi satu...Lina. Azi..Bilik `A101 kini ada 2 menghuni sahaja..tak ada siapa dapat ganti posisi Azi dalam hati kami..Kamu tetap sahabat sejati..Azi gadis yang baik..sopan..lembut..rajin..” semakin deras air mata yang mengalir..episod duka menghiasi hidup Syana Safiyyah Hakeem Mokhtar. Satu persatu insan yang disayangi pergi meninggalkannya.. Azi pergimu adalah selamanya.. Moga Azi tenang di Alam sana....

Azi..
menatap wajahmu
hatiku sayu..
suaramu beku saat itu.
Jasadmu membisu..

Azi..
hangat genggamanmu masih terasa
Matamu mahu berbicara tidakku dengar..
walau esok tiada untuk kita bertemu
Tapi dalam hati tetap ada kamu..

Azi..
..Sayang padamu sejak kali pertama bertemu
Bilik A210 dan A101 jadi saksi
persahabatan terpatri..
bibit mesra terjalin
Indah mengisi relung hati
berkongsi segalanya
kengangan bersama setiasa dijiwa


Azi..
pergi seorang sahabat..
Aku redha..
Moga tenang disisiNya..
Aku disini akan sentiasan kirimkan doa buatmu
InsyALLAH.

Al- FATIHAH BUAT NORAZIMAH BINTI AWANG
1 JULAI 2010..9.30 MALAM.

No comments:

Post a Comment